Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan | Tinggal tak sampai dua hari je lagi, dah nak masuk bulan puasa. Entah kenapa, malam ni rasa sayu aje dalam hati. Rasa sebak dan hiba. Mungkin banyak benda yang berlaku dalam dua tiga hari ni, ataupun perkara-perkara yang dijangka akan berlaku dalam sebulan dua akan datang, menyebabkan rasa tertekan sikit. Sekarang ni pun tengah stressed dengan wifi rumah, blogwalking pun slow sangat nak sampai destinasi, maybe kuota da habis. Ni cuba juga update blog guna hotspot dari data telefon aje sementara ada mood.


Tahun ni, agaknya entah tahun ke berapa, saya tak berbuka 1 Ramadhan dengan keluarga dan encik suami. Hubungan jarak jauh menyukarkan kami untuk selalu bertemu dan meluangkan masa bersama. Keluarga saya jauh di Bintulu, Sarawak. Keluarga mertua pula nun di utara, Kedah. Encik suami menetap di KL. Bukan tak dapat diusahakan untuk menyambut 1 Ramadhan bersama, tapi kos untuk semua tu lebih diperlukan di tempat lain. Kadang-kadang pertengahan Ramadhan baru lah kami pulang bersama-sama ke kampung.

Tapi, tahun ni tak tahu lagi macam mana. Ikut aje lah plan encik suami.

Bulan puasa tahun ni, banyak benda nak capai. Banyak azam yang dicipta, tak kira la dari segi azam akhirat mahupun azam duniawi. Insya'Allah sebelum raya, tekad nak siapkan draft thesis dan submit. Dah tak boleh tangguh. Kalau tak, raya nanti tak dapat beraya dengan hati tenteram. Sedangkan sekarang ni pun hati dah gundah gulana memikirkannya. Stressed? Ya, memang stressed sangat-sangat sebenarnya. Kadang ada masanya rasa nak nangis sorang-sorang. Kita hanya mampu merancang, tapi nak jayakan rancangan tu pun perlukan tekad yang tinggi.

Sebab tu tahun ni saya dalam dilema. Sama ada nak teruskan ambil tempahan kek lapis macam tahun-tahun lepas ataupun stop ambil tempahan dulu buat sementara waktu. Bila difikirkan belanja raya keluarga, rasa serba-salah pulak. Kalau saya stop ambil tempahan, macam mana dengan belanja raya keluarga? Saya belum bekerja, sedangkan adik-adik semuanya dah bekerja dan ada pendapatan. Tapi sebagai anak sulung, tak boleh tak, tetap rasa bertanggungjawab dengan perbelanjaan family. Nak diharapkan adik-adik, masing-masing dah ada keluarga kecuali adik yang bongsu. Tapi yang bongsu tu la yang paling saya kesiankan sebab dia lah yang banyak berkorban untuk mak bapak kat kampung. Moga Allah murahkan lagi rezeki kau dik dan permudahkan segala urusan kau di dunia juga di akhirat. Ameen ameen ya Rabb.

Tak apa lah, kita tengok dulu ya. Andai kata draft thesis sempat siap lebih awal dari jangkaan, insya'Allah boleh la kita ambil tempahan barang beberapa biji kek lapis atau kek-kek lain. Jika Allah izinkan.

Dah lama kan saya tak buat entri peribadi? Bukan berniat nak menagih simpati sesiapa pun. Sekadar meluahkan perasaan yang terpendam di ruangan yang bakal menjadi kenangan pada masa hadapan. Supaya andai satu masa nanti, Allah berikan rezeki melimpah-ruah buat keluarga, diri tak akan lupa, satu masa dulu keluarga pernah susah, dan Allah lah yang buka pintu-pintu rezekiNya untuk kita. Ameen ameen ya Allah.

Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, saya mohon maaf atas segala salah silap, andai ada kata-kata dalam blog ni mahupun kat luar sana yang menyinggung perasaan sesiapa, atau tingkah laku yang menyebabkan sesiapa rasa menyampah dan meluat, saya mohon maaf ya. Moga-moga amal ibadah kita pada bulan puasa nanti menjadi lebih baik dari sebelumnya dan berkekalan hingga selepasnya. Jom berusaha bangun malam dan berbicara dengan Allah lebih kerap, siapa tahu antara malam-malam dalam bulan mulia tu, ada satu malam yang Allah kabulkan doa kita. Insya'Allah.

Jom sama-sama sambut Ramadhan kali ni dengan jiwa yang baru!

5 comments:

  1. Sunah 😭 ..
    Kenapa post ko buat Sis menangis ... insyaAllah Sunah Allah dah atur semua yang terbaik buatmu Anak.. cuma cepat dengan lambat aja nak dapatnya ..
    Nanti datang sini kita berbuka sama² ya ..

    La Tahzan 😭

    ReplyDelete
  2. Mohon dipermudahkan perjalanan hidup kita kepada-Nya.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan urusan kak sunnah.. Kalau kak sunah sedih.. janganlah sedih sorang2.. kami ada untuk kak sunah.. 😢😢😢

    ReplyDelete
  4. If dah angol gilak, mbak ilex2 biar keadaan go with the flow, ambik a bit of time tarik nafas, bila dh ok, recover balit nok tcicir. Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan. Amin

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan sis sunnah :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com