Ticker

6/recent/ticker-posts

Dari Lahad Datu ke Myne Resort Kinabatangan - Destinasi Percutian Terbaik untuk Terokai Hutan Borneo

Dari Lahad Datu ke Myne Resort Kinabatangan - Destinasi Percutian Terbaik untuk Terokai Hutan Borneo | Hari kedua di Sabah, lepas checkout dari Tabin Wildlife Resort dan keluar dari Rezab Hidupan Liar Tabin, kami terus ke lapangan terbang Lahad Datu untuk ke Sandakan. Dari airport Lahad Datu, kitorang naik MASwings, penerbangan domestik anak Malaysia Airlines yang menggunakan pesawat turboprop dan hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak sahaja.

Rasa special sangat.

MASwings Lahad Datu - Sandakan


Walaupun saya anak Sarawak, tapi jujurnya ini lah kali pertama saya naik MASwings. Sebabnya, saya jarang naik flight kalau dalam negeri. Tambahan pulak, lebih 10 tahun lepas, saya dah mula duduk kat Semenanjung Malaysia. Jadinya, memang jarang lah nak terbang antara bahagian dalam negeri Sarawak tu. Bila dapat peluang naik MASwings, perasaan memang teruja sangat.


Baru bulan Mei tahun ni aje MASwings bukak laluan Lahad Datu - Sandakan. Masih lagi berusia 4 bulan perkhidmatan. Excited bila tengok luar tingkap, kipas tu ada kat belah atas tingkap. Sama macam domestic flight Firefly dengan Malindo Air. Biasanya kan kipas bawah sayap kapal terbang tu kedudukan dia bawah dari aras tingkap kalau naik pesawat besar.


Dalam 35 minit tempoh perjalanan, pramugari bagi snek kacang dan air minuman. Oh, lupa pulak nak mention! Kalau uols naik MASwings, uols boleh check in bagasi pada had maksimum sama macam Malaysia Airlines, iaitu 20 kg, dan percuma! Best tak? Mesti lah best kan?

Myne Resort, Bilit, Kinabatangan

Bila dah sampai kat airport Sandakan, kitorang naik bas bersama tour guide dari Myne Resort sendiri. Perjalanan dari airport ke Bilit, Kinabatangan, mengambil masa lebih 2 jam perjalanan. Sampai sahaja di Myne Resort, tour guide terus bawak kitorang pergi evening river cruise lepas semua dah selesai uruskan kewajipan masing-masing. Memang menggunakan segala masa yang ada nampaknya. Tak nyempat-nyempat dah nak check in sebab dah lari sikit dari masa yang dirancang.


Evening River Cruise @ Myne Resort

Myne Resort ni terletak betul-betul di pinggir Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah (560 km) dan kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang di Sarawak. Masya Allah, bersyukur sangat berpeluang untuk menyusuri sungai ni dan tengok flora fauna yang mendiami hutan Borneo. Rasa macam mimpi pun ada, tiba-tiba dah ada dalam bot dan tengah cari keberadaan pelbagai spesies burung dan monyet. Haha!


Petang-petang macam ni, kebanyakan monyet keluar cari makanan dan berekreasi seisi keluarga di atas pokok. Haha. Kitorang berpeluang tengok kumpulan monyet dari spesies long-tailed, pig-tailed dan juga proboscis, spesies monyet terbesar di dunia! Sayang betul la kamera henset kita ni takleh nak zoom sampai 30X. Kalau tak, mesti uols boleh nampak dengan jelas hidung monyet proboscis yang terjuntai-juntai tu.


Menghampiri Maghrib, bertambah rasa macam mimpi sebab dapat menikmati keindahan matahari terbenam dari dalam bot kat Sungai Kinabatangan. Wehhh, serius lahh aku tengah lalui semua ni? Yeee, ini semua kejadian, bukan tipu-tipu punyaaa. Kalau uols duduk sini, harus yaa dapatkan momen terindah ni!


Disebabkan dah Maghrib, kitorang pun balik ke resort dan check in.

Double-bedded Room @ Myne Resort

Kat Myne Resort ni ada tiga jenis bilik, Chalet, Long House dan Dorm. Saya, Sis Lin, Kak Seri dan Rosila duduk Chalet, satu bilik empat orang. View dari balkoni bilik kitorang menghadap Sungai Kinabatangan. Bila keluar ke balkoni, boleh nampak pintu yang menghubungkan bilik kitorang dengan bilik sebelah. Mungkin bilik kitorang ni jenis connecting room, sesuai untuk guest yang datang satu keluarga.




