Ticker

6/recent/ticker-posts

Officially 33 Years Old

Officially 33 Years Old | Tanggal 31 Julai 2020 yang lepas, masa seluruh umat Islam kat Malaysia ni tengah sambut raya haji, seketul Sunah bertambah umur menjadi 33 tahun. Hoho. Selamat hari lahir kepada diri sendiri!


Hadiah pertama untuk diri sendiri adalah 2D1N Staycation kat DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Then, tak expect apa-apa dah sebab faham ulangtahun kelahiran tahun ni jatuh pada hari perayaan, sah-sah semua tak sempat nak fikir dah.

Rupanya hmmm, ada surprise untuk seketul Sunah dalam perjalanan balik kampung dari KL ke Kedah. Kemain dak Amad dengan suami, konon-konon nak buat Live dalam kereta, tapi entah ke mana Live tu, tak tahu lah. Haha. Lepas solat Subuh kat RnR Gurun, tiberr suami bagi bagpack dalam kereta, "nah, ada hadiah dalam tu."

Aik? Blurr kita. Haha. Dah la sepanjang jalan, tido berbantalkan bagpack tu. Patut la keras semacam aje. Hahaha! Suami terus suruh bukak bagpack tu dan bukak hadiah on the spot jugak. Erkk! Dia nak amek video, tapi da rekod ri tu, mana ntah video tu. Hahaha!


Memula bukak hadiah dak Amad, dia bagi jersi JDT fuyyooo! Patut lah hari sebelumnya, dia tanya kita pakai baju saiz apa. Rupanya nak belikan hadiah birthday jersi Southern Tiger ni. Best gila kain dia ye, sangat berkualiti. Tapi tak pakai lagi, sayang pulak nak pakai. Haha! Thank you Amad!


Second, bukak hadiah dari Captain Jay. Yang ni pun kelakar jugak kisahnya, malam sebelumnya Capt dah tanya, "dah dapat hadiah birthday?" Nasib baik la masa tu blurr dan tak kantoi kann, kita anggap macam soalan biasa aje. Dan masa tu da pasrah dan tak expect akan dapat hadiah dari sape-sape tahun ni sebab jatuh pada musim perayaan. Kononnya lah. Rupanya Capt pun bersekongkol jugak dalam ini surprise. Terima kasih untuk knitted scarf tu, rasa tak sabar nak travel time winter bila dapat scarf tu. Haha!


Dan last kita bukak hadiah dari suami. Memula bukak da gembira gilerr nampak paperbag PANDORA kat dalam tu, rupanya belah dalam tu dia letak set make up Wawa Zainal. Hahaha! Saje je dia nak usik kita dengan paperbag PANDORA, tapi eh takkan lah paperbag je. Kenal suami ni, dia tak akan saja-saja ada paperbag kalau tak beli or dapat benda tu dari sesape, yang mana dia mesti akan share kat IG story dia. Tapi dapat set Wawa Zainal tu pun kita dah rasa hepi sungguh, walau tahu dah, set make up tu dia dah lama beli. Tiberr dia hulur dari depan, kotak PANDORA kaler putih. Whattt???


Serius lah! Yerr, serius suami bagi hadiah ni. Maaf lah gambar blurr sebab amek dalam kereta kan. Hihi. Suka sangatttt, hepi sungguhhhh! Dia nampak IG story kitaaaa share IG post @mahagosip pasal Harry Potter X PANDORA tu. Dia cakap "nak yang tu kan?" Allahu. Terharu sangat, seriuss suka! Thanks abang! 😍

Pada hari 31 Julai pulak, sebelah malamnya family in law celebrate secara sederhana, bakar sate dan potong aiskrim serta kek batik yang anak buah buat sebelah petangnya. Gambar takde pun sebab da malam. Hahaha! Video je ade kat IG story dak Amad.


Then balik JB, malam tadi dapat surprise ni dari Maria, my friend kat KL yang berasal dari my Selera Sakura customer. Tahun lepas dia buat surprise datang Kuching dengan suami dari KL, celebrate birthday kat sana, tahun ni dia buat surprise chocolate bouquet ni pulak. Alhamdulillah, thanksss Maria! Sempat lagi dia kenakan saya, letak "Happy Birthday JDT Blogger!" kat kad. Mati-mati ingatkan JDT Blogger yang bagi, rupanya dia yang bagi 😂

Ni jam hadiah Maria tahun lepas, dengan gelang PANDORA hadiah suami tahun ni

Alhamdulillah atas segala tanda ingatan dan kasih sayang yang diberikan. Semoga Allah murahkan rezeki uols yang bagi hadiah dan mendoakan. Mudah-mudahan lebih banyak kebahagiaan, kejayaan dan keceriaan yang akan hadir dalam hidup ni pada tahun yang baru, juga tahun-tahun yang mendatang. Ameen.

Post a Comment

14 Comments

  1. Happy bithday...semoga sihat sentiasa dan dimurahkan segala rezeki.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari Jadi sunah.. bestnya dapat banyak hadiah..

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Sunah 🎂
    Alhamdulillah ramai orang sayang Sunah :)

    ReplyDelete
  4. Happy birthday, Sunah.. orang baik ramai sayang, muahhhhh!

    ReplyDelete
  5. Selamat hari jadi SS
    Banyaknya dapat hadiah.

    ReplyDelete
  6. bestnyaaaa HP x Pandora tu !!! aim nak beli charms dia nanti tapi nanti2 la hehehe.. bestnya !! happy belated birthday kakak sunah..
    semoga bahagia sentiasa =)

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday Sunah. walau bersederhana, tetap meriah. Lagi happy bila ada yang ingat tarikh hari lahir kita :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..
    Happy belated birthday ye..

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday!!! Happy nya bila orang tersayang ingat hari jadi kita...

    ReplyDelete
  10. tahniah dapat hadiah yang cukup menarik..

    semoga terus sihat dan panjang umur ..aamiin

    " SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 33 "

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn..
    syok tu staycation

    ReplyDelete
  12. Happy Belated Birthday!

    Bestnyaaaa, dapat banyakkk hadiahhhh

    ReplyDelete
  13. Waaa banyak hadiah dia ek... tahun depan je laa kita bagi hadiah, kasi dpuble kakakakakah...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com