Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Keluar Selepas Perintah Kawalan Pergerakan

Pertama Kali Keluar Selepas Perintah Kawalan Pergerakan | Hari ni, pertama kali saya keluar selepas kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalam Pergerakan bermula sejak 18 Mac 2020 yang lalu. Keluar pun sebab nak beli barang dapur kat Maslee depan rumah. Malam tadi, plan nak pergi seorang saja. Memang dengan housemate plan bergilir kalau nak beli barang dapur, biar seorang saja wakilnya. Tak perlu pergi ramai-ramai.

Tapi pagi tadi, sebelum keluar, Nada da minta nak pergi sekali. Sebab dia nak beli sabun katanya. Saya pun iyakan aje lah. Pukul 10 pagi kitorang da gerak ke Maslee. Ingatkan pagi-pagi gini tak ramai lah orang. Tak expect langsung Maslee tu akan padat, malah kelupaan sedikit bahawa hari ni adalah hari Sabtu.

Bila sampai tu, nak cari parking kemain jauh sebab banyak gila kereta. Pelik betul, kenapa ramai sangat ni. Bila masuk ke dalam Maslee baru lah terkejut sikit tengok ramainya orang. Baris nak timbang sayur pun kemain panjang, adoiii. Takkan nak balik rumah pulak? Dah sampai dan dah masuk dalam ni. Maka, saya dan Nada pun beli lah dengan kadar segera, apa yang patut.


Nak bayar barang yang dibeli pun barisnya panjang. Hampir semua pembeli pakai mask. Saya dan Nada pun pakai mask dari dalam kereta lagi, tu pertama kali tau pakai. Mula-mula tak nak pakai pun sebab KKM kan cakap hanya yang ada gejala je kena pakai mask, tapi Nada suruh pakai gak sebagai langkah berjaga-jaga. Huhu.

Bila pakai mask, rasa panas kat dalam mask tu, haba terkumpul kan. Haha. Tapi ku gagahi jugak lah. Dengan nak menahan tangan ni asyik nak sentuh mask dan muka aje, dengan pegang handle besi bakul tu lagi, seram dan rasa nak cepat-cepat balik. Huhuhu.


But thank you Maslee sebab ingatkan customer supaya jaga jarak. Siap tampal selotep merah ni kat lantai supaya kita keep social distance antara satu sama lain masa berbaris nak bayar tu. Cuma saya perati, tak semua pelanggan ikut benda tu. Hurmm.

Lepas dah setel beli barang kat Maslee dan beli selipar rumah serta bateri kat kedai hardware sebelah Maslee tu, singgah tapau Roti Canai dekat Restoran 2 Sahabat, nak beli enam keping aje untuk kitorang serumah, tapi abang tu bagi sembilan sebab dia nak keluar dah. Alang-alang, last katanya. Hanya perlu bayar untuk enam keping tu aje. Alhamdulillah, rezeki. Da beli, terus masuk dalam kereta dan bersihkan tangan guna hand sanitizer.


Maka, ni lah brunch kami pukul 12 tengahari. Eh, brunch ke lunch? Haha! Yang penting, buat pecah Intermittent Fasting sejak jam 9 malam tadi. IF la sangattt. Itu je mampu uolss, kalau tak usaha buat IF, mau menggemok dengan berjaya selama 14 hari ni, asyik makannnnn aje!

Esok Israk Mikraj, selamat berpuasa kepada yang berniat nak puasa.

Salam Israk Mikraj semua.


P/S: Takziah kepada ahli keluarga pesakit Covid-19 yang meninggal dunia hari ini. Semoga semua tabah atas kehilangan.

P/S II: Bagus jugak taip entri aktiviti gini, boleh catat apa yang dibuat dan apa yang disentuh hari-hari sepanjang MCO sebagai rekod peribadi in case ada apa-apa berlaku. Naudzubillah.

Post a Comment

17 Comments

  1. Hui,, ramenya manusia. Diam di taman teratai kah? hehe Jaga diri k.. ^^

    ReplyDelete
  2. I went out too but ke convinience store je kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kalo ada benda penting, boleh la keluar kan..

      Delete
    2. haah betul. i really need to go out and find food sebab lapar haha

      Delete
  3. Semalam pergi maslee dapat masuk sorang je. Ni barang dapur dah nak habis bi xtaulah cane, boleh keluar ke tak esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tapi pergi seorang aje tau..pergi kejap then terus balik rumah..

      Delete
  4. Uishhh lepas ni kalau terdesak, beli kedai runcit je laaa...darurat, mahal sikit pun takpe, fikir sedekah pada kedai runcit tu dalam keadaan macam ni, dari nak gadai nyawa kat luar sana ramai-ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee...lepas ni beli kat kedai runcit aje sebab da beli stok banyak2 da tu..yang sikit2 bole la beli kat kedai runcit..jalan kaki je depan rumah ni..huhu

      Delete
  5. Masih ramai lagi keluar ni. Semalam baru husband keluar beli barang. Nak keluar rumah beli brg pun rasa seram dah. Tapi kalau keperluan nak tak nak kena keluar gak.

    ReplyDelete
  6. sabtu lepas baru sekali keluar ya rabbi bangi macam tengah pesta gayanya. tapi iyaalah masing2 pun nk beli keperluan kan.. kluar sbb time pengumuman mmg x sempat nak stock up. jadi da habis sngt daaa tu yg kluar membeli tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...sebab da habis stok kat rumah...kena la keluar juga

      Delete
  7. masa keja kilang dulu...10 tahun guna mask di tempat kerja

    memang tidak selesa apabila kehenseman kita tidak ditunjukkan kepada orang lain..

    dalam kes Covid-19 ini..mask cuma langkah pencegahan sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha kenapa perlu mention kehenseman 🤣🤣🤣

      Delete
  8. Akak langsung tak keluar..abah je atau adik je..bagi duit je kat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga abah atau adik akak dalam lindunganNya...ameen

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com