Ticker

6/recent/ticker-posts

IKEA Merdeka Madness - Crayfish Season is Here!

IKEA Merdeka Madness - Crayfish Season is Here! | Crayfish? Kenapa fish tapi sebenarnya udang? Haha. Jangan tanya saya. Tak jumpa lah kenapa, dah memang namanya begitu wakkk. Crayfish atau udang krai (juga disebut udang kara air tawar) adalah spesis krustasea air tawar yang menyerupai udang karang atau lobster bersaiz kecil. Jadi, bila nampak udang krai dalam hidangan makanan uols, boleh lah berbangga sekejap, konon-konon tengah makan lobster. Wakakakaka!


Tapi, mana nak jumpa hidangan crayfish? Tak banyak restoran kat Malaysia ni menghidangkan menu crayfish, kalau ada pun mesti mahal harganya. Harga sekilo udang krai pun boleh mencecah sehingga RM40-50. Masa ke Jogjakarta, Indonesia dulu, saya pernah makan kat Pak Sis Timang Lobster, memang sedap kalau kena masakannya. Harga pun lebih berpatutan, mungkin sebab kat sana, senang nak dapat udang tu.

Eh, jauh pulak kan kalau nak ke Jogjakarta semata-mata nak makan udang krai. Tak perlu lah pergi jauh-jauh kalau IKEA tu dekat je dengan uols. Sebab apa, sempena Hari Merdeka yang akan tiba tak lama lagi, uols boleh menikmati dua jenis hidangan udang krai di IKEA seluruh Malaysia. Yeehaaa!

Dari 15 Ogos sehingga 2 September 2019, uols boleh menikmati hidangan udang krai yang hanya akan muncul sekali aje setiap tahun. Sekejap aje kan? Tak sampai sebulan tau! Dua jenis hidangan tersebut adalah:


Crayfish with Spicy Tomato Sauce RM29.90


Crayfish Seafood Platter (Crayfish, Marinated Salmon and Shrimps) RM21.90

Udang krai dalam sos tomato pedas tu betul-betul mengingatkan saya kepada kenangan di Jogjakarta. Rasa macam udang krai sambal kat sana. Pedas-pedas gitu sambalnya. Manakala udang krai dalam seafood platter tu adalah yang frozen ya. Kira macam cold platter la yang ni sebab dihidangkan sejuk-sejuk.


Selain daripada udang krai, uols juga boleh beli chicken wings kegemaran ramai hanya pada RM2 seketul (usual price 4 ketul RM11.50, 6 ketul RM16.50)! Murah gilerrrr woi! Dah la bole beli seketul-seketul aje, selalu kan kena beli by set 4 ketul atau 6 ketul. Tapi yang ni terhad lah kepada 12 ketul sekali beli ya! Jangan la beli sampai 50 ketul oi! Ingat orang lain kat belakang. Hahaha.

Dannnnnn offer chicken wings ni hanya available dari hari Isnin sampai Jumaat, pukul 9 pagi hingga 9 malam. Tak available pada hujung minggu atau public holiday ya! Note that pleaseeee! Jangan marah kita pulak nanti tak ada offer kepak ayamnya, kalo malas membacaaaa, gituuuuu~


Bagi IKEA Family member, ada jugak promosi Turf and Surf Combo (8pcs Meatball and Mussel with Tomato Sauce) pada harga RM29.90. Kalau bukan ahli, usual price adalah RM33.90. Berbaloi-baloi lerr jadi IKEA Family member. Pakkal je kita bukan member, wakkk!

Kalau uols jatuh suka pada cold Crayfish Seafood Platter tu, boleh la beli KRÄFTOR Frozen crayfish in dillbrine. Ada dijual di IKEA Swedish Food Market katanya, tapi hari tu cari, tak jumpa pulak. Mungkin belum sampai stoknya.

Oh, ada lagi! Dari 26 Ogos hingga 1 September 2019, uols boleh nikmati Malaysia National Day special offers on these delicious dishes:


Smoked BBQ Beef Rib with Soup RM36.90 (usual price RM41.10)



Ondeh Ondeh Cake RM6.90 (special)

Dan masih berlangsung sehingga 31 Ogos 2019 adalah:


Durian Dessert Festival at IKEA Restaurant:
D24 Durian Cake RM9.90 *While stock lasts.



Durian Dessert Festival at IKEA Swedish Food Market:
D24 Durian Mochi RM38.90 *While stock lasts.

Boleh rujuk website untuk maklumat lanjut mengenai promosi makanan IKEA:

*IKEA serves farmed responsibly ASC & MSC certified sustainable seafood in their restaurants & food stores.

Official Facebook: www.facebook.com/IKEAMalaysia 

STORE OPENING HOURS
- Sunday – Thursday: 10am – 10pm
- Friday and Saturday: 10am – 11pm
- Day prior to Public Holiday: 10am – 11pm

Restaurant Opening Hours
- Breakfast is available from 9.30 AM - 11 AM for IKEA Tebrau 
- Lunch is available from 11 AM - 3 PM for IKEA Tebrau 
- FIKA is available from 3 PM - 5 PM 
- Dinner is available at 5 PM onwards

“Get Spotted!” 
Get your car spotted with IKEA Limited Edition Car Decal when you visit IKEA Tebrau and park your vehicle at our parking bays from 29th August to 30th September 2019 and stand a chance to win RM50 IKEA Gift Card!
*Terms & conditions apply.
*Get car decal at checkout when spent min RM100 from 29 Aug, Thu – 2 Sep, Mon. While stocks last!

A better home with IKEA FAMILY (Member benefits)
  • Redeem rewards. Earn 1 point for every RM1 spent at the IKEA stores, IKEA Restaurant, Bistro or Swedish Food Market
  • Special prices
  • Birthday special
  • Special deals
  • Book a kitchen specialist
  • Enjoy food offers
  • Get free coffee or tea
  • Partner promotions

Sign up online or register at IKEA FAMILY kiosk in IKEA TEBRAU. 
*Temporary card owner would need to spend RM200 within 1 year from application date to receive a permanent card.

P/S: Tinggal tak sampai dua minggu je lagi ni! Nak ajak kengkawan date kat IKEA parti chicken wings lah! Hahahah!

Post a Comment

14 Comments

  1. Eh, first time tengok ondeh ondeh kek. menarik menu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke...sebenarnya da lama jugak kek tu viral..kek serupa dengan pandan gula melaka, rasa pun sama...

      Delete
  2. nanti aku datang JB, kita g jalan-jalan yeee

    ReplyDelete
  3. chicken wing tu mencuri hati saya untuk membelinya lah..hahaha

    ReplyDelete
  4. Jommm kita repeat makan yokkkk....

    ReplyDelete
  5. Tengok je Crayfish ni tak order lagi.. sedap sangat ya.. boleh cuba nanti ")

    ReplyDelete
  6. Aduii..terngiang rasa mochi durian dia tu..rasa nak pi repeat lagi je ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com