Terkena Badi Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

Terkena Badi Masak Apa Tak Jadi Hari Ni | Hari kedua berpuasa, amacam? Sengaja tak update apa-apa semalam. Kononnya meraikan hari pertama Ramadhan. Padahal sebenarnya takde mood nak update blog. Haha!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah pun disambung sampai 12 Mei 2020, menjadikan total dua bulan tempoh kita #stayathome. Bila Perdana Menteri (PM) sebut pasal group FB yang dah viral sekarang, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official kat hujung-hujung perutusan khas beliau malam 1 Ramadhan hari tu, berdekah-dekah saya gelak. Dahsyat betul penangan group kak Dilaila dan kawan-kawan, bukan aje masuk Harian Metro dan masuk TV, sampai PM pun sebut. Hahaha!


Tengok dulu gambar atas ni, cuba teka menu apakah itu?

Dijadikan cerita, beberapa hari sebelum Ramadhan, saya terkena badi group ni. Padan muka asyik gelakkan orang punya gambar makanan dalam tu, last-last diri sendiri pun terkena. Beberapa hari lepas, dak Nada nak buat Soto Nasi, dia teringin. Memula dia dah letak da dalam list barang rumah yang nak dibeli, "ketupat nasi Nona".

Saya pulak tegur, kenapa tak buat sendiri aje? Senang aje, buh beras dalam plastik, then tebuk-tebuk. Berlagak betul saya, "dah banyak kali buat sebelum ni."

Pagi-pagi lagi saya dah beroperasi. Pandai dan bijak, guna plastik untuk piping bag yang saya selalu guna untuk drizzle topping atas brownies. Agaknya plastik tu tak tahan panas, bila lama terkena dasar periuk, plastik nya cair dan nasi kat dalam tu terkeluar dari plastik, adoiiii! Dah la semua pun lembik jadi bubur, tak dapat menyendat kat dalam tu!

Lagi satu, sebab da lama tak buat, saya lupa sukatan beras macam mana. Saya pergi la google. Ada satu blog ni cakap beras 1/3 plastik tu, sama macam buat ketupat nasi. Eh, iye ke macam tu, saya ikut je lah. Mungkin juga terlebih air dan terkurang beras. Lagi-lagi bila ko buat pakai piping bag. Macam mana nak agak sukatan? Haha! Kemain banyak stapler saya letak masa merebus tu sebab nak bagi sendat, tak sendat-sendat jugak! Bak kata pengomen, ni Soto Stapler namanya.


Bila nak makan, keluarkan dari plastik, jadi macam bubur dalam sup soto. Bak kata Nada, macam Mui kat Kedah. Nak tau apa itu Mui, boleh google. Sup soto tu da sedap dah, nasib baik walau lontong da jadi bubur, masih sedap lagi dimakan. Huhuhu. Tapi kesian kat Nada, dia kan nak makan Soto Nasi.

Kecewa betul saya dibuatnya. Memang down gilerrrr, nak share dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni pun malu betul rasanya. Tapi kak Ajan encourage untuk share jugak. Ok lah, saya pun post dalam tu. Akhirnya ramai yang bagi tips, bagus jugak ada group tu kan? Dapat ilmu baru walaupun selama ni kita buat jadi, kali ni tak jadi tanpa sebab diketahui haa gitu.

Sebelah petang saya buat baru, terjumpa plastik khas untuk pek kuih-muih yang mak saya selalu pakai kat rumah. Adeii, macam mana boleh terlupa kewujudan plastik tu. Plastik yang lebih tahan panas. Saya masukkan beras ikut sukatan yang saya biasa buat dulu-dulu, separuh beras, separuh air aje. Haa jadi pun. Huhuhu.

Psstt, memang jadi, tapi terhangus sikit sebab lupa sambil buat kerja, ada lontong tengah rebus kat dapur. Hahahahhahahahhahahha!

Dahsyat badi group MATJHI!

14 comments:

  1. Hehehehhe silap sukatan tu ye sunah, kira oklah berani jugak cuba buat sendiri akak mmg tam berani... takut tak jadi heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak...nasib baik bole makan lagi ha..esoknya baki2 nasi tu saya buatkan bubur terus..

      Delete
  2. Hahaha..berani mencobaaa.. tahniahhhhh. Kah kahh!
    Seram tengok siap stapler...kuang3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah memang gitu lerr kitorang buat masa jamuan raya kolej dulu..

      Delete
  3. Sama kita, Sunah. Akak pun di ambang puasa ghitu, Bakar biskut rentung! Kena tulah agaknya, asyik ketawakan orang hihi

    ReplyDelete
  4. Memang aku tak berani nak buat sendiri lontong ni, beli je laa adabi ke Nona tu haa...rebus pasti menjadi hahahaha sebab aku fikir takut tak jadi so sayang berasnya nanti..

    ReplyDelete
  5. group tu memang bikin ketawa tak henti bila ada kejadian yang tak tercapai dek akal. rupanya ada jugak orang masak sampai camtu. ahahhh. at least kalau ada yang tak jadi macam tu, dapat info daripada pakar2 buat yang jadi best laa. semua yang baca pun boleh tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerr...dahsyat betul yang tak jadi semua masakannya tu..hahaha

      Delete
  6. tak pe...boleh belajar dari kesilapan

    ReplyDelete
  7. Sedapnya soto..favourite orang johor nih. Lama tak makan. Aduhh kak, kali kedua hangit pulak ye..takpe, janji sodap lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu la...tapi hangit sikit je...boleh potong bahagian lainnya...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com