Puas Hati Makan Dalam Mangkuk di Nakon Thai, Desaru

Puas Hati Makan Dalam Mangkuk di Nakon Thai, Desaru | Makanan Thai dah makin mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Lagi-lagi kalau ada Thai Food Festival, memang akan padat dengan manusia. Tapi Thai Food Festival bukan selalu ada. Macam kat UTM ni, hanya ada bila adanya event-event besar kat Dataran UTM tu aje. Kalau kat luar UTM, Thai Food Festival ni akan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Lepas puasa ni, macam tak dengar pulak ada Thai Food Festival kat mana-mana area Johor ni. Tengah bercuti sekejap agaknya atau sis kauu tak ketahuan adanya Thai Food Festival.


Bila tak ada Thai Food Festival, tapi teringin pulak nak makan makanan-makanan Thai, masa tu lah mula menggoogle dan mengesearch Instagram serta Facebook. Cari restoran-restoran atau food delivery yang ada buat makanan Thai. Kalau uols pun antara mereka yang mengidam Thai Food dan nak cari tempat yang lain sikit dari kebiasaan, saya ada cadangan menarik untuk uolsss!


Pernah dengar Nakon Thai? Tak pernah? Iye lah, baru seminggu aje restoran ni officially opened. Restoran ni terletak bersebelahan dengan Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru Coast. Kalau lalu jalan utama, akan nampak trademark bas pink tepi jalan, tertera nama Nakon Thai pada bahagian atas bas tu. Siapa yang biasa lalu, mesti perasan, sebenarnya Nakon Thai adalah pengganti kepada Aroi Thai. Ya, namanya dulu Aroi Thai, ye tuan-tuan dan puan-puan! Sekarang dah bertukar kepada Nakon Thai pulak. Rebranding gituh!

Makanannya?


Sama aje dengan konsep Aroi Thai dulu, tapi ada lah pertambahan beberapa menu yang baru macam Ayam Goreng Pandan dan aneka bebola di dalam sup tomyam. Sedapppp, saya suka! Ye, uolss, saya sendiri dah rasa makanan-makanan kat Nakon Thai ni. Kalau uols suka makan boat noodle, sini pun ada. Saya paling suka noodle dalam sup tom yam dia. Memang berasa sangat kuah tom yam Thai nye tu. Jom tengok apa lagi makanan yang ada kat Nakon Thai ni.




Chicken Wing dia pun sedap, kitorang siap tambah lagi seketul sorang. Hahaha! Paling uols takleh tak cuba, sayur kangkung goreng, popia goreng, dengan pineapple fried rice. Sedapppp hokeyyy! Sis kauu habiskan sorang-sorang nasi goreng nenas tu! Ekekeke.


Eh, selain dari menu dalam mangkuk-mangkuk kecik bernilai RM1.90 ni, Nakon Thai jugak ada menu hotpot ya! Kitorang cuba Nakon Thai Royal Seafood Hotpot, RM49.90 aje untuk 3 - 4 orang makan. Memang berbaloi-baloi, puas hati makan bertambah-tambah. Kalau tak cukup dengan megi aje, uols boleh request nasi putih, RM1.90 semangkuk. Sup tomyam dalam hotpot tu boleh refill PERCUMAAAAAAAAA! Yeehaa! 



Ehem, ehem. Ok, bila da kekenyangan, boleh la cuci mulut uols dengan dessert yang ada. Pilih aje dari jelly kelapa, pulut mangga (RM1.90) atau aneka aiskrim berperisa kelapa, durian dan mangga (RM3.90). Sedap-sedap semua aiskrim tu, paling kita suka ofkosss lah durian! Hahaha. Dak Farahain suka mangga. Asyik ulang-ulang cakap "Dap nyeehhhhh" ๐Ÿ˜

Air pulak macam biasa la kalo Thai Food concept, mesti ada Thai tea, air kelapa, air serai wangi dan air nenas. Selain tu, ada jugak air berkarbonat macam Coke dan Sprite. Tak suka air manis? Minum air mineral aje lahhhh!




Haa, kalau uols ada lalu Desaru, boleh la menyinggah ke sini ya! Selain dari kat Desaru, uols boleh juga ke outlet-outlet lama Aroi Thai dulu, semuanya dah bertukar ke Nakon Thai. Kalau duduk area JB, boleh ke TROVE Johor Bahru, restorannya sebelah hotel tu aje. Jemput tau!

Ok bye!
Puas Hati Makan Dalam Mangkuk di Nakon Thai, Desaru Puas Hati Makan Dalam Mangkuk di Nakon Thai, Desaru Reviewed by Sunah Sakura on June 27, 2019 Rating: 5

9 comments:

  1. Jom kita repeat, pastikan perut kosong sekosong kosongnya hahahahaa

    ReplyDelete
  2. Alaa kat desaru dekat sangat ni. Rugi lak rasa belum cuba. Kita fav makanan thai

    ReplyDelete
  3. pulut manggaaa feverettt ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. kena mari kelate sokmo la kalu nak try menu Thai yg mcm ori dimasak oleh org2 thai di rantau panjang ni..

    ReplyDelete
  5. Wah! Macam Boat Noodle la. Tapi lagi murah semangkuk RM 1.90 je perghh

    ReplyDelete
  6. apesal semua nampak sedap tu lahai nasib baik perut dah kenyang

    ReplyDelete
  7. Alahai...nampak sedap. Tapi sebagai pemilih makanan tahap tegar...tak berani sangat nak cuba menu menu baru

    ReplyDelete
  8. Nanti balik kota boleh la singgah.lama nau tak pi sana.Sekarang dah tukar nama.. Mesti lagi best ni

    ReplyDelete
  9. sgt menarik, sunah.
    jengah ke johor, boleh la mencuba, kan :)
    aida suka makanan thai. ada keunikan nyer tersendiri.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.