Sky Mirror Malaysia, Destinasi Pelancongan Menarik di Kuala Selangor

Sky Mirror Malaysia, Destinasi Pelancongan Menarik di Kuala Selangor | Kalau sebut Selangor, sebenarnya tak dapat nak fikir tempat apa yang menarik kat Selangor ni. Sebabnya, sebelum ni, tak berapa dapat pendedahan sangat tentang destinasi pelancongan di Selangor. Biasanya, mesti bayangan terus cross ke Kuala Lumpur. Walaupun adikku tinggal di Shah Alam, memang selalu buntu nak jalan-jalan ke mana kalau bertandang ke rumah dia. Asyik-asyik pergi Central i-City aje. Haha!

Tapi bila berkesempatan untuk explore negeri yang memerut Kuala Lumpur dan Putrajaya ni pertengahan bulan hari tu, akhirnya mata hati ni terbukak akan keunikan negeri Darul Ehsan ni. Tak sangka, kat sini ada Salar de Uyuni! Sama macam kat Bolivia di Amerika Selatan, Selangor pun ada cermin semulajadinya tau! Tapi diberikan nama yang berbeza.


Terletak di Kuala Selangor, Sky Mirror merupakan tarikan terbaru pelancong ke negeri Selangor. Nak ke sini, kena naik bot kat Jeti Pekan Lama Kuala Selangor, bayaran satu kepala bagi seorang dewasa adalah RM80, manakala untuk kanak-kanak RM60. Itu kalau uols pemegang MyKad. Tapi kalau uols adalah non-Malaysian, harganya jadi RM100 untuk seorang dewasa dan RM80 untuk seorang kanak-kanak.


Dari jeti nak ke Sky Mirrornya pula mengambil masa lebih kurang 30 - 35 minit. Difahamkan, Sky Mirror ni adalah pulau misteri yang hanya akan kelihatan hanya pada hari tertentu sahaja. Hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina, iaitu pada hari pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30. Kalau tak pasti berapa haribulan mengikut kalendar Masihi, boleh buat rujukan di Google.


Waktu paling sesuai ke sini adalah ketika air surut, antara pukul 10.30 - 11.00 pagi. Jadi kalau ambil gambar tu kena beringat-ingat. Takut leka sangat nanti, tengok-tengok da nak tenggelam sebab air dah pasang. Hahaha!

Meh tengok beberapa ketul lagi dari beratus gambar kitorang ambil masa masih sedar diri. Wakakaka.







Untuk jadikan gambar tu perfect macam cermin atas air, tour guide akan make sure air yang tenang jangan disangka tiada buaya laut yang secetek berapa cm aje tu adalah sangat-sangat tenang tanpa ripples langsung masa uols ambil gambar.

Haaa, macam mana dia buat tu?

Kena la datang sendiri tengok, macam mana diorang buat.

Ekekeke. Bye! 😜


Sky Mirror Malaysia
Lokasi: Pekan Lama Kuala Selangor

Tips:
- Pakai baju yang berwarna-warni baru gambar jadi colourful
- Pergi pada hari cuaca baik, matahari memancar, langit biru dan berawan baru cahaya on point
- Ambil gambar dari angle paling dekat dengan aras air, baru nampak pantulan cahayanya
- Suka sunset? Susun jadual dan tempah awal!

Hubungi:
+6019-266 6665 (Mr. Lim)
+6019-380 9722 (Mr. Dyen Wong)
+6010-509 1007 (Mr. Jacky)

Reference:
https://selangor.travel/listing/sky-mirror/

Lebih banyak gambar di Facebook Sunah Sakura


Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Lawatan Media Sempena Malam Penghargaan Media & Industri Tourism Malaysia 
bertempat di Selangor, yang telah berlangsung pada 13 - 15 Disember 2019 
anjuran Tourism Malaysia

11 comments:

  1. Best nya. Tak tau lah bila nak buleh sampai 😁

    ReplyDelete
  2. bestnya. amik gambar memang cantik :)

    jemput singgah: https://tiaarasapphire.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Cantiknya gambar memang nampak pantulan cermin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kena setup betul2 kat pasir tu...baru jadi

      Delete
  4. Macam nak repeat aje, sebab tak puashati dengan langit tak biru hahahaha

    ReplyDelete
  5. menariknya..tk pernh thu ad tempat gini

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com