Ticker

6/recent/ticker-posts

Plan Bercuti ke Melbourne, Alang-alang Tengah Musim Matta Fair dan Traveloka Saleabration

Plan Bercuti ke Melbourne, Alang-alang Tengah Musim Matta Fair dan Traveloka Saleabration | Melbourne, Australia adalah salah satu destinasi luar negara yang saya belum sampai lagi. Bila baca kat blog kawan-kawan yang travel ke sana, teruja sangat nak jejak kaki ke sana. Walau ada jugak lah yang cakap, Melbourne takde ape. Heyy, mentang-mentang la nkoo dah pergi banyak kali, terus cakap takde ape ekkk. Bagi la peluang kat orang yang belum pernah pergi ni explore dulu! 😝


Apa sebenarnya yang buat saya teringin sangat nak ke Melbourne? Apa yang menarik sangat kat sana? Kenapa tak pergi Sydney ke Perth ke Gold Coast keee. Eh, tiga tempat tu pun antara yang saya nak pergi jugak tau, mana ada kata tak nak pergi! Cuma mula-mula ni kita try Melbourne dulu lah, sebab bandar ni macam ada tarikannya yang tersendiri. Lagi pulak, orang kata Melbourne adalah kota kopi Australia, sebagai peminat kopi, haruslah nak mencuba kopi kat sini kan? Tiberrr!

Nak bercuti ke Melbourne, kena buat perancangan awal. Kena tengok pergi musim apa, cuaca macam mana, jarak perjalanan dari satu tempat ke tempat lain tu jauh mana. Sebab tu saya plan beberapa tempat menarik yang saya nak pergi bila ada rezeki ke Melbourne nanti. Oh, gambar-gambar ni saya ambil dari blog-blog pada watermark gambar tu dan juga google ya.

Flinders Street Railway Station

Biasanya, saya dan encik suami suka ambil public transport aje kalau travel. Kat Melbourne, salah satu station utama untuk segala train dan tram kat sana adalah Flinders Street Railway Station. Tak sah, kalau tak lalu station ni bila naik train untuk ke mana-mana. Eh, apa lah yang menarik sangat dengan stesyen ni? Heyy, tengok lah gambar tu! Bangunannya sangat cantik dan klasik! Dikatakan, ia masih mengekalkan senibina asal sejak tahun 1900s. Kalau datang ke Melbourne, wajib bergambar dengan bangunan ni.


Federation Square, Melbourne City

Hakikat sebenar, bukan lah nak pergi Federation Square tu, tapi nak bergolek-golek kat padang rumput hijau belakang Federation Square. Hahaha! Kat Malaysia, mana nak cari tempat bergolek camni? Bukit sebelah Masjid UTM tu pun belum tentu boleh bergolek dengan yakin. Kalau kat Melbourne City tu, semua buat hal sendiri, bergolek lah beberapa pusingan ke, membaca sambal berbaring ke, berborak-borak ke, tidur ke, takde sape nak marah sebab macam dah jadi habit diorang untuk baring atas rumput.


Phillip Island

Dah kata negara Kangaroo kan, so wajib la masukkan Phillip Island ke dalam itinerary. Kat sini ada banyak animal park untuk kita datang tengok Kangaroo dalam conservation center, siap boleh bagi makan dan pegang lagi. Bahkan, boleh tengok Koala sekali kalau nak. Just sediakan ongkosnya saja sebab rega bukan macam masuk zoo kat Malaysia ya! Haha! Cuma Phillip Island ni agak jauh dari bandar Melbourne, naik kereta ambil masa 2 jam lebih juga.


Pyramid Rock

Alang-alang dah kat Phillip Island, lajak lah sampai ke Pyramid Rock. Ape, nak tengok batu je ke? Tak laaa…cuba tengok gambar tu! Allahu, cantik sangat pemandangan kat sini. Menikmati angin laut lepas di tepi tebing rumput yang tinggi, susah kot nak jumpa tempat macam ni. Biasa nampak dalam cerita-cerita TV or drama Korea je. Haha. Ni live depan mata, takkan nak disia-siakan pengalaman ni? Huhu.


Rayner’s Stonefruit Orchad

Ke Australia, wajib cuba petik buah. Sebabnya, kita selalu dengar ada offer kerja petik buah kat Australia, bezanya, kita pergi sebagai pelancong, bukan sebagai pekerja petik buah. Haha. Kat sini bukan takat buah je ada, pokok bunga Sakura pun ada uik kalau kita datang dalam bulan Ogos – September. Cantik gila tengok gambarnya bila bunga Sakura mekar. Buah-buahan pulak kena tengok musim, tak semua pokok berbuah pada waktu yang serentak.


Brighton Bathing Boxes

Bathing Boxes kat tepi pantai Brighton ni sangat eye-catchy dan instaworthy. Wajib ambil gambar berlatarbelakangkan mana-mana bathing boxes, terutamanya yang dicat dengan warna bendera Austalia. Sebabnya yang tu paling femes. Ada 87 buah bathing boxes kat sini, tak sure lah tu negara komanwel ke ape. Hahaha!


Tu antara tempat-tempat yang saya teringin nak pergi kalau ke Melbourne. Baru sikit tu, ada banyak lagi sebenarnya destinasi menarik kat Melbourne, yang penting kena prepare betul-betul dari segi perjalanan, penginapan, tempoh percutian dan lain-lain. Bila bercuti lama, kena ambil kira kos penginapan dan perjalanan. Lagi bagus kalau beli tiket masa tengah promo. Kalau rajin, boleh pergi mana-mana matta fair untuk survey pakej. Tapi kalau tak sempat, jeling-jeling aje mana-mana pakej online.

Lagi-lagi sekarang ni Traveloka tengah buat promo Saleabration dari 26 Ogos sampai 27 September 2019. Bila saya cuba check cheap flight deals ke Melbourne, rega tiket flight dari serendah RM1001 aje pergi balik uik! Dah save banyakkkk kat situ! Kalau dah beli tiket flight dari promo Traveloka Salebration tu pulak, terus dapat unlock deals untuk Hotels, Xperience dan Airport Transfer. Kira-kira dalam RM350 jugak boleh save dari situ.

Domestic Flights: 5% OFF, up to RM60
International Flights: 5% OFF, up to RM120
Hotel: 10% OFF, up to RM80
Xperience: 20% OFF, up to RM100
Airport Transfer: 25% OFF, up to RM50

Wei, murahnya. Sempat lagi ni saya nak buat duit sebelum 27 September ni! Uols kalau rasa-rasa nak pergi bercuti hujung tahun ni, boleh lah cek website Traveloka tu ek! Mana tahu ada rezeki nak ke Korea, Jepun, London, Paris, malah ke Jeddah juga!

Ok lah, nak siapkan itinerary Melbourne dulu. Bye!

Post a Comment

11 Comments

  1. Bestnya sis. teringin jugak nak ke melbourne. Tak pernah sampai lagi sana. Wah bestnya traveloka. Dulu masa saya ke perth pon dapat tiket murah dengan traveloka la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa da pergi perth ya! tu pun dalam wishlist jugak tu!

      Delete
  2. Wah, teringin juga nak pergi Melbourne tu...

    ReplyDelete
  3. teringin juga pergi sana kalau ada rezeki. hehe..

    ReplyDelete
  4. Jommlaaa kita..tengah sale ni elok membooking hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Memang dalam wishlist nak travel banyak tempat. Bila ada sale lagilah nak sangat pergi. Tapi, itulah saya ni fulus sendiri pun belum ada lagi. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kitaa....sempat lagi ni tau mengumpollll..hahahhaa

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com