FANPEKKA Malaysia Sambut Ulangtahun ke-3 dengan Program CSR Bersama Kanak-kanak

FANPEKKA Malaysia Sambut Ulangtahun ke-3 dengan Program CSR Bersama Kanak-kanak | Seramai 60 orang anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Setanggi dan Asrama Kebajikan Ar-Rayyan bersama-sama meraikan ulangtahun ke-3 FANPEKKA Malaysia di AEON Tebrau pada 27 Oktober 2019, Ahad lalu.


FANPEKKA Malaysia merupakan pusat permainan indoor Finnish pertama di Asia Tenggara oleh AEON Fantasy Malaysia. Sejak pembukaan rasminya pada bulan Oktober 2016, masuk tahun ni dah 3 tahun lah usianya. Kalau toddler, dah pandai berlari. Haha!

Macam-macam aktiviti diadakan sempena meraikan 3rd Anniversary FANPEKKA ni, termasuklah persembahan tarian daripada staff-staff FANPEKKA, kuiz untuk kanak-kanak, penampilan Titto dan Rolly, potong kek nombor 3 yang melambangkan 3 tahun usia FANPEKKA, tour ke ruang-ruang aktiviti dalam FANPEKKA dan banyak lagi.







Anak-anak dari pusat kebajikan pun seronok dapat main dalam FANPEKKA tu beramai-ramai, sekali dengan orang awam juga. Kita pun bahagia tengok diorang teruja main dalam FANPEKKA tu, buat replika rumah sendiri, main jual-beli kat kedai-kedai mini, main gelongsor beramai-ramai sampai puas, FANPEKKA kan besar. Takde la kes berebut-rebut sampai bergaduh, semua orang dapat enjoy!





Tahun ni, FANPEKKA mengubahsuai ruang permainannya dengan membesarkan lagi bilik parti, menukar dekorasi ikut tema semasa, menambah bilik trampolin, 'fluffy baloon room' (yang orang dewasa pun terhibur main dalam ni, tapi awas nanti muka kena baling belon gergasi kalau terleka...hahaha!), 'writable light wall' (melukis dengan ink pen bercahaya pada dinding), serta menambah baik segala peralatan permainan bagi memberikan pengalaman terbaik buat para pelanggan yang datang.


Menurut Mr. Li Rongcan, Senior Executive General Manager of AEON Fantasy Malaysia Sdn. Bhd., pengubahsuaian FANPEKKA dibuat dari bulan Julai lagi sebagai persediaan menyambut ulangtahunnya yang ketiga. Harapan beliau, pelanggan yang datang boleh enjoy main kat sini bersama kawan-kawan dan keluarga masing-masing, disamping membantu dalam tumbesaran anak-anak dengan lebih sihat. Pihak FANPEKKA sangat menghargai sambutan serta sokongan dari para pelanggannya sejak pembukaan diorang dulu.

Ok, kalau uols nak enjoy kat FANPEKKA dengan family dan kawan-kawan, boleh rujuk maklumat kat bawah ya!


FANPEKKA Malaysia
AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru

Waktu operasi:
Setiap hari
10 pagi - 10 malam
(Last admission 9.00 pm)

Harga tiket (unlimited time):
Kanak-kanak 3 - 12 tahun RM62 seorang
*wajib ditemani penjaga berusia 18 tahun ke atas
Dewasa 18 tahun ke atas RM12
Bayi 2 tahun ke bawah PERCUMA
(Remaja berusia 13 - 17 tahun TIDAK DIBENARKAN masuk ke FANPEKKA)

*Untuk tujuan kebersihan, pelanggan wajib memakai stokin jika masuk ke FANPEKKA, stokin ada dijual pada harga RM6 sepasang

Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi:
+607 351 7593
+607 351 5792

Website:
FANPEKKA Malaysia Sambut Ulangtahun ke-3 dengan Program CSR Bersama Kanak-kanak FANPEKKA Malaysia Sambut Ulangtahun ke-3 dengan Program CSR Bersama Kanak-kanak Reviewed by Sunah Sakura on October 30, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. Tahniah Fanpekka, next time jomlah kita lepak aje dalam Fanpekka ni ek hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.