Chillax Market Kini Dibuka di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri

Chillax Market Kini Dibuka di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri | 12 Oktober 2019 yang lepas, EduCity Iskandar Malaysia berjaya mengumpulkan seramai 5,000 peserta dalam acara EduCity Sports Carnival di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

9 buah kampus di bawah EduCity, University of Southampton Malaysia, Multimedia University, University of Reading Malaysia, Newcastle Unversity of Medicine Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Management Development Institute of Singapore, Raffles University, Marlborough College Malaysia dan Raffles American School turut serta bersama para staff IIB, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), X Johore Motorsport Scene dan juga komuniti setempat memeriahkan aktiviti bersempena dengan Hari Sukan Negara tersebut.

Saya sempat jugak la nengok budak-budak yang tengah gementar tunggu giliran nak masuk acara renang. Hebat betul uols dik non, kecik-kecik da berlumba renang. Hakak ni tua-tua masih tak pandai berenang lagi. Hahaha! Tapi, tua-tua, patut gelarkan diri acik sebenarnya kan? ๐Ÿ˜

Selain acara renang, ada lebih 6 sukan outdoor dan indoor yang dipertandingkan, termasuklah Futsal, Bola Jaring, Bola Keranjang, Badminton, Ping Pong dan Tarik Tali. Sebelah petangnya ada Auto-show Tournament jugak, salah satu usaha kolaborasi dengan X Johore Motorspot Scene. Setiap aktiviti ni disertai oleh para pelajar, staff dan juga masyarakat setempat.


Turut dilancarkan pada hari tu adalah Chillax Market, satu usaha kolaborasi dengan PUJB sebagai langkah untuk memberi pengalaman sebenar dalam dunia keusahawanan dan menerapkan kemahiran sosial. Mana tahu, dari sini diorang akan jumpa lebih banyak peluang jaringan sosial dan jalan ke dunia pekerjaan bila da habis belajar nanti. Masa pelancaran hari tu, sejumlah 44 pengusaha kecil dan sederhana (SME) sekitar Johor merangkumi food trucks juga vendor turut serta dalam Chillax Market nya, termasuklah dari pihak PUJB sendiri.






Tapi fokus utamanya adalah pada 15 booth jualan dari students dan staff, sebahagian daripada "Real-Life Enterpreneurship Challenge" yang dianjurkan oleh EduCity Iskandar Malaysia. Melalui program ni, student belajar untuk membina entiti perniagaan sendiri, hantar proposal business, dan laksanakan plan tu masa karnival. Chillax Market ni disokong oleh pihak PUJB sebagai salah satu program CSR diorang, di mana bahan-bahan mentah disediakan untuk students yang nak bukak booth jualan kat sini.


Jimi maskot Sukma 2020 pun ada tau masa karnival hari tu! Bulan Julai tahun depan kan Sukma 2020 kat Johor, EduCity pulak akan jadi tuan rumah untuk sukan Bola Sepak dan Bola Jaring. Untuk Sukma 2020 yang akan datang nanti, pihak PUJB tengah buat merchandise khas sebagai cenderahati kenangan, yang mana akan launching seawal bulan Disember tahun ni atau pada bulan Januari tahun depan. Pihak EduCity Iskandar Malaysia pulak tengah siapkan warming pool sebagai persediaan untuk Sukma 2020, jadi mana-mana atlet renang yang nak buat rehearsal, boleh lah warming up kat swimming pool sini nanti.

Antara produk yang dibawakan oleh student adalah aksesori fesyen dan pakaian dari Faculty of Fashion Design (Raffles University), booth informasi unversiti, essential oils, sabun organik, barangan terpakai, barangan kosmetik, barangan kraftangan, perkhidmatan e-scooter (TRYKE), seni henna dan juga makanan serta minuman.






Pengarah Urusan EduCity Iskandar Malaysia, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi menyatakan harapan dia supaya students, staff, pengusaha perniagaan serta masyarakan setempat dapat pengalaman keusahawanan yang berharga daripada penglibatan dalam Chillax Market ni. Yang bestnya, Chillax Market bukan hanya dibuka pada EduCity Sports Carnival tu aje, start this week, ia akan terus dibuka pada setiap hari Rabu, bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam. Haa, apa lagi? Masukkan dalam plan uols ya!

Ucapan oleh Pengarah Urusan EduCity Iskandar Malaysia, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi

Chillax Market dirasmikan oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Beliau memuji inisiatif EduCity Iskandar Malaysia buat karnival seumpama ni sebab membuka peluang keusahawanan kat Malaysia, sekaligus sebagai platform terbaik untuk berinteraksi dengan students dari 9 buah univerisiti dan kolej yang berbeza. Penting sangat platform macam ni untuk improve diorang punya leadership dan social skills terutamanya dalam bidang keusahawanan.


YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor merasmikan Chillax Market

Iskandar Malaysia Studio pulak pada hari karnival tu, menyumbangkan Mobile Kitchen (Kitchen on Wheels) sebagai tempat student buat demo memasak. Pada 13 Oktober 2019, hari esoknya, adalah majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para peserta sebagai menghargai usaha mereka sepanjang karnival, jugak untuk para pemenang dalam setiap aktiviti sukan yang dipertandingkan. Semua peserta diberikan sijil penyertaan sekali.

Tahniah EduCity Iskandar Malaysia! Uols boleh datang #chillaxjer kat sini pada setiap hari Rabu atau kalau nak join bukak booth jualan, boleh contact aje pihak EduCity sendiri ya!

Tel: +607-233 9000
Email: info@my-iib.com
Chillax Market Kini Dibuka di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri Chillax Market Kini Dibuka di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri Reviewed by Sunah Sakura on October 14, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Tahniah buat semua..Makin banyak tempat yang boleh orang luar kunjungi nanti kann...
    Dulu pergi Educity tu sebab Zumba hehehe..lama tak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..bagus kan! taun depan da la visit johor 2020!

      Delete
  2. wowwww..bestnya.. very the kalerfull... i liokee...

    ReplyDelete
  3. Ceria.. Dan sempoi sangat ni. Salah satu tempat boleh dikunjungi bersama-sama keluarga.

    ReplyDelete
  4. bestnya, terliur nengok ada kek tu, n keropook2 tuh... best nih

    ReplyDelete
  5. wah kalau ke jb boleh try singgah la nanti

    ReplyDelete
  6. best lah chillax market ni.Kalau dekat dah lama umi Naura dok ulang alik setiap hari rabu nak beli makanan...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya umi naura ni kalo duduk dekat...hahahahha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.