Ticker

6/recent/ticker-posts

Acara Rasmi Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Acara Rasmi Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong | Pelbagai acara rasmi dijadualkan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 9 September esok, tarikh cuti umum seluruh Malaysia.


Acara sambutan dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada Khamis lepas, usai solat Maghrib di Masjid Negara, diikuti Khutbah Khas dan Solat Jumaat yang juga berlangsung di tempat sama pada hari Jumaat.

Malam ni, 8 September, Yang di-Pertuan Agong dijadual menyampaikan titah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka yang akan disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen dan radio di seluruh negara pada pukul 9.00 malam.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 9 September adalah acara kemuncak sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka dan diikuti dengan Majlis Jamuan Teh Diraja pada sebelah petangnya.

Pada 12 September pula akan berlangsungnya Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dijadual berangkat ke beberapa acara berasingan iaitu melawat ke Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli di Cheras pada 11 Sept.

Tunku Azizah turut dijadual berangkat ke Majlis Santapan Mesra Raja Permaisuri Agong bersama kanak-kanak di Istana Negara pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com