Sentiasa Berjaga-jaga Kalau ke Trickeye Museum Malaysia

Sentiasa Berjaga-jaga Kalau ke Trickeye Museum Malaysia | Kenapa kena berjaga-jaga kalau ke Trickeye Museum Malaysia? Sebab takut korang tak sedar, ada dinosaur tengah kejar kat belakang, ada gunung berapi yang bila-bila masa meletus, ada ikan jerung yang takkan biarkan korang terlepas dari mulut dia, ada harimau tengah mengendap di sebalik semak-samun dan macam-macam lagi oi!

Tapi...semua tu hanya illusi aje ye. Bukan realiti. Haha!

Trickeye Museum Malaysia yang terletak di Level 5, City Square Johor Bahru merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Kalau selama ni kita biasa dengar 3D Art Museum aje, kat Trickeye Museum ni korang boleh alami lebih dari 3D tau!



Macam mana caranya nak experience lebih dari 3D tu? Haaa, meh sini kita cerita. Kat Trickeye Museum ni, pengunjung boleh mendapatkan pengalaman illusi optik melalui lukisan-lukisan 3D pada dinding muzium dengan menggunakan aplikasi khas dalam smartphone masing-masing. Kalau uols nak tahu, Trickeye Museum ni adalah muzium pertama di dunia yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR). Yang kat JB ni pulak, Trickeye Museum pertama versi Graffiti.

Dalam Trickeye Museum ni ada 9 Zon tarikan, iaitu Jurassic Zone, China Zone, Korea Zone, Animal Zone, Supermoon Zone, Kids Zone, Malaysia Zone, Winter Zone dan juga Aqua Zone. Sepanjang korang melalui zon-zon yang ada kat dalam ni, korang kena bukak la aplikasi khas dalam telefon korang untuk tengok kesan-kesan AR pada setiap lukisan 3D kat dinding muzium.




Menariknya, kesan-kesan tu bukan sekadar lukisan yang jadi hidup tau, tapi dengan kesan bunyi sekali! Tak percaya ke? Jemput tengok video kat bawah sekali. Sekali jeeeeee!


Haa itulah sebabnya Trickeye Museum ni masuk kategori 4D Art Museum. Tu baru sikit je tau. Ada banyak lagi tempat yang menarik dalam Trickeye Museum tu, sesuai sangat bawak anak-anak datang luangkan masa kat sini. Selain daripada pengalaman AR, korang jugak boleh buat aktiviti dekat K Digital Park, ruang hiburan yang menawarkan kepuasan pengalaman dan pembelajaran mengenai K-Culture.


Dekat K Digital Park ni korang boleh naik robot besar dan main tembak laser dengan robot-robot lain di ruang Robotic, main lego dan mewarna di Digital Kidsmaru & Block Cafe, serta cuba makanan-makanan jalanan Korea dan K-beauty di K Street Food & Goods. Haa, nampak tak sebenarnya K Digital Park ni adalah pengaruh Korea? Haha.



Eh, bukan tu aje. Korang boleh jugak cuba tampal sticker khas AR kat tangan masing-masing dan tengok hasil AR nya guna aplikasi khas. Nampak la lukisan-lukisan tu hidup dan keluarkan bunyi dari tangan korang sendiri. Alaa macam dalam video tangan saya kat bawah ni.


Menarik kan? So apa lagi? Jom la datang ke Trickeye Museum bawak kawan-kawan dan keluarga!


Trickeye Museum Malaysia
Level 05, City Square Shopping Mall, Johor Bahru, Johor

Operation hours:
10 am - 10 pm daily
(last admission at 9 pm)

Harga tiket Trickeye Museum Malaysia


Tel. no:
+607 220 0250

Email:
parajoy.my@gmail.com

Website:

Instagram:

Facebook:
Sentiasa Berjaga-jaga Kalau ke Trickeye Museum Malaysia Sentiasa Berjaga-jaga Kalau ke Trickeye Museum Malaysia Reviewed by Sunah Sakura on October 26, 2019 Rating: 5

9 comments:

  1. sunah sila blanja i ke sana..please...hihi

    ReplyDelete
  2. Hihihi.. Kelako pun iya jugak bab kena kejo dinasour tu, hahahha

    ReplyDelete
  3. Whoaaa...macam best aje!!
    Cuti-cuti camni, best pergii...kan

    ReplyDelete
  4. masuk tempat macam ni kena pandai posing.. kretip
    kalo ct ni kakuu sokmo amek gambo hahaha

    ReplyDelete
  5. wah.. ohsemnya.. memang menarik tempatnya..

    ReplyDelete
  6. tak sempat lagi nak pergi sana. macam best je.

    ReplyDelete
  7. Saya selalu berjaga-jaga sebab nak jaga gelak saya hahahaha adoii pecah perut kalau masuk sini, nak gelak aje manjang hahahaha

    ReplyDelete
  8. Okey nak pi sana Sunah sila jadi travel guide..hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.