Terjaga Jam 3.37 Pagi

Terjaga Jam 3.37 Pagi | Dan sampai tengah menulis ni tak tidur balik. Entah, rasa macam terlalu penat agaknya badan, takleh pulak nak sambung semula tidur yang terganggu sebab mimpi benda tak penting. Banyak sangat berfikir agaknya.

Sumber: www.bantalleyna.com

Banyak kerja hakiki menuntut perhatian sampai runsing kepala dibuatnya. Semangat berblog pun tak macam dulu-dulu dah. Sejak dua tiga menjak ni makin merundum pulak. Kenapa ek? Mungkin sebab work station dah berpindah ke dalam bilik, jadi tilam tu lebih enak dilihat dari duduk menghadap laptop. Haha!

Kononnya pindah masuk dalam bilik sebab tak nak kena kacau kucing masa tengah buat kerja. Tapi adeiii penat pulak rasa duduk tak bersandar bila buat kerja dalam bilik. Mungkin dah kena start pergi library balik kot? Tapi seketul Sunah rasa lebih senang dan fleksibel bila buat kerja kat rumah aje. 

Tak payah fikir nak pakai baju ape keluar, nak makan mana, nak keluar sekejap dari library bila masuk waktu solat atau nak balik terus sebab kena kemas laptop kalau tak duduk dalam private study room. Banyak betul kan alasan dia?

Hurmmm. Boleh je kot kalau nak duduk library, cuma kene pastikan betul-betul awal pagi masuk, dan jadikan waktu kat library tu waktu paling berkualiti dalam 4 hingga 5 jam. Lepas tu boleh balik rumah bila masuk waktu lunch dan solat Zohor. Lepas habis 5 jam berkualiti tu, nak buat apa pun sukahati ko lah.

Gitu lah yang supervisor kita selalu pesan, make sure setiap hari spend konsisten beberapa jam untuk writing dan siapkan thesis. Baru boleh nampak progres dia. Kalau ada hari yang termissed, make sure replace pada hari lain atau doublekan waktu study tu pada hari esoknya.

Ok lah, dah nak masuk waktu Subuh ni. Nanti kita usahakan jugak untuk kembali mencari rentak kat sini. Banyak blog kawan-kawan yang belum sempat kita nak blogwalking. Doakan kita tau!

Bye!
Terjaga Jam 3.37 Pagi Terjaga Jam 3.37 Pagi Reviewed by Sunah Sakura on December 02, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. moga di permudahkan semuanya....

    ReplyDelete
  2. Bercinta kan nak mulakan menulis, lagi-lagi untuk buat thesis..semoga dapat rentak dan selari curahan idea nak siapkan thesis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen insya'Allah..ni nak siapkan satu paper conference dulu...

      Delete
  3. Mood kita pun meredum3 ni, rasa dah penat sgt menuliz

    ReplyDelete
  4. Sis ko lagi laaa,tak tidur semalam gara-gara badan rasa tak sedap, malam tadi jam 1am telan lagi ubat dan tuam tuala di kepala Sun..alhamdulilah nasib baik tak demam bangun pagi...sebab tidurnya jam 5am...sedar jam 9am, nasib tengah ABC ...

    ReplyDelete
  5. hyeee....erm.....time time gini selalu nya kalau terjaga sebab nak terkencing. hahahhaa.

    ReplyDelete
  6. Nasib baik wak tak pernah kena buat thesis
    Tidur nyenyak setiap malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahahahhahahahhahahahhaha gelak besar saya baca komen wak ni!

      Delete
  7. Semoga semuanya dipermudahkan.. aamiin..

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan buat Sunah..akak kalau badan penat sangat tak leh tido langsung..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.