Nasi Gurih Rendang Ayam Sedap di Restoran Acheh, Adda Heights

Nasi Gurih Rendang Ayam Sedap di Restoran Acheh, Adda Heights | Nasi Gurih, jarang-jarang sekali kita dengar orang sebut. Apatah lagi nak tengok depan mata. Biasanya, kalau restoran Indonesia ni, kita akan terlintas dalam kepala: Nasi Padang, Nasi Ayam Penyet, Bakso. Haaa tu aje lah.


Tapi kat Restoran Acheh, Adda Heights ni, lain daripada yang biasa kita nampak dan dengar tu. Menu popular masyarakat Aceh, Nasi Gurih, menjadi menu utama kat sini, dengan lauk Rendang Ayam sebagai pelengkapnya. Rasa dia? Macam Nasi Lemak tapi ada herba khas yang digaul di dalamnya, menjadikan Nasi Gurih ni lain sikit dari Nasi Lemak kita. Bila tengok video Nasi Gurih kat Youtube, nampak macam Nasi Kandar pun ada!


Rendang Ayam yang disertakan sekali dengan Nasi Gurih ni sangat sedap yeee! Saya suka sangat! Memang sesuai padanannya, Selain Rendang Ayam, ada juga disertakan Tempe Goreng dengan Kacang, Sayur Kacang Panjang, Keropok, dan heyyy ada Bergedil! Ini rare! Hahaha! Uols wajib cuba tau Nasi Gurih Rendang Ayam ni. Selain lauk Rendang Ayam, ada jugak lauk Ikan Sambal, Kari Kambing, Ayam Goreng, Seafood dan lain-lain.


Selain daripada Nasi Gurih, ada jugak Nasi Ayam Geprek kat sini. Alaa, macam Nasi Ayam Penyet jugak lahh, cuma Sambal Geprek dia tu kaler hijau, disalut terus atas ayamnya. Yang ni pun boleh tahan sedapnya dan pedasnyaaaa ya! Tapi pedas dia tu, ada umphhhh! Walau pedas, rasa nak lagi dan lagi!


Tak nak makan nasi? Makan lah Mee Aceh Basah. Ini pun lain dari mee yang kita biasa makan. Nak cakap Mee Hailam, tak ada rasa Mee Hailam tumpah kicap tu, nak kata Mee Rebus, tak ada rasa pekat ubi keledek dalam kuah dia. Mee Aceh Basah adalah menu khas dari Aceh, dengan kuahnya tersendiri dan mee nya pulak diorang tempah khas ya! Tak sama macam mee kuning biasa. Rasa dia? Sedapppp okayyy! Sis Lin pun sukaaaa!


Nak nasi tapi tak nak nasi yang biashe-biashe? Haa, cuba lah Lontong Aceh Rendang Ayam pulak! ๐Ÿ˜† Lontong dengan Kuah Lodeh, dipadankan dengan Rendang Ayam macam kat Nasi Gurih tadi, kuah dia perghhhh, marvelous!!! Pekat tauuu, secukup rasa! Isi dalamnya pun banyak dengan portion yang besar, boleh kongsi dua orang makan.


Makan makanan Indonesia ni, tak sah kalau tak ada sambal kan? Nah, saya share dua sambal yang wajib uols cuba kalau ke sini. Sambal Asam dan Sambal Melayu. Dua-dua saya suka dan sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas. Menambahkan selera lagik! Tapi berpada-pada sebab seketul Sunah baru baikk gastrik masa tu ๐Ÿ˜ฌ



Restoran ni, partnership oleh orang Aceh dengan orang tempatan, tukang masaknya pulak memang angkut semua dari Aceh. Sebab tu, rasa asli Aceh tu terserlah dalam setiap menu dia. Mana-mana makanan, kalau uols nak pedas lagi, boleh request lagi tau kepedasan tu. Biar meleleh air hidung masing-masing. Haha. Harga makanan dia pulak uols boleh belek kat gambar bawah ni:





Berpatutan sangat, kan? Siap ada set untuk 2 - 6 orang lagi. So, kalau nak buat makan-makan dengan family, memang sesuai sangat lah. Makanan sedap, harga berpatutan!

Ok lah, uols boleh datang rasa sendiri makanan Aceh kat sini.



Restoran Acheh
157, Jalan Adda 3/1, Taman Adda Heights, Johor Bahru
Waze: Restoran Acheh-Nasi Ayam Penyet JB-Nasi Ayam Geprek

Waktu perniagaan:
Setiap hari kecuali Ahad TUTUP
10 pagi - 9 malam

Contact no: +6011 6367 1360
๐Ÿผ Food Panda ✅
Nasi Gurih Rendang Ayam Sedap di Restoran Acheh, Adda Heights Nasi Gurih Rendang Ayam Sedap di Restoran Acheh, Adda Heights Reviewed by Sunah Sakura on March 03, 2020 Rating: 5

6 comments:

  1. YA AMPUN sedapnya nengok semua menu tuh Sunah oi

    ReplyDelete
  2. masakan acheh ye..nasi gurih nmpk sedap

    ReplyDelete
  3. bnyk rupanya tem[at makan kat JB yer...adoi bila balik JB cari kedai tak jumpa pun yang best2.. ni nanti balik jb kena search kat blog sunah gini. nampak sedap je makanan2 tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.