RED by Sirocco, Hotel Selesa di tengah Bandar Kuala Lumpur

RED by Sirocco, Hotel Selesa di tengah Bandar Kuala Lumpur | Masa mula-mula baca namanya, memang rasa janggal. Tak pernah tahu pun pasal kewujudan hotel ni. Bila search location kat Google Maps dalam phone, yang keluar tulisan Jepun. Pelik pulak, haha! Takkan ni hotel Jepun kot? 😕

Daripada terus tertanya-tanya, lebih baik kita datang tengok sendiri kan? Hihuuu~


Hotel RED by Sirocco, terletak di kawasan Dang Wangi, tak jauh dari Taman Eko Rimba Bukit Nenas. Tapi nak masuk ke ruang depan lobi hotel ni agak mencabar sebab faham-faham la lalulintas kat KL tu macam mano kannn. Bas pun bila dah malam tak boleh nak lalu depan hotel sebab kereta banyak parking tepi jalan masuk ke ruang depan hotel tu. Siang-siang ok lagi.

Saya menginap kat sini masa lawatan media Tourism Malaysia ke Selangor hari tu. Ditempatkan sebilik dengan Sis Lin, dapat bilik double bed kat tingkat 12. Yeee, tingkat 12, tuan-tuan dan puan-puan. Hotel ni 25 tingkat, dan ada mural besar pada dinding luar hotel, menjadikan ia sebagai mural tertinggi di Malaysia yang tercatat dalam Malaysia Book of Records.

Kredit gambar: Timah News

Masuk aje ke dalam bilik, memang terpesona dengan hiasan dalamannya yang simple tapi elegan. Menariknya, susun atur bilik air, ruang solek dan almari yang dipisahkan dengan ruang katil sangat kemas, sedap mata memandang. Keluar bilik air lepas bersihkan diri, boleh terus bersiap-siap di ruang wardrobe tanpa perlu melintas kawasan katil sebab meja solek dan almari betul-betul terletak di luar pintu bilik air.

Kredit gambar: Red by Sirocco website


Kat ruang ni jugak ada peti keselamatan kalau uols nak simpan barangan berharga dalam bilik. Iron tak disediakan dalam bilik ya, kena minta kat receptionist kalau perlukan iron, nanti diorang hantar ke bilik bersama iron board. Jangan risau, tak perlu berebut-rebut iron sebab iron dia banyak agaknya. Dari masa mintak sampai la da check out, diorang takde lak call nak mintak semula iron tu.

Paling buat kitorang teruja, ada mesin kopi paling canggih pernah kitorang tengok dan cuba dalam hidup setakat ni. Haha! Mesin kopi jenama Cafes Richard dari Paris disertakan dengan kapsul kopi dua perisa, juga gula, tetamu boleh buat kopi sendiri merujuk kepada manual yang disediakan. Penggemar kopi macam saya dan Sis Lin memang jakun lerrr jadinya, excited buat kopi pagi petang siang malam. Haha! Disamping mesin kopi, ada juga set klasik teko teh Cina, juga membolehkan tetamu buat teh sendiri secara tradisional.



Kat dalam ruangan katil, ada LCD TV 49" dan meja tulis. TV nya saya tak pasti lah, mungkin terlalu canggih sampai kitorang tak reti nak bukak masa mula-mula sampai. Main tekan-tekan aje remote sampai tiba-tiba terpasang siaran TV2. Haha! Maaf lah, part TV ni tak dapat nak komen sangat. Tapi meja tulis dia memang cantik, sesuai kalau datang untuk business trip. Buat kerja kat laptop tak habis kat luar, sambung dalam bilik pun boleh.


Dan heyy, setiap bilik kat RED by Sirocco ada balkoni ya! Bilik saya dan Sis Lin menghadap Menara Kuala Lumpur! Beruntung sangat dapat view ni, siang dan malam asyik selak langsir nak tengok lampu warna apa. Haha! Dan dari balkoni bilik juga, boleh tengok bandar Dang Wangi, nampak la banyak bangunan pencakar langit dan hotel-hotel lain sekitar kawasan ni juga.




