Kuih Boko Ubi Air Tangan Nada

Kuih Boko Ubi Air Tangan Nada | Jujurnya ni kali pertama saya merasa kuih tradisional ni. Bila belek kat google, kuih ni berasal dari negeri Kelantan katanya. Baru tau. Ingatkan kuih tradisional Johor. Nasib baik google dulu fakta dia. Kalau tak, kena marah nanti. Haha!


Rasa kuih ni lebih kurang macam Talam Ubi tapi teksturnya lebih lembik dan tak pejal gitu. Nak makan, tak boleh potong. Kena ceduk dengan sudu macam makan kek-kek hipster dalam tupperware. Haha! Kadang-kadang, orang akan buat dalam bekas besar bahagian ubinya tu. Bila nak makan baru cedok dan tuang kuah santan kat atas ubi tu.


Sedap juga sebab rasa ubi gaul dengan gula merah tu sangat sesuai. Bau dia pun wangi aje sebab ada letak daun pandan masa buat air gula tu. Nada guna resepi dari Youtube katanya, uols boleh belek resepi dan cara buat Kuih Boko Ubi kat video bawah ni ya!


Selamat mencuba!

16 comments:

  1. Mentua ado jok polah. ingatkan kuih joho. haha

    ReplyDelete
  2. best boko ubi ni kan sunah.. ni mmg kuih zaman hipster ke ek? dulu xde eh kuih ni? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah ek..hahahahha! yang hipster je buh dalam bekas..dulu2 takde buh dalam bekas..haha

      Delete
  3. ray makan je tp x pernah tau nama dye haha

    ReplyDelete
  4. nampak sedap tu. favourite kuih kuih berasaskan ubi ni, sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa..ye tak ye ek, rasa semua kuih berasaskan ubi, kegemaran akak jugak...

      Delete
  5. tak pernah dengar juga nama dia tapi tak tahula kalo pernah makan. saya suka juga kuih2 talam ni semua saya suka makan nak cuba rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih2 talam memang nampak menarik untuk dicuba kan...

      Delete
  6. Aah patut keras sikit kot...Sis bako Ubi memang suka makan atasnya, suka masin-masin rasanya, hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Ooo...igtkan pahang punya resepi. Sbb kecik² dulu selalu makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha semua pun blur ek dari mana asal kuih ni

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com