Ticker

6/recent/ticker-posts

Selamat Hari Merdeka! Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

Selamat Hari Merdeka! | Merdeka! Merdeka! Merdeka! Terngiang-ngiang dalam kepala, laungan Merdeka oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos, tahun 1957, setiap kali bulan Ogos menghampir penghujungnya. Dah 62 tahun Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, alhamdulillah 'ala kulli hal.

Bila kita selak semula sejarah, macam mana pemilihan dan penetapan tarikh Hari Kebangsaan ni dilakukan sebenarnya? Saya kongsikan dari web Arkib Negara Malaysia untuk rujukan uols ya:

Penetapan tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman Putra, Haji Sulaiman Palestin, Haji Ahmad Badawi, dan beberapa pemimpin UMNO lain meminta pandangan Sheikh Abdullah Fahim, Ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Menurut Sheikh Abdullah Fahim, sekiranya Inggeris tidak memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, maka tarikh lain yang bersesuian ialah pada 31 Ogos 1962. Tarikh 31 Ogos 1957, dalam bahasa Arab adalah ‘Am Khir Atana’ yang bermaksud ‘Tahun Baik Datang Kepada Kita’.

Tahun ni tema Hari Merdeka adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Catchy sikit temanya kan? Malaysia Bersih - fokus utama yang ingin dicapai pada tahun ni oleh kerajaan bersama-sama rakyat. maksud logo tersebut adalah: Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka. Ianya membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara. Ianya menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama disamping dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Wowww, berbeza sekali konsep "bersih" yang dibawa dalam tema Hari Merdeka kali ni. Lain maksudnya dari "bersih" yang biasa kita tahu. Bersih budi pekerti. Bersih attitude - amanah, jujur, bertanggungjawab, semuanya yang baik-baik dalam satu. Sebelum tu, apa kata kita jadikan dulu Malaysia ni sebagai negara yang "bersih" persekitarannya?

Mampu keee? Dah 62 tahun tau kita Merdeka, takkan minda masih di takuk lama lagi? Perangai masih macam orang yang tak bertamadun? Tak faham sungguh kenapa susah sangat nak jadikan Malaysia ni bersih?

Come on guys, start dari diri kita sendiri!

Jommm, jaga kebersihan alam sekitar~ Jangan buang sampai merata-rata please, jangan buang sampah keluar dari kereta, bawak aje balik rumah atau ke destinasi yang dituju dan buang dalam tong sampah yang disediakan, kutip sampah depan mata kalau tengah berjalan kaki kat taman, usaha untuk amalkan pengasingan sisa kitar semula yang dah lama diimplement tapi ramai yang ngelat, haaa banyak lagi sebenarnya yang kita kena buat sebelum jadi orang yang bersih dan tinggi jati dirinya!

So, bila nak mula?

Post a Comment

4 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo lah tadi, huhu. Selamat hari Merdeka, Sunah!. Semoga dapat kita menjaga kebersihan sentiasa di mana pun jua kita berada.

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com