Salam Nuzul al-Quran 17 Ramadhan 1441H

Salam Nuzul al-Quran 17 Ramadhan 1441H | Hari ni 17 Ramadhan 1441H. Hari yang sangat bermakna dalam bulan Ramadhan kerana pada malam 17 Ramadhan, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Salam Nuzul al-Quran buat semua.

salam nuzul al-quran 17 ramadhan 1441h

Dari Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Al-Quran adalah sumber ilmu, hidayah dan panduan untuk kita melayari kehidupan ini. Mencintai al-Quran adalah dengan sentiasa membacanya, mengamalkannya dan menyebarkan kandungannya untuk manfaat sejagat.

Al-Quran, sebuah kitab mukjizat Rasulullah s.a.w, membacanya selalu akan melembutkan hati yang keras, mengamalkannya dalam kehidupan akan mempermudahkan segala urusan, menyebarkan kandungannya akan membantu memberi kefahaman kepada manusia yang lain.

Didik diri untuk konsisten baca al-Quran setiap kali selepas solat, kalau tak mampu banyak, sekurang-kurangnya pilih satu waktu solat khas yang selepasnya uols wajib baca al-Quran. Kalau tak mampu baca 1 juzuk, bacalah dua lembar. Kalau tak mampu dua lembar, baca lah 1 muka surat. Kalau tak mampu baca 1 muka surat, bacalah 1 ayat dengan tadabburnya sekali.

Moga-moga al-Quran membantu kita di akhirat kelak.

10 comments:

  1. Salam nuzul quran. Semoga kita dapat tingkatkan keakraban kita dengn quran. Lagi2 di bulan mulia ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah...semalam group perjiranan bertadarus secara online kami semua..

    ReplyDelete
  3. Salam Nuzul Al Quran. Jom kita imarahkan lagi ramadhan dengan bacaan Al Quran dan juga ibadah yang lain.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com