Makan Tengahari Sedap di Restoran Dovist, Lahad Datu, Sabah

Makan Tengahari Sedap di Restoran Dovist, Lahad Datu, Sabah | Sabah memang terkenal sebagai syurga makanan laut. Kebanyakan restoran kat sana memang bertemakan hidangan laut dalam menu diorang. Uols mesti cuba seafood kat sana kalau ada rezeki untuk ke Sabah tau!

Salah satu restoran seafood yang saya cuba masa trip ke Sabah last week adalah Restoran Dovist, Lahad Datu, Sabah. Restoran ni terletak di Fajar Centre, Lahad Datu dan berkonsepkan hidangan Chinese seafood. Tapi masa saya ke sana, saya tak makan seafood sangat. Lebih kepada makanan signature dia aje. Nak tengok ape yang saya makan tak? Eh, harus lahhh kan!


4 Season Beans - Hidangan sayur kekacang dari 4 jenis kacang, iaitu Kacang Panjang, Kacang Bendi, Kacang Botol dan Kacang Perancis, disalut dengan tepung sebelum digoreng bersama ikan kering, kemudian dicurahkan sos kicap. Sedappp! Suka sangat menu ni!


Lemon Chicken - Isi ayam bersalut tepung digoreng, kemudian digaul dengan sos lemon. Sedap rasanya, masam-masam manis gitu! Ni pun antara my favourite jugak!


Sweet Sour Fish - Isi ikan dori bersalut tepung digoreng kemudian digaul dengan sos masam manis. Sedap juga, tapi rasanya agak manis bagi saya.


Corn Soup - Ahhh, ini pembuka selera paling menarik sepanjang saya di Sabah. Kalau makan kat seafood restaurant, mesti akan ada menu ni. Sedapppp sangat sebab dalam sup telur ada jagung dan nampak sedikit kelibat isi sotong. Rasa dia lebih kurang sama macam bubur jagung. Saya boleh makan bermangkuk-mangkuk benda ni tak toleh kiri kanan ๐Ÿ˜‹


Harga untuk set hidangan ni adalah around RM26.50 bagi satu kepala, termasuk free-flow air teh Cina dan nasi putih. Sangat recommended ya kalau uols datang ke Lahad Datu. Kitorang isi perut kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Tabin Wildlife Reserve yang akan mengambil masa 2 jam lebih. So, boleh lah tahan perut tu lepas lunch sedap-sedap kat Dovist ni. Haha!


Restoran Dovist

NO PORK, NO LARD

Lokasi:
MDLD 3811, Lot73, Fajar Centre, Lahad Datu, Sabah

Waktu perniagaan:
6 pagi - 11 malam (2.30 - 5 petang REHAT)

No. Telefon:
089-889 033

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
Makan Tengahari Sedap di Restoran Dovist, Lahad Datu, Sabah Makan Tengahari Sedap di Restoran Dovist, Lahad Datu, Sabah Reviewed by Sunah Sakura on September 17, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Replies
    1. yeeee mohon bertabah..kejap lagi lunch ye..ahahaha

      Delete
  2. Memang nampak menggiurkan makanan tu semua...aduhai...dah la kena pantang semua ni dulu...lepas bulan 10 nanti boleh la makan kot...kot la kannn...

    ReplyDelete
  3. menggoda menu yg pertama tuh, rare betul tuh... kira murah la menu semua tu ngn harga nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak! yang tu saya makan banyak jugakkk, korek2 ikan masin sekali...hahahahha

      Delete
  4. $ seasons beans tu memang sedap, nasib ingat orang belakang, kalau tak, dah ku bedal licin hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo....mekasih siss, saya la yang membedal sisa-sisanya tu....hahahhaha

      Delete
  5. Wawww, ini yang buat hati berkobar-kobar nak melancung ke Lahad Datu ni.

    ReplyDelete
  6. tgok gambaq pun tergugat haaa hahaha. sedapnya yg chicken lemon tuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeeeeee sedap sangattt...jeles kan kan kannnn...hahahhahahah

      Delete
  7. Replies
    1. harusss mamapp! baru la orang nak cuba makan! hahahha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.