Ticker

6/recent/ticker-posts

Embah Jid Mahu Memberi Nafas Baru di dalam Irama Malaysia pada Era 2020

Embah Jid Mahu Memberi Nafas Baru di dalam Irama Malaysia pada Era 2020 | Lagu Irama Malaysia / Etnik Kreatif Semakin Ketandusan | Siapa di sini peminat lagu tradisional? Kalau ditanya kepada anak-anak muda zaman sekarang, kemungkinan besar lagu-lagu lama Dato' Siti Nurhaliza bukan dalam pilihan playlist mereka. Zaman muda saya dahulu, lagu-lagu irama Malaysia nyanyian Dato' Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Syura dan Siti Nordiana sentiasa meniti di bibir anak-anak dalam era 80-an hingga 90-an.

Tetapi zaman semakin berlalu dengan mulanya pelbagai genre muzik yang kini anak-anak muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper dan sehingga ke K-Pop. Ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasi.

Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk diteruskan??? "Tepuk dada, tanya diri".

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".


KENAPA EMBAH JID???

**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang
**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru".


PROFIL EMBAH JID :-
- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -



Apabila melihat profil beliau, sangat bangga dengan segala pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta".

LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.


Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.

PROFIL EMBAH JID :

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah, orang Lenga, sekampung dengan ayah Zumal

    ReplyDelete
  2. kalau orang jawa memang biaselah panggil atok @ nenek embah.hehe.. kita jawa.

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan lepas ni, ramai artis baru dapat menyanyikan irama malaysia ni, barulah anak-anak muda nak turut sama menyanyikannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...kena naikkan lagi irama malaysia ni supaya tak luput ditelan zaman..

      Delete
  4. Antara seni yang semakin dilupakan. Semoga adalah yang akan menyambung warisan ini.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com