Promosi September di Pulai Springs Resort: Bufet "Nyonya Pergi Makan"

Promosi September di Pulai Springs Resort: Bufet "Nyonya Pergi Makan" | Nyonya pergi makan, uols pergi mana haaa??? 😆

Jom la pergi makan sekali!

Sepanjang bulan September 2019 nanti, Pulai Springs Resort ada promosi bufet pada hari tertentu di all-day dining Cinta Terrace Restaurant, seperti berikut:

6 September 2019 - Makan malam
7 September 2019 -  Makan tengahari dan Makan malam
8 September 2019 - Makan tengahari
13 September 2019 - Makan malam
14 September 2019 -  Makan tengahari dan Makan malam
15 September 2019 - Makan tengahari

Makan tengahari: 12.00 - 2.30 pm
Makan malam: 6.30 - 9.30 pm


Untuk promosi bufet Nyonya Pergi Makan ni, uols akan menikmati hidangan kontemporari dan tradisi Nyonya, disediakan oleh chef keturunan Peranakan yang didatangkan khas dari Melaka untuk uols, iaitu Chef Barnitus Ang, dan dibantu oleh chef resort ni sendiri, Executive Chef Kenny Lim. Chef Barnitus Ang, 58, dah ada pengalaman selama 37 tahun dalam bidang masakan, pernah berkhidmat dengan beberapa hotel 5 bintang dan resort di dalam serta luar negara seperti Brunei dan Mariana Islands. Kepakaran beliau adalah dalam area masakan klasik dan kontemporari Barat, juga masakan tradisi Nyonya.

Hidangan bufet Nyonya Pergi Makan ni terdiri daripada bahagian salad dan sup, hidangan utama, pencuci mulut dan live cooking action stalls.








Wajib uols cuba adalah Nyonya Nasi Ulam, Ayam Pongteh, Sambal Udang Petai, Sotong Masak Lemak Cili Api, Terung Sambal Udang Kering, Telur Cincaluk, Nyonya Chap Chai dan Sup Ayam Kentang. Nasi Ulam nya amazingly sedap dan kena dengan citarasa saya. Mula-mula macam tak berani juga nak ambil, takut rasa macam terlebih ulam-ulaman keee, tapi bila rasa sikit, woww, sedap jugak ya! Sotong Masak Lemak Cili Api pun saya suka, masa nak ceduk masuk dalam pinggan dah tergoda dengan bau dia sebab ada nenas dalam tu. Masak lemak kalau ada nenas, kan wangi nya lain maciammmmm, boleh menyumbang kepada pertambahan senduk nasi! 😜

Tadi saya ada sebut live cooking action stalls kan? Haa, "nyonya-nyonya" semua boleh order Nyonya Curry Laksa dan Ikan Siakap Nyonya Asam Pedas on the spot ya, kalau "pergi makan" kat sini pada tarikh dan waktu yang tersebut. Tak rugi cuba, kalau suka extra pedas, boleh tambah sambal dalam laksa tu. Kalau nak pedas so-so aje, kuah laksa dia pun dah pedas sikit. Untuk asam pedas pulak, uols boleh pilih bahagian ikan kat stall asam pedas tu, dan minta diorang masakkan. Make sure bagi diorang masak lama sikit ekkk, jangan tunggu situ lak.






Gi jalan-jalan ke bahagian lain dulu sementara tu.

Sebab ada bahagian salad dan pembuka selera yang tak boleh diabaikan begitu saja. Pertama kali saya cuba Kerabu Telur Goreng dan Kerabu Soo Hoon, ya Allah, sedapnya! Ada juga Rojak Buah, Acar Mentah Nyonya (macam acar mamak kita selalu buat kat rumah), Otak-otak, Ulam-ulam, Sambal Belacan dan juga Keropok.







Bila dah cukup makan semuanya, jangan lupa cuci mulut dengan Sago Gula Melaka, Bubur Cha Cha, Kedondong Asam Juice, aneka kuih Nyonya, jeli, mixed fruit cocktail dan banyakk lagi.




Oh, yang best nya, parking kat sini percuma ya! Uols kalau nak datang ke sini, masuk Pulai Springs Resort tu, lepas pintu gerbang yang kedua, akan nampak bangunan apartment sebelah kanan. Haa, tu namanya Cinta Ayu Building, park je kat tempat letak kereta yang disediakan. Then gi naik lif ke tingkat 2 untuk ke Cinta Terrace Restaurant.

Ehh, lagi bestt, harga bufet ni murah gilerrrr!

JDT Blogger @ "Nyonya Pergi Makan" Buffet, Pulai Springs Resort

Promosi bufet "Nyonya Pergi Makan"
RM35.00 nett per Adult
RM17.50 nett per Child
(Beli 5 Adult PERCUMA 1: 5+1)
*semua harga termasuk SST


Untuk tempahan (harus ya tempah dulu, takut cepat habis!):
Call +607 521 2121
Whatsapp http://www.wasap.my/60167332918 (Restaurant Manager)
E-mail enquiry@pulaisprings.com

Website:

4 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com