Tiffin Weekend Afternoon Tea di Suasana Suites Cafe Johor Bahru

Tiffin Weekend Afternoon Tea di Suasana Suites Cafe Johor Bahru | Kalau uols tengah cari tempat yang menarik dan menenangkan untuk afternoon tea pada hujung minggu sekitar Johor Bahru, kita ada satu cadangan! Pernah dengar Suasana All Suites Hotel, Johor Bahru? Hotel yang terletak bersebelahan dengan Amari Johor Bahru, belakang PERSADA tu.

Kalau masuk ke hotel ni dan naik ke tingkat 33A, uols boleh masuk ke Suasana Suites Cafe nya. Satu-satunya cafe kat hotel ni, tempat untuk guest breakfast, lunch or candle light dinner dengan view JB city. Kat situ jugak adanya swimming pool untuk hotel guest bermandi-manda. Tapi kita bukan nak ceita pasal mandi. Nak gitau pasal makan-makannnn~~~


Bermula dari 20 September 2019, pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, uols boleh datang ke Suasana Suites Cafe untuk menikmati Tiffin Weekend Afternoon Tea pada harga RM48 nett untuk dua orang. Apa yang ada dalam set hi-tea kat sini? Jom tengokkk!

Bihun goreng dan nasi lemak

Kek pisang

Kuih-muih Nyonya

Kuih Mengkuang (Chai Kueh)

Keropok ikan

Setiap set dihadirkan bersama dengan keropok ikan ni. Sedap sangatttt, keropoknya nipis, tak terlalu tebal, cicah dengan sos dia. Keropok ni kalau uols nak beli asing pun boleh, ada pek RM5 dan RM3. Diorang ada jual kat lobi hotel tingkat bawah jugak.


Berbaloi-baloi kan harganya? Memang cukup sangat set ni untuk untuk dua orang! Airnya pulak uols boleh pilih sama ada nak teh (aneka pilihan dari Jasmine Tea, English Breakfast Tea, Darjeeling Tea, Earl Grey Tea dan lain-lain), black coffee atau pun teh tarik. Teh tarik dia sedap tau! Kaw gilerr, gambar pulak tak amek. Kena datang sendiri la tengok, haha!





Tiffin Weekend Afternoon Tea

Level 33A, Suasana Suites Cafe, Suasana All Suites Hotel, 82C, Jalan Trus, Johor Bahru

Jumaat & Sabtu
2.00 - 5.30 petang

RM48 nett (minimum 2 persons)

Advanced booking required:
Call +607 267 0148 ext: 7717
WA Hakim +6017 283 5226

Facebook:
Suasana Suites Cafe Johor Bahru
Tiffin Weekend Afternoon Tea di Suasana Suites Cafe Johor Bahru Tiffin Weekend Afternoon Tea di Suasana Suites Cafe Johor Bahru Reviewed by Sunah Sakura on September 19, 2019 Rating: 5

10 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.