Sorang

Sorang by Loqman Podolski



Jalan jalan pun sorang
makan makan pun sorang
have fun semua seorang
tengok wayang pun sorang

Suka drive sorang sorang
hidup pun macam sorang
tak ada nak panggil sayang
kesian semua sorang
x2

VERSE1
Bukan tak suka bercakap
suka perhati dan diam
kenapa luqman ni senyap
takda mulut ke nak cakap

Rasa serabut bila ramai lari terus ke tempat yang lebih santai
biar serabut, tenteram lerai

Banyak benda dalam kepala
tak tahu nak sebut macam mana
bukannya aku sombong ke apa
walau susah, tapi ku cuba

Susah nak bercakap
lebih suka duduk
ditempat gelap
eh luqman mana,
asal tiba tiba lenyap

Diri memang senyap
takut salah langkah
terlebih selesa
perhati dan senyap

(CHORUS x1)

VERSE2
Jangan takut jangan lari
dari kecik ku cam itu
tak suka drama cam tv
jangan kau buang waktu aku

“Kesian luqman sendiri“
“mesti dia ini sunyi“
tak kisah mulut orang
hanya ada ibu dan myvi

Tak sunyi ke?
tak bosan ke?
taknak ada adik ke?
selalu orang tanya

Hah yea
memang senang nak dapat adik
cam pilih ikan dekat pasar terus bawa balik

Jangan la risau, aku dah biasa
ah relax la, aku tak mengapa

Tapi bila waktu aku
jangan kau kacau aku
nanti aku naik hantu
ku dah pesan awal dulu
(LAST CHORUS)
Sorang Sorang Reviewed by Sunah Sakura on October 27, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. lirik simple tapi trasa la hahaha.. sorang jugak ni !! xdee nak panggil sayang wakakaka..

    ReplyDelete
  2. terkena batang hidup sendiri..

    memang hidup la sorang dan pernah juga hidup berdua sehingga menjadi berlima..

    kemudian jadi sorang balik..

    hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. rangkap pasal adik tu memang terbaiklah..

    ReplyDelete
  4. menarik liriknya, simple tapi bermakna...

    ReplyDelete
  5. simple giler lirik lagu ni.. senang nak ingat.. haha

    ReplyDelete
  6. Suka dengan baris akhir sekali, jangan ganggu aku, nanti aku naik hantu!!

    ReplyDelete
  7. Selalu dan dah biasa sorang- sorang...hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.