Tudung Putih

Pic: samhurdphotography

Awal-awal pagi lagi telefonnya berbunyi. Dilihat nama pemanggil. Segera panggilan disambut.

"Hello, assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam. Tengah buat apa tu?" suara lelaki yang sangat dikenali bertanya.

"Baring lagi ni, kenapa?"

"Owhh, ok. Kejap ek," jawab lelaki itu.

Kemudian, telefon di sebelah sana bertukar tangan.

"Nanti kalau kau nak belikan tudung, cari tudung putih untuk aku. Tak payah cari tudung lain dah."

Permintaan yang tiba-tiba itu membingungkan beberapa saat. Dah kenapa, apa pulak ni? Betul ke dia tekan nombor aku pagi-pagi ni? Soalan bertubi-tubi muncul di benak fikiran. Mana tahu, dia sebenarnya nak bagitahu orang lain, tapi tersilap menekan nombornya. Risau juga kalau memang urgent nak tudung putih untuk apa-apa event kat sana.

"Eh, mak ni nak bercakap dengan kita ke dengan siapa ni? Salah call ke?" dia bertanya, untuk kepastian.

"Dengan kau lah. Kau kan selalu nak belikan aku kain baju kurung. Dah tak payah beli kain baju kurung untuk aku. Baik beli tudung putih aje."

"Hmmm."

"Aku nak simpan."

"Hmmm. Ye lah."

"Kau tau kan untuk apa?"

"Hmmm."
Tudung Putih Tudung Putih Reviewed by Sunah Sakura on November 26, 2019 Rating: 5

6 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.