Dalam bilik ada dua katil queen size, en-suite bathroom dengan hot standing shower, TV, pendingin hawa, mini pantri, dan peti keselamatan. Iron takde ye. Mungkin kena mintak kat receptionist kalau nak guna iron. Mulanya towel tak cukup, dua helai aje diorang bagi. Tapi, boleh mintak extra kat receptionist ek kalau uols perlukan lebih. Ruang dalam bilik sangat luas dan selesa.



Cuma kena beringat, bila da bukak pintu balkoni, jangan lupa tutup balik. Sebab kat resort ni, monyet suka masuk dalam bilik kalau tak kunci pintu. Pesanan penaja tu dibawakan khas oleh tour guide kami. Hihi.

Night Jungle Walk @ Myne Resort

Kitorang dinner kat lobi sebelum keluar ke depan resort untuk night jungle walk. Masa tengah makan, tour guide pesan supaya kalau boleh, semua pakai seluar panjang sebab ada banyak pacat dalam hutan. Kitorang siap masukkan kaki seluar ke dalam stokin, punya la seram kalau ada pacat gatal naik kat badan. Huhu.

Tak gerak masuk hutan lagi, sejenis wildlife dah pun menyapa kami depan resort tu. Siap satu family lagik tau! Haha! Babi hutan dari mak, bapak dan anak-anak semua ada. Teruja semua sebab tak pernah jumpa babi hutan depan-depan macam tu. Biasanya kalo kat area UTM ni, mesti terjumpa lintas jalan lari laju nak meninggal. Dibuatnya kereta lalu, memang meninggal bersama-sama segala kuman kat kereta tu 😝


Sebelum betul-betul masuk dalam hutan, tourist guide pesan supaya tak buat bising dan tak boleh guna flash bila ambil gambar. Diketuai oleh seorang pak cik yang sangat memahami selok belok hutan, kitorang pun menapak masuk ke dalam hutan Kampung Bilit, Kinabatangan. Dengan hanya berpandukan lampu spotlight dari pak cik tu dan dua orang tour guide, juga lampu suluh masing-masing, kitorang berusaha menjejaki hidupan liar dalam kegelapan malam.



Banyak jumpa burung-burung yang tengah tidur kat dahan pokok, ada juga jumpa serangga, paling menarik jumpa burung kenyalang betina dengan anak-anak dia dalam sarang. Sarangnya kat lubang pokok. Hanya paruh mak burung tu aje yang keluar dari lubang sarang dia. Lubang tu asalnya besar, tapi mak burung tu tampal dengan tanah supaya jadi cukup-cukup untuk paruh dia aje keluar dari lubang tu. Burung kenyalang jantan akan datang bawakkan makanan.

Tour guide bagitau, nanti bila anak-anaknya da cukup besar dan dah boleh belajar terbang, mak burung tu akan hancurkan tanah pada lubang pokok tu supaya diorang boleh keluar dari sarang. Menarik kan? Uols boleh tengok gambarnya kat blog Rosila, kita takde amek gambarnya.

Selain daripada hidupan liar, kitorang jugak jumpa pokok Merbau yang sangat unik. Pokoknya besar dan tinggi, pada bahagian bawah pokok tu ada satu lubang besar yang muat untuk seorang manusia merangkak masuk dan keluar. Memula macam gerun nengok seorang demi seorang ahli jungle walk masuk ke dalam, dan rasa macam malas nak masuk sebab nak kena merangkak. Tapi hujung-hujung masuk lah jugak sebab Sis Lin dah menyeru-nyeru namaku. Haha!



Lubang pokok ni menirus tinggi sampai ke bahagian atas pokok, bahagian lantainya sangat luas dan katanya boleh memuatkan sehingga 10-15 orang. Pak cik tu kata, dulu-dulu pokok ni tempat orang kampung sembunyikan anak-anak dara diorang dari askar Jepun. Wahh, dah lama sangat kan usia pokok ni?

Jauh jugak kitorang berjalan dalam hutan tu. Tapi gambar tak banyak yang dapat amek, biasa lah kamera telefon zaman tok kaduk. Haha! Dalam sejam gitu, kitorang pun gerak balik semula ke resort. Masing-masing dah kepenatan, minum kejap kat lobi sebelum balik bilik masing-masing untuk beradu.

Morning River Cruise @ Myne Resort

Esoknya, pagi-pagi lepas light breakfast, kitorang naik bot lagi. Dalam hati saya, rasa malas pun ada jugak nak naik bot pagi tu. Sebab petang semalam jumpa monyet je. Pagi ni takkan nak tengok monyet lagi? Hurmmm. Ikut je lahhhh!