Untuk sarapan pagi pulak, tetamu kena naik ke tingkat 25. Restoran dia kat Rouge Club, bahagian rooftop yang bersebelahan dengan swimming pool. Pagi-pagi breakfast sambil menghadap Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Cantik sangat view dia bila awal pagi, dalam embun dan langit berawan tebal.



Pilihan breakfast dia ok lah, walaupun tak banyak sangat. Tapi cukup dah mengenyangkan. Kopi beliau pahit ya, sangat rich, letak gula 2 sachet pun masih pahit nau nau! Haha! Hari pertama breakfast, banyak menu keluar agak lambat juga. Sampai kitorang da gerak naik bas pun nasi lemak tak keluar-keluar. Tapi hari kedua, difahamkan semua menu sampai pada masanya. Maybe hari sebelumnya diorang tak expect tetamu seramai kitorang turun breakfast awal pagi.





Tapi sekitar hotel pun ada banyak tempat makan. Depan hotel sendiri ada Tapestry, restoran hispter yang Jannah cakap bila weekend je, orang ramai berbaris depan restoran. Sebelah hotel pulak ada kopitiam Cina, yang ni memang ramai gilerrr, tapi diorang cakap non-halal. Tak jauh dari hotel juga ada banyak kedai mamak in case uols nak jumpa kawan-kawan KL or lepak-lepak.

Pagi sebelum checkout sempat jumpa encik suami breakfast dengan Sis Lin sekali kat Barkery


Sebelah pintu masuk hotel pulak ada kedai roti nama Barkery, under hotel tu jugak. Boleh minum kopi or teh kat sini, pagi-pagi ada nasi lemak dan breakfast set juga. In case nak ajak kawan breakfast, tapi tak nak masuk dalam hotel, haa kat sini aje lerr. Harga dia harga hotel, faham-faham lah yee.



Check in dan check out kat hotel ni dibuat di tingkat 11. Tingkat bawah tu just entrance masuk aje. Overall, memang selesa duduk sini, internet pun laju. Sepanjang kat hotel memang guna wifi hotel aje. Kalau uols nak cari tempat bermalam area Dang Wangi, boleh lah riki hotel ni ya!

RED by Sirocco
Menara M101 Dang Wangi, No.3 Jalan Kamunting, 50300 Kuala Lumpur
Managed by Sirocco Hospitality Group Sdn Bhd – 1082963V

Rooms:
Superior King Room RM203++ per night
Superior Twin Room RM203++ per night
Deluxe Room RM223++ per night
Family Suite - Interconnecting Room RM461++ per night

Email:
reservation@redhotelkl.com

Tel. No:
+603 2603 1133

Website:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Lawatan Media Sempena Malam Penghargaan Media & Industri Tourism Malaysia 
bertempat di Selangor, yang telah berlangsung pada 13 - 15 Disember 2019 
anjuran Tourism Malaysia

12 comments:

  1. Hotel yang asangat cantik dan cozy sangat... Yang rare sekali meja kopi dan pembuat kopi tu.. First time nampak dalam hotel disediakan macam tu.. Banyak hotel LeYa pergi tak pernah nampak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..sama la, first time gi hotel ada benda tu

      Delete
  2. besar jugak nampak bilik tu.. cantik hotel ni..

    ReplyDelete
  3. best nya ada kopi maker nok canggih, mun kamek mmg rasa mau relax dlm otel je dgn view nok kacak, hotel nok bersi.😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik bole relax dalam hotel jak...mesti mok jalan2..hahahaha

      Delete
  4. dah lama x stay hotel utk kursus atau meeting. Maklumlah kan bajet Kem Pendidikan dah dipotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius lahh...huhuhuhu..kena cari bajet sendiri la ek kalo nak buat stay juga

      Delete
  5. wow..kita pun menginap kat sini jgk..hihi

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaaa...rindu plak kita dengan kopi dia laaa...sedapnyaaaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com