Kisah Gerhana Matahari Cincin 26 Disember 2019

Kisah Gerhana Matahari Cincin 26 Disember 2019 | Gerhananya semalam, tapi disebabkan kisah ni agak kelakar bagi saya, nak tulis jugak kat sini sebagai kenangan buat diri. Mana tahu lagi 20 tahun akan datang, teringat balik dan nak belek semula kisah ni, cerita kat anak cucu cicit. Yo yo o aje.

Sebulan yang lepas lagi, seorang adik UTM komen kat gambar Tanjung Piai dalam Instagram saya. Dia bagitahu tentang fenomena gerhana matahari cincin ni yang akan berlaku pada 26 Disember 2019. Masa tu memang ada terfikir nak ke Tanjung Piai tengok fenomena ni, tapi apakan daya, makan semut banyak sangat sampai terlupa nak plan.

Dua hari sebelum peristiwa berlaku, orang dah mula kecoh-kecoh kat Facebook dan blog, semua nak naikkan trafik dengan this trending issue. Dan pada hari kejadian, tengah baking brownies pun boleh belek telefon, Sis Lin gitau dalam group whatsapp JOCOM tentang gerhana yang akan berlaku, dan cerapan bentuk cincin boleh didapati secara tepat pada pukul 1.23 tengahari.

Owhh, sempat ni nak tengok sebelum ke Kulai, saya sebut dalam hati. Tapi hakikatnya memang seorang yang terlupa kan, lepas delivery brownies nap kejap sebab malamnya tidur lewat dan pagi-pagi tu kena bangun awal buat brownies.

Lepas Zohor, terjaga pukul 1.25 tengahari, terus bangun keluar bilik sebab nak gi ambil wudhuk dan siap-siap ke Kulai. Tapi mata ni terpandang ke tingkap dapur. Eh, gelapnya, getus saya dalam hati. Saya buka lampu dapur, dan tengok sekali imbas bahagian belakang rumah jiran.

Ada bayang dari cahaya matahari. Tapi kenapa gelap ni. Pelik.

Saya biarkan persoalan begitu saja sebelum masuk ke toilet dan membuang air. Masa tengah buang air tu lerrrrr oi baru teringat! Ya ampunnnn, laju-laju saya membasuh apa yang patut, lepas tu pergi keluar. Tutup balik lampu dapur, cari cermin mata hitam, capai dan sarung tudung basahan. Buka pintu depan, keluar ke laman. Wah, gelap!

Hajat nak ambil gambar gerhana, tapi bila tengok di sebalik cermin mata hitam ke atas, adoiii sakit mata aku. Terus tak jadi nak amek. Tak apa lah, cukup saja menikmati waktu gelap ni. Hahaha.

Then saya masuk balik ke dalam rumah, ambil wudhuk dan solat Zohor.

Sudahnya, tengok gambar gerhana yang kawan-kawan share dalam group whatsapp saje lerrr.




Bapak kat kampung lagi kreatif, cahaya matahari dari celah daun pokok sukun ke lantai beranda dapur katanya ๐Ÿ˜†

Alhamdulillah.

Teringat zaman sekolah dulu, masa tu Darjah 5, cikgu bagi negatif filem seorang satu untuk tengok fenomena gerhana. Zaman sekarang, mana ko nak cari negatif filem? Filem X-Ray pun belum tentu dapat. Haha.

Ok bye! Jumpa lagi 20 tahun akan datang.
Kisah Gerhana Matahari Cincin 26 Disember 2019 Kisah Gerhana Matahari Cincin 26 Disember 2019 Reviewed by Sunah Sakura on December 27, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Beberapa tahun lepas, masa gerhana separa saya punggah barang cari negatif filem. Nak juga tengok gerhana punya pasal hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time kene jugak la sediakan filem gelap..haha

      Delete
  2. subhanallah. kuasa Allah Taala. masa tahun 1998 dulu takda tempat nak tengok gambar. tengok kat berita ja. hehe. sekarang boleh tengok kawan2 share dalam whatsapp status, fb, ig semua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...dulu mana ada tengok kan, nak tulis blog pun belum reti lagi...hahahah

      Delete
  3. Sebagai tanda kebesaran Maha Pencipta

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.