Rupanya pagi-pagi gini binatang lain yang keluar. Tour guide kitorang buat pusingan U kat satu pinggir sungai dan mendekati tebing. Tapi tak terlalu dekat. Gulppp!

Tu diaaa, seekor buaya sepanjang 3 meter setengah tengah bersantai kat tebing sungai. Haiyooo! Serammmmm seh! Teringat movie Crawl! Macam mana kalau dia masuk dalam sungai sebab terganggu dengan kitorang? Gulppp!


But, nope. Dia duduk statik aje kat situ sampai la kitorang beredar. Anak dia pun ada sekali kat gigi air. Tour guide tu cakap, buaya ni biasanya keluar awal-awal pagi untuk cari makan. Bila matahari da naik tinggi atau petang-petang, buaya tu akan duduk dalam air aje. Hah? Semalam dia duduk dalam air la ek masa kitorang river cruise? Erk!



Then kitorang teruskan lagi river cruise dan jumpa buaya lain pulak, kali ni dalam air. Tengok gitu aje, then beredar lebih jauh sampai la jumpa satu simpang sungai. Berhenti kat situ sebab ada lotong kelabu tengah makan kat atas pokok. Unik gilerrr! First time tengok monyet kaler kelabu gelap dan muka macam tu. Dekat simpang tu jugak, tour guide tunjukkan jambatan gantung yang tinggi merentas sungai. Jambatan tu digunakan oleh Orang Utan untuk melintas sebab ia adalah satu-satunya spesies monyet yang tak boleh berenang. Oho!



Tour guide bawak kitorang masuk ke dalam simpang tu sekejap, ada sekawan beruk tengah makan kat tebing sungai. Bila kitorang datang dekat, diorang tak lari pun. Diorang buat dek aje, sambung makan batang keladi yang tumbuh subur tepi-tepi sungai tu. Menariknya, kebanyakan beruk yang datang makan tu adalah mak-mak beruk dengan baby bergayut kat badan diorang. Comel gilerrr!


Lepas tu kitorang gerak balik semula ke resort. Abang bot tu try jugak bawak ke tempat Orang Utan selalu carik makan, tapi seekor pun tak nampak batang hidung. Dah pergi mana la agaknya. Kui kui.

Kitorang balik bilik, bersiap-siap dan checkout sebab nak kena pergi bandar Sandakan pulak. Tinggalkan Myne Resort dengan hati yang berbelah bahagi. Moga-moga satu hari nanti ada rezeki untuk ke sini lagi. Terima kasih kerana memelihara hutan Borneo!




Myne Resort, Bilit, Kinabatangan

Website:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association

Post a Comment

20 Comments

  1. woww..macam2 binatang boleh jumpa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis...seronok sangat face to face dengan binatang2 tu

      Delete
  2. cantik je design chalet tu . Yang monyet masuk bilik tu cannot brain . Hahahah , nanti ade yang dapat roomate tak diundang . Mesti best boleh buat banyak aktiviti macam nie . Night walk pun best , last saya join aktiviti macam nie masa zaman sekolah dulu je , camping dekat tasik bera .btw , done follow blog awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal...nasib baik sepanjang kat sana tak ada monyet naik ke beranda...hahahah

      Delete
  3. menarik juga tempat ni
    buaya2 tu tak kacau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak..diorang duduk diam aje...hihihi..asalkan kita tak kacau diorang

      Delete
  4. teringat masa menyusuri sungai ke Sukau pd 1999 dulu. X sangka di tgh2 hutan tepi sungai tu ada resort yg indah. pengalaman kita sama la cuma masa tu I bertolak dari Papar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..yaaa, macam tu la perasaan masa tu...hihihi

      Delete
  5. Agak kalau kita biar pintu tu buka, ada tak probocis monkey masuk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ada bagus jugak kan...senang nak amek gambar, tak payah zoom zoom..hahahah

      Delete
  6. antara sabah dan Sarawak..dua dua menarik

    cuma saya lebih suka Sabah kerana dialek mereka..

    sedap didengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sana, terussss jadi orang sabah bha sia...hahahha

      Delete
  7. Wah bestnya jalan-jalan di sana. Baru tahu Sunah asal Sarawak.

    ReplyDelete
  8. Sangat menarik .. kmia yg org Sabah pun belum ada lagi kesempatan pergi kat tempat ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pigi la bha...dekat sudah tu, ndak payah naik flight...hahahah

      Delete
  9. Betul kata Kak Seri, nak lebih ramah mesra, patut kita buka pintu bilik kan, baru betul mini zoo hahahahaha

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com