Ticker

6/recent/ticker-posts

King of Steak and Fries! Les Bouchons, Puteri Harbour, Johor

King of Steak and Fries! Les Bouchons, Puteri Harbour, Johor | Kalau tengok nama restoran dari luar, rasa ragu-ragu nak masuk. Tak terfikir pulak kat situ boleh makan the best steak and fries in Johor Bahru. Ye lah, nama pun susah nak sebut, apa agaknya menu kat dalam tu ek?


Bila masuk ke dalam, teruja tengok susun atur meja dan kerusi dia. Nampak elegan dan cosy dengan warna merah dan coklat kayu. Dinding kaca yang memisahkan dalam restoran dengan halaman luar memberi rasa lapang dan luas, sekaligus menenangkan kalau pergi waktu luar peak hours.




Menariknya, kat dalam restoran ada lagi beberapa private room untuk uols duduk makan dengan family or kawan-kawan tanpa diganggu. Haa, kitorang pilih untuk duduk dalam bilik ni masa datang untuk lunch hari tu. Rasa special sikit kan?

Kat Les Bouchons ni, ada macam-macam menu western terutama masakan Perancis, sebab head chef dia adalah seorang warga Perancis, Geoffroi Herin. Chef ni seorang Muslim, maka kitchen kat Les Bouchons ni berkonsepkan halal kitchen, tak ada penggunaan alkohol, pork dan lard dalam penyediaan makanan. Cuma restoran ni ada serve alkohol untuk guest non-muslims. Jadi, uols datang dengan decision dan keselesaan sendiri, ya!

Menu highlight kat sini dah tentulah steak! Tagline pun dah King of Steak and Fries kan! Kalau nak cari steak yang sedap dan memuaskan hati, haa memang kat sini lah tempatnya. Setiap menu main course Les Bouchons dihidangkan bersama Mixed Salad dan free flow of homemad French Fries! Yessss, memang febret kita makan French Fries!! Dapat pulak free flow, kenyang French Fries aje lerr gamaknye. Haha!

Ok jom tengok menu-menu yang saya cuba dengan Sis Lin last week kat Les Bouchons ni. Dimulakan dengan starter, kemudian main course ekkk.

Soupe a Loignon (French Onion Soup)

French Bread

Grilled Black Angus Rib Eye Steak with "Vigneron" Butter

Angus Sirloin Steak with Herbes de Provence

Giant "Cote de Boeuf" (Angus Prime Rib)

Tartare de bouef (100% Fresh Raw Angus Beef, Gherkin, Capers, Shallot and parsley to season yourself, like in Paris)

Brochette of Marinated Lamb

Jumbo Tiger Prawn Simply Grilled with Olive Oil

Steak Sauces and Dips

Free Flow Home-made French Fries

Paling saya suka, Cote de Boeuf tu! Giant Angus Prime Rib yang dihidangkan dengan tiga jenis sos, Blue Cheese, Mushroom dan Blackpepper. Dagingnya dibakar medium rare, sangat juicy dan berasa seasoning dia. Brochette of Marinated Lamb tu pun antara pilihan saya juga. Sedap, tak ada bau hamis kambing sangat, but still ada sikit hint rasa kambing. Udang Harimau tu pun sedap dan fresh, senang je nak leraikan dari kulitnya bila makan. Tartare de Bouef tu nampak macam takut kan nak makan, tapi once diorang da gaulkan dengan semua seasoning dan bawang tu, haa masak la diaaa. Unik rasanya dan boleh telan pulak.





Selain tu diorang ada menu pencuci mulut dari kek dan pastries macam dalam gambar atas tu. Aduhai sedap gilerrrr Creme Brulee tu 😭😭😭 Memang berbeza dengan Creme Brulee yang pernah saya makan sebelum ni, permukaan gula atas tu solid dan keras, ketuk sikit untuk pecahkan dan ceduk creme kat bahagian bawah. Mmmmm sedap!



Menariknya, kat sini diorang hidangkan kopi dengan Valrhona Chocolate. Sukati uols lah nak masukkan dalam kopi atau gigit camtu ajeee. Saya buat dua-dua sebab minum dua kopi. Haha! Kopi diorang memang sedap dan kawwww! Enak dimimum sambil menjamah kek tadi. Hihi.

Ok lah, kalau uols nak ke Les Bouchons, sila lah! Nanti komen kat kita macam mana pengalaman uols makan kat sana, ok!

Les Bouchons Puteri Harbour

Lot R-GL1, Menara Teega | Jalan Lebuh Laksamana, Puteri Harbour, Iskandar Puteri 79250, Malaysia
+60 16-433 7223
Opening Hours: 12:00 - 22:30

Post a Comment

15 Comments

  1. pehhhh nice sungguh la makan steak :D

    ReplyDelete
  2. bukan beshe2 makan sini.. majikan bagi bonus setahun sekali baru boleh try kot.. hehe

    ReplyDelete
  3. susun atur meja kerusi dia sama macam restoran2 kat luar negara. selalu tonton rancangan food hunter kat AFC tu boleh la tengok restoran2 macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul...kalo datang sini, rasa macam kat perancis agaknya..haha

      Delete
  4. adui terliurnya tengok...tapi tengok gambar pun tahu dah tempat mahal ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha betul, tapi di kalangan restoran seangkatan dengannya, harga dia lebih berpatutan...

      Delete
  5. blogwalking here.. :) http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. wow udang tu buat kita terliur. Kita peminat udang! Okay sangat ni ada private room. At least ada ruang privasi kalau datang dengan family ramai.

    ReplyDelete
  7. Tak tahan betul nengok steak dia laaa...sedap bak hang!!

    Jemput baca juga : https://www.sislin76.com/2020/09/nak-makan-steak-yang-sedap-jom-ke-les.html

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com