Larian Pertama Tahun 2019 - 'Run to Give' Kali Ke-3 oleh Renaissance Johor Bahru Hotel

Larian Pertama Tahun 2019 - 'Run to Give' Kali Ke-3 oleh Renaissance Johor Bahru Hotel | Masa menaip ni, penat berlari masih belum hilang lagi. Jujurnya, ni lah acara larian pertama yang saya joined untuk tahun 2019. Bayangkan lerrr, dah bulan Oktober ni, baru yang pertama. Haha! Orang lain dah kali ke berapa puluh belas agaknya.

Entah ek, tahun ni tak berapa nak join acara larian macam tahun-tahun sudah. Berlari kat taman rekreasi pun dah kurang. Patut la badan makin naik macam dipam-pam lepas setiap food review ๐Ÿ˜œ


Disebabkan kesedaran tu lerr, dengan rela hatinya saya join Run to Give 2019 by Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Tahun ni merupakan tahun ketiga diorang buat larian ni semenjak tahun 2014. Renaissance Johor Bahru Hotel mengadakan acara larian bersama-sama dengan hotel lain bawah Marriott International dari 23 buah negara dan wilayah Asia Pasifik sebagai inisiatif untuk mengumpul dana kebajikan.


Menurut Regan Taikitsadaporn, Chief Human Resources Officer, Marriott International Asia Pacific, larian kebajikan tahunan ni merupakan salah satu acara penting dalam program TakeCare syarikat diorang. Melalui acara macam ni la diorang galakkan para peserta terutamanya dalam kalangan rakan sekerja untuk menjaga kesihatan fizikal, disamping membuka peluang untuk diorang jadi sebahagian daripada komuniti yang menghormati satu sama lain, berkongsi kebaikan dan menyumbang kepada persekitaran yang lebih baik.


Acara larian yang berlangsung pada 20 Oktober 2019 kali ni bertujuan untuk meraih sumbangan bagi National Kidney Foundation Malaysia mendapatkan tiga mesin dialisis dengan sokongan dari program TakeCare oleh Renaissance Johor Bahru Hotel di bawah Marriott Business Council-Malaysia. Kira-kira 200 orang peserta turut serta dalam acara yang bermula pukul 7 pagi tadi di Ponderosa Golf & Country Resort, dengan larian terbahagi kepada dua acara, iaitu 5km dan 10km, masing-masing dipertandingkan terbuka untuk lelaki dan wanita.







“Run to Give is the event where Marriott International associates and publics came together in Johor Bahru as one organization to fund-raise for local communities,” added Gagan Singh, General Manager of Renaissance Johor Bahru Hotel. “This is the third time we organized the charity run to immense response; with the support from our associates as well as the publics, we are confident that Run to Give 2019 will accomplish more than we ever could alone.”

Winner 10km Men Open Run to Give 2019

Fuhhh, penat jugak bila dah lama tak lari. Pancit sehh, jadi antara yang terakhir pulak tu sebab menunggu Uyul dengan Nona, tetiba diorang da lesap kat belakang. Hahaha! Yang lari 10km, masa second round dia boleh pintas kita woi! Alaaa, kita kan bizi amek gambar orang lain, sebab tu lambat...alasan! ๐Ÿ˜œ

Masing-masing tak percaya da tamatkan 5km kunun hahaha!

Tahniah Renaissance Johor Bahru Hotel!

Untuk tengok gambar selebihnya, boleh belek kat page Sunah Suka Sakura kat Facebook ek!

Larian Pertama Tahun 2019 - 'Run to Give' Kali Ke-3 oleh Renaissance Johor Bahru Hotel Larian Pertama Tahun 2019 - 'Run to Give' Kali Ke-3 oleh Renaissance Johor Bahru Hotel Reviewed by Sunah Sakura on October 20, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Tahniahhh tahniahhhh! Bahhaaaha~
    Bagus aktiviti berfaedah macamni..sambil jaga kesihatan, sambil membantu mereka yang memerlukan....

    ReplyDelete
  2. Best join run macam ni. menyihatkan badan keluar peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, dan boleh menurunkan berat badan juga...hahahhaha

      Delete
  3. Tahniah korang!! Sis ko tunggu tahun ke-5 hahahahahahaa

    ReplyDelete
  4. Tahniah, dapat habiskan 5km..kalau hakak,xtaulah sampai ke idak..

    ReplyDelete
  5. yeayyy! im so proud of myself. hahhahaha...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.