Ticker

6/recent/ticker-posts

Young Living Essential Oils Sharing Session dengan Team Kingoilers Izzat Zin

Young Living Essential Oils Sharing Session dengan Team Kingoilers Izzat Zin | Pagi semalam, saya dengan housemates semua keluar buat aktiviti ni bersama-sama. Beberapa hari sebelumnya, saya dah tanya dah kat dalam group whatsapp rumah, diorang berminat ke tak nak join sharing session ni. Orang nak kongsi ilmu secara percuma, lagi pulak dak Nada memang dah lama tanya-tanya pasal YLEO ni.


Sharing session dekat San Francisco Coffee, R&F Mall, Johor Bahru. Dalam name list, yang RSVP 14 orang, tapi semalam awal-awalnye separuh je muncul. Walaupun hanya separuh dari senarai, aktiviti tetap dijalankan. Bila da tengah-tengah sesi dan hujung-hujung baru bertambah dan bertambah lagi sampai jadi 10 orang. Specialnya sebab semalam adalah Live Your Passion Rally (LYPR) day, yang mana YL buat setiap tiga bulan sekali kat seluruh dunia.

During LYPR, YL galakkan sesiapa aje buat apa-apa aktiviti berkaitan YL di tempat masing-masing secara serentak pada tarikh yang diberikan. Untuk first quarter ni, YL buat pada 18 Januari 2020, seterusnya akan diadakan pada bulan April, Julai dan Oktober pulak. So untuk Team Kingoilers Izzat Zin ni, haaa lepak-lepak sharing ilmu tu la aktivitinya.


Izzat share kat housemates saya tentang YLEO, sejarah dari mula dia guna YL, apa yang menyebabkan dia terus guna YL sampai sekarang, bagi diorang try YLEO dan rasa sendiri apa yang YL buat pada badan kita, kongsi pasal set Premium Starter Kit dan semak YLEO apa yang tubuh badan kita perlukan currently guna iTOVi scanner.

Sebelum ni kan main pakai and diffuse aje dengan ilmu yang sangat sedikit, buat research sendiri-sendiri. Semalam, baru perasan bila Izzat share antara pecahan YLEO RC - Eucalyptus Radiata dan Eucalyptus Globulus, bahawa minyak ni dengan kejadian yang Allah tentukan, bila kita sedut, wap nya akan meresap ke bahagian badan yang sesuai dengannya. Boleh rasa, yang satu meresap masuk ke area tekak, yang satu lagi meresap masuk ke area belakang hidung dan mata - sebab RC ni adalah YLEO khas untuk respiratory problems.

Baca juga: Koleksi Resepi Untuk Blend Premiums Starter Kit Young Living Essential Oils


Overall banyak la lagi benda baru yang kitorang dapat dan saya sendiri juga. Alhamdulillah, thanks Izzat tak lokek share ilmu dan share minyak jugak. Siap dapat free gift lagi, haha! Thanksss! Lepas ni insya'Allah kitorang datang lagi kalau ada sharing sessions lagi tentang minyak. Oh, kalau uols nak tahu, musim LYPR ni, diorang ada buat promo juga, dengan pembelian satu set Premium Starter Kit (PSK) Young Living yang berharga RM750, uols dapat FREE lagi 1 set YLEO mengandungi 3 botol minyak 10ml setiap satu yang bernilai RM600.

Belek sini untuk tengok contoh set PSK: 4 Jenis Young Living Essential Oils Pilihan Saya


So, dari jumlah harga RM1350, uols hanya perlu bayar RM750 saje! Promo ni berlangsung sampai esok 20 Januari 2020 saje tau! Kalau nak grab, boleh whatsapp terus: http://kingoilersss.wasap.my

Dari San Francisco Coffee, saya dan housemates berpindah ke Old Town White Coffee lak, nak celebrate birthday Nada tapi yang kelakarnya semua dah kekenyangan minum kopi kat SF. Jadi masa kat Old Town, kitorang just flush balik semua kopi dengan air Honey Lemon ais, makan ringan-ringan je, roti bakar and sosej dengan nugget only. Haha! Kek takdok punn!


Happy birthday Nada! Moga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk mencapai segala impian yang diinginkan. Ameen! We love you 3456!

Post a Comment

8 Comments

  1. Pernah teringin nak ber EO... tp seram pulak takut anak pecahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo kene letak di tempat yang sesuai...sebab kebanyakan yang pakai, memang untuk anak2..

      Delete
  2. wahh.. pasni makin chantek jeliter.. :p

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bagus ada session sharing ilmu macam ni. Tgok juga kak sun update ig story, bagus penerangannya. Jelas.

    Macam best je benda ni.

    ReplyDelete
  4. uish mahal juga harga untuk satu set. tak mampu :(

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat personal sharing session macam ni. tak pernah lagi try pakai EO ni, selalu baca je kelebihan dia

    ReplyDelete
  6. kite baru nak jinak2.. ade portable diffuser n YL peppermint je dlu.

    ReplyDelete
  7. Nak beli laaa EO ni...ada sale tak ek?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com