Apakah Topeng Muka yang Sesuai untuk Menghadapi Jerebu?

Apakah Topeng Muka yang Sesuai untuk Menghadapi Jerebu? | Jerebu telah beberapa kali melanda ruang udara Malaysia. Kali pertama pada tahun 1983, serangan berikutnya pada tahun 1991, 1994, 1997, 2005, 2006, 2013 dan terbaru 2015. Keadaan ini membuatkan udara menjadi tidak sihat serta meningkatkan risiko kesihatan.


Oleh itu, langkah-langkah sepatutnya harus diambil untuk mengelakkan kesan buruk yang tidak diingini, lebih-lebih lagi jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan angka yang membimbangkan.

Bercakap tentang jerebu, tentunya topeng muka akan menjadi antara perkara pertama yang dicari. Mana tidaknya, dengan udara yang berhabuk dan kelabu, sudah pasti anda tidak mahu menghirup segala kuman dan kotoran yang ada. Namun, tahukah anda topeng muka mana yang paling sesuai untuk anda?

Topeng muka pembedahan (surgical mask)


Topeng ini kerap ditemui di dalam hospital. Daripada namanya, ia sering digunakan oleh staf kesihatan di dalam bilik bedah. Dengan harga yang murah dan mudah didapati, topeng muka ini selalu menjadi pilihan utama dalam banyak keadaan, termasuk jerebu.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya tidak sesuai untuk digunakan semasa jerebu. Topeng muka pembedahan melindungi saluran pernafasan anda daripada cecair dan air liur serta partikel bersaiz besar. Ia lebih kepada mengelakkan pemakai menyebarkan jangkitan berbanding melindungi dirinya daripada kuman dari luar.

Bagi orang muda yang sihat, ia mungkin boleh digunakan jika tiada alternatif lain. Namun, kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik tidak harus menggunakannya.

Topeng muka N95


Jerebu? Inilah pilihan terbaik untuk perlindungan yang berkesan!

Ia mampu menapis sehingga 95% (sebab itu namanya N95) partikel di dalam udara termasuk bersaiz 0.1 hingga 0.3 mikron. Tambahan pula, topeng muka ini rapat ke kulit dan menutup ruang yang membolehkan udara masuk ke dalam salur pernafasan sebelum ditapis.

Kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti masalah paru-paru, sakit jantung dan asma perlu memakainya. Selain daripada golongan ini juga digalakkan jika perlu berada di luar dalam tempoh yang lama.

Topeng muka N95 boleh digunakan banyak kali asalkan ia dalam keadaan yang baik dan bentuknya masih tidak rosak.


Baca lebih banyak info kesihatan di Hello Doktor
Apakah Topeng Muka yang Sesuai untuk Menghadapi Jerebu? Apakah Topeng Muka yang Sesuai untuk Menghadapi Jerebu? Reviewed by Sunah Sakura on September 18, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Dalam keadaan kadar IPU yang semakin meningkat.. Semua wajar lebih menjaga.. Masih ramai yang menggunakan topeng muka biasa termasuklah PC.. Nak beli juga la yang elok sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah...macam ramai yang tak ambil kisah juga tentang pemakaian topeng muka ni

      Delete
  2. sayangnya bukan orang awam je yang salah pilih mask tapi kerajaan pun hantar bantuan supply mask yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah tu...mungkin sebab topeng n95 tu pun dah kehabisan stoknya

      Delete
  3. Suruh anak2 pakai topeng muka...dia kata rimaslah...berpeluh hidung

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...yee, kalo kita yang dewasa ni pun rimas, budak2 apatah lagi

      Delete
  4. untuk yang bekerja di luar mmg sesuai N95 tuh, tp mmg tak selesa nk berada di luar rumah dlm keadaan mcmni..
    bila lah masalah jerebu ini akan pulih, negara yang buat jerebu ini makin teruk tak nak buat apa2 ke? geram lak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...moga2 cepat beransur pulih cuaca sekarang ni

      Delete
  5. Rasa tak selesalah nak pakai topeng.
    Terutama kalau kerja kat kebun, susah nak nafas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kan wak...faham...lagi2 kerja kat kebun banyak mengeluarkan peluh

      Delete
  6. Tq sunah sgt membantu di musim jerebu ni

    ReplyDelete
  7. Duk uma aje dendiam kan, makan tidur...eh berak sekali hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.