Viva Voce PhD Student UTM Masa PKPP

Viva Voce PhD Student UTM Masa PKPP | Semalam, baru aje salah seorang ahli research group kami selesai peperiksaan akhir, Viva Voce dia. Alhamdulillah, dah setel satu tahap dari tahap-tahap terakhir untuk dapatkan PhD scroll. Kitorang raikan dia kat office je semalam. Sebab nak masuk UTM tak berapa nak senang, so dia buat online dari office kitorang aje.


Dengan wife dan anak-anak dia sekali datang. Seronok betul tengok orang dah setel Viva Voce, satu peringkat yang paling saya gerun nak step in, sebab tu sampai sekarang saya masih lagi tersekat kat sini. Jujur cakap, saya takut nak ngadap panel pemeriksa, takut tak dapat jawab soalan sebab rasa diri ni belum betul-betul expert lagi dengan topik PhD sendiri. Aduhai!


Tengok dia Viva Voce semalam dalam bilik mesyuarat. Kita bagi "chaiyok" dari luar pun dia senyum segaris aje, tak mampu nak senyum lebar-lebar sebab tengah ngadap panel lagi. Dalam 4 jam jugak dia duduk dalam tu bersoal-jawab sekali. Masa panel tengah discuss result dia, baru lah dia boleh keluar kejap.


Ni tajuk dia. Ajak makan sekejap pun dia tak berselera lagi, selagi belum tahu result kan, begitu lah. Adeiii, kalau saya nanti, macam mana la agaknya! But dia pun semalam bila da selesai semua, dia pulak tanya saya, "bila tu?" Kahhhh! Soalan sensitif tau, tapi saya cakap la insya'Allah nak submit by the end of this year. Dia advice jangan jadi macam dia, dah full maksimum semester, 8 tahun, dah tak boleh nak extend dah, kena usaha supaya cepat-cepat selesai. Baik!


Lepas dah selesai, kitorang celebrate makan-makan kat office, makan durian buat pertama kalinya semenjak PKP. Ke durian pertama yang saya makan untuk tahun ni? Saya pun dah tak ingat bila kali terakhir saya makan durian, ek? Hahaha.


Durian IOI katanya, entah berapa sekilo, tak tahu lah. Yang pasti, 5 biji RM200. Elok sungguh isi dia, tebal dan lemak-lemak manis. Sedap juga tapi pahit tu kurang lah, saya suka yang ada pahit-pahit sikit rasanya.

Rafay, my research group member dari Pakistan baru pertama kali makan durian. Kelakar sungguh lah, berdebar-debar nak join masuk pantri. Siap tanya, is that fruit dangerous? Hahaha! Memang dangerous kepada yang ada kencing manis je. Wakaka!


Dia siap google, national fruit of Malaysia, tapi tak jumpa durian as national fruit. Hahaha. Memang bukan lerrr, durian tu king of fruit, geografinya nusantara. Indonesia, Thailand, Singapura pun claim nanti jadi diorang punya buah. Hihi. Tapi perasaan pertama dia bila makan tu, dia cakap rasa macam buah mangga. Ahahaha!

Kang aku bagi ko rasa Musang King seulas ekkk, ko gitau rasa apa pulak.

13 comments:

  1. Akak tak makan durian...hihihi...

    ReplyDelete
  2. aiseh kat sini pun ada durian haha sana sini mama nampak durian. bagus ye semua family support tu

    ReplyDelete
  3. Aku sampai naik muak tapi tak jemu hahahaa pantang nampak...pstt esok kita makan durian jomm hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..tahniah. lepas viva mesti makan makan..semoga dipermudahkan #roadtophd and goodluck viva nanti bila tiba masanya :)

    ReplyDelete
  5. Haha dia tak komplen lak bab bau durian tu? Anyway Tahniah pada yg ambi PHD tu..

    ReplyDelete
  6. Rasa terinspirasi bila sebut pasal PHD. Ada gak impian cuma lom panas enjin lagi

    ReplyDelete
  7. Seonok dah viva..ada 2 member sya adi UIA oun dah viva secara online...seram jugak..hehehe

    ReplyDelete
  8. Memang neves kan bila Viva tu. Rawlins nie masih dalam proses membaca dan buat proposal PhD gak hahaha. Anyway, saya doakan kejayaan sunah!

    ReplyDelete
  9. Perghh bagusnya orang tu. Akhirnya berjaya selesaikan.. Dpt pulak raikan dengan makanan sedp.. Durian isinya cantio

    ReplyDelete
  10. Nice to interview at the office. best part is can enjoy durian together haha. now kan musim durian

    ReplyDelete
  11. 8 tahun, pengorbanan yang sungguh bermakna... Tahniah buat kawan akak tu ya... Syiok kan makan durian... Kami sekeluarga pun baru je lepas mengadap doyan kahwin... Perghhhhhh, marvellous...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com