Buffet Ramadhan 2019 di Sedap Corner Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2019 di Sedap Corner Johor Bahru | Warga Johor mesti mengenali nama restoran ni. Sedap Corner dah dibuka sejak 1987 lagi. Sama umur dengan seketul admin Sunah Suka Sakura dot com. Dah banyak kali juga minum dan makan kat sini dengan kawan-kawan. Paling suka makan mochi. Minum air white coffee. Itu kalau bukan bulan puasa.

Tahu tak, Sedap Corner ada buat Buffet Ramadhan sempena bulan puasa ni?

Tak tahu?

Haaa. Ni nak gitau la ni. Bermula 11 Mei hingga 3 Jun 2019, Jom Buka Puasa di Sedap Corner! Aneka juadah menyelerakan sehingga lebih 50 jenis, dihidangkan kepada para pengunjung yang berbuka kat sini. Antaraya adalah makanan-makanan tradisi Johor, menu-menu signature dan juga menu-menu kegemaran tempatan, termasuklah live action stalls.
Jom tengok menu apa yang ada, masa kitorang berbuka kat sini 11 Mei yang lepas!





Antara live action stalls yang ada, Panggang Corner, Mee Siam Goreng & Kuetiau Goreng stall, Selera Johor - rojak, tauhu bakar dan pasembor, serta Roti John stall. Rojak dia sedap tau, jangan tak cuba! Mee Siam Goreng dengan Ikan Bakar dia pun sedap!











Best kan? Banyak pilihan! Harga? RM59.90 ajeee untuk seorang dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak. 5 jenis menu akan ditukar setiap hari. Saya paling suka bingka durian dan durian layer cake dia. Aduhai sedap sangat, rasa durian sebenar tau! Bukan perisa durian ye!


Laksa Johor dia pun, Sis Lin cakap sedap. Saya tak rasa pulak sebab da makan Laksa Johor hari sebelumnya. Tomyam Ayam, Ayam Masak Merah, Chicken Bolognese dia pun sedappp! Alahai, macam semua sedap aje?

Dah namanya Sedap Corner, khennnn!


Jom Buka Puasa

Sedap Corner
No. 11, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

11 Mei - 3 Jun 2019
6.30 pm - 9.30 pm


Harga:
Dewasa RM59.90nett
Kanak-kanak RM29.90nett

Bawah 6 tahun PERCUMA

Untuk tempahan, hubungi:
+607 224 6566
+6018 788 9957

Facebook:

Instagram:

10 comments:

  1. Sis pun baru juga tau Sedap Corner ada Buffet...menu pun not bad, sedap semuanya...harga berbaloi dengan apa yang di hidangkan malah memang sedap!

    ReplyDelete
  2. sedap corner dh makin cantik dh, lama sgt tak pernah ke situ....

    wah2 seronoknya klu pegi situ, mcm2 masakan johor... rindu betul lah nk rasa masakan johor... kt sini ssh nk jumpa maskaan johor kecuali lontong je...

    ReplyDelete
  3. berbaloi2 regenya dengan apa yg dihidangkan tu

    ReplyDelete
  4. Nyaman2 je upa, nsb nangga mlm, mun siang, alu byk nok di mijin tuk sungkey klk 😁😁

    ReplyDelete
  5. amboi.. semua ada bawah satu bumbung ni.. senang dah.. hee~ harga pun boleh tahan ya..

    ReplyDelete
  6. Dulu memang suka makan kat sedap corner dalam jusco taman u tu...sekarang dah takde.

    ReplyDelete
  7. harga pun sangat berbaloi..

    wajib cuba dan boleh bawa satu keluarga nie

    ReplyDelete
  8. Harganya berbaloi dengan menu-menu yang sedap semuanya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com