Celebrate Birthday Sis Lin di Qing Palace Restaurant, Pulai Springs Resort

Celebrate Birthday Sis Lin di Qing Palace Restaurant, Pulai Springs Resort | Jumaat lepas, JDT Bloggers plan untuk dinner kat Qing Palace Restaurant, Pulai Springs Resort. Sempena ada promosi Eat All You Can kat sana tu, ape lagi, kita manfaatkan lah, berbaloi-baloi dengan harganya kan.



Alang-alang baru berapa hari lepas birthday Sis Lin, saya dah cakap kat dia awal-awal, sis kena ada sebab nak celebrate birthday. Hahaha! So takde la surprise sangat pun, cuma macam mana celebration tu dibuat, dirahsiakan. Kahhh!

Saya dengan kak Ajan bertolak dari rumah agak lewat, walaupun kitorang lah yang paling dekat dengan Pulai Springs Resort. Sebabnya, saya bakar brownies untuk celebration tu agak lewat, dalam pukul 5 baru start, sebelah siangnya tu sibuk edit template blog encik suami.

Belek blog encik suami: Ady Budika

Dalam pukul 6 lebih saya keluar sekejap beli kotak dan papan kek dekat kedai bakery ingredients depan rumah, tak jauh dari Maslee Express tu, SKS Bakery ke ekk nama dia, tak ingat lerr. Then dari kedai barang kek tu, saya ke Maslee sekejap sebab nak beli coklat untuk hias atas brownies, juga makanan kucing.

Bila masuk Maslee, erkk panjangnya orang beratur! Sebab nak Maghrib kan, kaunter akan dilimitkan sebab ada staff tukar shift dan berehat untuk solat. Alang-alang dah masuk, kita teruskan aje lah. Kesian kat anak-anak bulus kat rumah kelaparan. Punya lama berbaris, lebih 10 minit kat situ aje. Keluar Maslee, azan Maghrib dah berkumandang. Aiyakkk!

Cepat-cepat saya balik rumah dan mendeko browniesnya. Pukul 7.25 malam baru lah saya siap dan solat Maghrib, agak lewat jugak lah sebab janji 7.30 malam jumpa kat restoran. Sampai kat Qing Palace Restaurant, hujan pulak turun tapi renyai-renyai aje. Simpan sekejap kotak browniesnya kat kaunter restauran sebelum Sis Lin nampak. Haha! Ain dah nampak dari jauh segala kesibukan kat kaunter tu ๐Ÿ˜†

Then kitorang pun pergi meja makan, tak lama lepas tu makanan sampai satu persatu. Untuk menu Eat All You Can ni, segala makanan adalah Chinese food, dan uols boleh order berapa banyak menu yang uols nak dari lebih 80 senarai dalam buku menunya, bermula dari appetizers sampai la desserts. Jemput tengok apa yang kitorang order.

Szechuan Hot & Sour Soup

Seabass Steamed in Asam Sauce

Sauteed Diced Chicken with Dried Chillies

Ostrich Meat with Spring Onion

Oatmeal Prawn dan Wasabi Prawn kat belakang

Chilli Clam

Cuttlefish with Chef's Special Sauce

Peking Duck Set (dengan Black Pepper Duck Meat)

Haaa, ni antara must-try dishes dalam Eat All You Can tu tau! Ada lagi beberapa yang tak sempat ambil gambar, dah licin. Haha!

Banyak kan boleh dapat pada harga RM60.00+ je tau per seorang Dewasa dan RM30.00+ per seorang Kanak-kanak? Dan alhamdulillah, kitorang habis makan semuanya, kecuali satu jenis dessert tu dan Spring Onion Duck yang order tambahan kemudian, hujung-hujung. Sebab masa tu perut masing-masing dah penuh sangat! Sebelum dessert sampai, saya ke kaunter semula dan bawakkan browniesnya.



Saya buatkan brownies tower yang simple aje. Tanpa strawberi, mana yang sempat dan ada je lah. Naikkan seri dengan warna merah butir-butir love dan juga biji gula berwarna emas. Alhamdulillah tertunai hasrat di hati, Sis Lin pun sebenarnya teringin brownies, tu yang buatkan jugak. Kalau tak, saya plan nak beli kek Red Velvet kat SDS aje! Haha!

Ok lah, kalau uols nak makan hidang macam ni, haa boleh lah datang ke Qing Palace Restaurant, Pulai Springs Resort sehingga 19 Disember 2019, diorang da extend lagi uikkk atas permintaan ramai!


Eat All You Can @ Qing Palace
Pulai Springs Resort, Pulai, Johor

Harga:
Weekday (Monday to Friday)
ADULT: RM60.00+ per person
CHILD : RM30.00+ per person (3 to 11 years old)

Weekend (Saturday & Sunday) & Public Holiday
ADULT: RM65.00+ per person
CHILD:  RM32.50+ per person (3 to 11 years old)

Terms and Conditions:
- Minimum 4 paying persons required
- Available for lunch (12.00 noon to 3.00pm) and dinner (6.30pm to 10.30pm)
- Not applicable with any other discounts and promotions
- Prices subject to 6% Service Tax

For Reservations, call +607 521 2121
Celebrate Birthday Sis Lin di Qing Palace Restaurant, Pulai Springs Resort Celebrate Birthday Sis Lin di Qing Palace Restaurant, Pulai Springs Resort Reviewed by Sunah Sakura on November 24, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. ini antara brownies Sunah yang paling sedap, lembab jer browniesnya..

    dan makan di Qing Palace tiada siapa mampu menafikan kelazatannya

    ReplyDelete
  2. Wow bestnya! Makan sedap dengan kawan-kawan & sharing the happy moments together

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat berkumpul macam ni! sedap sedap tu menu dia

    ReplyDelete
  4. scroll laju2, tak sanggup tengok makanan sedap-sedap hahahha
    seronok sis Lin ramai kawan-kawan yang meraikan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.