Ticker

6/recent/ticker-posts

Wishlist PANDORA Charms, Amboi Amboi Amboi!

Wishlist PANDORA Charms, Amboi Amboi Amboi! | Hahaha! Sejak encik suami hadiahkan bracelet dengan charm Harry Potter X PANDORA sempena besday tempoh hari, kerja seketul ciksun adalah membelek website PANDORA hari-hari nkooo! Dahsyat jugak penangan PANDORA ni ek bila kita dah jatuh hati.

Padahal sebelum-sebelum ni nampak orang pakai PANDORA dan share gambar-gambar diorang, takde pulak tertarik hati ni. Sejak dah ada "starter kit" dia ni, dah jadi suka pulak dan teringin nak menambah-nambah charms kat bracelet tu. Bracelet yang encik suami hadiahkan adalah kategori Snake Chain, dan boleh adjust besar kecik dia ikut lilitan lengan. Sengaja encik suami pilih yang tu katanya sebagai langkah selamat. Nampak sangat dia takut nanti ciksun gemok, tak muat pakai. Kahhh!

Wishlist PANDORA Charms, Amboi Amboi Amboi!

Charms pulak adalah sejenis benda dalam bentuk biji-biji bak kata Sis Lin, untuk dihias pada bracelet yang kita pakai. Charms ni ada macam-macam rupa bentuk dia, ada aje yang baru dari PANDORA kalau belek website dia. Sebab tu la ciksun suka belek hari-hari, kot ada benda baru yang berkenan di hati. Hahaha.

Hari tu masa pergi AEON Tebrau lepas food review dekat Marrybrown, ciksun ajak Sis Lin pergi PANDORA dalam mall tu, saja nak tengok apa yang ada kat kedai tu. Memang nak tengok-tengok aje tau niatnya. Dan survey rega lah, konon boleh nanti simpan duit blog sikit-sikit untuk tambah charms. Tiba-tiba seketul Sis Lin tersampuk beli bracelet baru! Adumakk, macam mana ntah sampukan tu terjangkit dekat ciksun! Mesti sebab staff tu bijak berbicara, maka terbeli lah ciksun seketul clip charm.

Wishlist PANDORA Charms, Amboi Amboi Amboi!

Pavé Snake Chain Pattern Clip Charm ni berfungsi sebagai stopper kat bracelet kita pakai. So nanti charm kita tak bergerak-gerak sangat sepanjang bracelet tu. Kalau takde stopper, charm tu tergolek-golek ke sana ke sini. Haha. Then orang kata, clip ni better beli berpasangan, supaya tak nampak weird kat bracelet tu. Tapi ciksun rasa, sebagai orang yang acah-acah berseni, clip tu boleh je beli rupa lain-lain so nampak banyak jenis dan tak nampak as stopper. Tapi kalo PANDORA expert tahu, mau dikecamnya ciksun ni. Hahaha!

Wishlist PANDORA Charms, Amboi Amboi Amboi!

So bila dah tambah sebiji lagi charm, terus rasa nak tambah lagi dan lagi. Tapi tunggu ada rezeki lebih baru tambah ya, sekarang membelek aje boleh. Ada yang baru kat web tu, Openwork Heart & Two Feathers Dreamcatcher Charm, cantik sangattt kalo ciksun letak kat bracelet ciksun kannn, then nanti kena tambah gak stopper untuk asingkan dia dari charm yang lain. Tiberr, macam banyak betul charm. Haha! Tapi memang ada beberapa pun dalam wishlist kat PANDORA web tu, cuma yang ni paling suka antara semua. Hihi.

Siapa lagi sini minat PANDORA? Share lahhh kegemaran uols!

Post a Comment

10 Comments

  1. alamak cunnnya pandora charms cik sun..

    ReplyDelete
  2. cantik jugak ye. Pandora ni memang emas putih je ke? emas yang kuning tu tak de?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni silver kak...emas kuning pun ada, diorang sebut Shine..dan ada rose gold juga..

      Delete
  3. patut tengok situ ada HP. Harry Potter rupanyaaa!! Peminat Harry Potter mesti suka.

    Suka gak tengok Pandora ni. Charms dia comel-comel!

    ReplyDelete
  4. Wow, baru tahu kau minat Harry Potter..Bahaha~
    Cantiklah! I loikeee!

    Oh, yang love feather tu alsoooooooooo beautiful ah! Aku bukan peminat Pandora, tapi suka nengok2 gitu ajo..tak pernah belek website dorang

    ReplyDelete
  5. Harini rasa macam nak pi beli juga yang charms dia sebijik tu...

    ReplyDelete
  6. Cantiknya charms tu. Selamat menambah lagi koleksi charms pandora :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com