3333: Surah ke-33 Ayat ke-33

3333: Surah ke-33 Ayat ke-33 | Hari ni kes COVID-19 kat Malaysia dah mencapai angka 3333. Nombor cantik? Memang cantik, tapi agak menakutkan. Kalau terus-terus meningkat macam ni, tak mustahil ramalan pihak WHO bahawa kes kat Malaysia akan memuncak pada pertengahan April.

Naudzubillah.

32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

33. Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Surah al-Ahzab (33), ayat ke-33 tu sesuatu sangat.

Mungkin kebetulan saje. Mafhum ayatnya adalah  tentang wanita yang perlu menjaga dirinya, tidak keluar sesuka hati kerana martabat wanita yang bertaqwa itu lebih tinggi daripada mana-mana perempuan yang lain.

Wallahua'lam.


Nak update blog tapi macam da tak larat sangat ni.

Dari tengahari tadi sakit kepala teruk. Lepas Maghrib makan Paracetamol dua biji, ni dah laloq da. Kepala berat giler, kena rehat dulu lah. Kuat sangat agaknya ubat Kak Ajan kasi ni.

Esok lah saya balas kunjungan uols, ok!

15 comments:

  1. get well soon sis Sunah! sedar tak sedar macam makin banyak je, bukan makin baik. huwaa~ jangan sampai raya nanti udah ler... T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..tu la, ada kata mungkin sampai akhir bulan mei...Allahu...

      Delete
  2. Get well soon Sunah. Semoga segalanya berlalu dengan cepat.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. alhamdulillah, pagi ni da ok lepas laloq semalam..haha

      Delete
  4. Kenapa ko> Tu lee berjaga lagi edit blog bagai, kan dah tak cukup tidur semua...ermmm makan ubat laa oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak terfikir lak sebab berjaga tu...sebab banyak hari gak aku tido lewat minggu ni...aku rasa sebab terlebih makan cheese pagi semalam tu...kuah pasta tu da sikit, aku tambah lagi kepingan cheese...erkkk

      Delete
  5. Syafakillah sunag.. Suraj Tu secara kebetulan je tu

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar. semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita semua.

    ReplyDelete
  7. take care !! minum air banyak2 ya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com