Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam | Ermm, hari ni 14 Oktober 2020, dah start PKPB untuk negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya selama dua minggu, kan? Macam yang pernah kita lalui sebelum PKPP, begitulah jugak keadaannya masa PKPB ni. Ada beberapa sektor yang dilarang sama sekali dibuka atau beraktiviti, dan ada sektor yang dibenarkan selagi mana ia dalam golongan essential service.

Salah satu daripada sektor yang dibenarkan untuk beroperasi adalah sektor ekonomi. Jadi, para peniaga termasuklah peniaga makanan dibenarkan untuk beroperasi dalam waktu tertentu. Bila tanya adik yang duduk kat Shah Alam, gerai Cendol Lemaع suaminya beroperasi ke tak masa PKPB Selangor ni, dia jawab bukak macam biasa. So betul lah sebab kategori gerai kan, boleh buka dari pukul 6 pagi hingga 10 malam.

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

Cendol Lemaع ni ada dua cawangan, Ciksun pernah pergi gerai yang dekat Seksyen 4, Shah Alam tu. Betul-betul sebelah Cake Jalan Tiung Seksyen 4 tu aje. Adik ipar bukak gerai ni bersama adiknya, dah setahun lebih juga diorang buat bisnes ni. Uniknya, diorang bermula dengan mengambil tempahan untuk majlis-majlis keramaian terutamanya majlis perkahwinan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, tapi pada bulan Mac yang lepas, bila start PKP, diorang pun bukak gerai pulak depan rumah mak diorang untuk pastikan bisnes tetap berjalan.

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

Cendol diorang ada macam-macam perisa, termasuklah Cendol Biasa (RM4), Jagung (RM5), Longan (RM6), Longan Jagung (RM7), Isi Durian (RM8) dan Durian Jagung (RM9). Nak tahu perisa apa yang pernah ciksun cuba? Dah tentulah Cendol Isi Durian, an, an, an! Cendolnya diorang pack dalam cawan plastik tinggi, lengkap dengan straw. Jadi cara nak menikmatinya adalah hirup sambil sedut isi durian tu.

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

Koh koh koh, nikmat sungguh alhamdulillah! Berasa lemaknya sebab guna santan sawit pekat yang dipadankan dengan bancuhan air gula melaka istimewa. Isi durian pun tak kedekut yeeee~ Bila gigit kacang merah dalam cendol tu, mmmm empuknyaaa, sebab diorang rebus tiga jam kacang tu nak bagi uols menikmati cendol dengan penuh ketenangan, haaa gituuuu!

Dan terbaru, heyy ada pulak perisa Cendol Tapai Pulut. Time-time ciksun tak dapat nak merentas masuk ke Selangor atas alasan nak makan cendol ni lah baru ternampak post tu kat instagram diorang kannn. Hmmm, takpe, nanti tunggu COVID-19 reda sikit, kita pergi cuba perisa baru ni pulak.

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

So agak-agak kalau uols yang duduk sekitar Shah Alam tu nak makan cendol, boleh lah datang gerai adik ipar ni untuk takeaway, atau kalau tak nak keluar rumah, uols boleh order guna FoodPanda aje. Mudah kan? Dan in case nak tempah untuk majlis keramaian lepas PKPB berakhir, boleh lah terus contact aje diorang, ek! Diorang memang expert bab menyendoi kat kenduri kawen ni!

Cendol Lemak Sedap Gilerrr di Seksyen 4, Shah Alam

Cendol Lemaع
Seksyen 4, Shah Alam:
Depan Kedai Azie Mart, deret Restoran Mawaddah
Setiap hari: 11 pagi - 6.45 petang

Seksyen 7, Shah Alam:
Depan Restoran Selera Alam, deret Restoran Alwadud
Rabu - Ahad: 12 tengahari - 7 malam

Untuk tempahan majlis keraian:

Facebook:

Instagram:

8 comments:

  1. SA suka cendol..tapi tak suka yang hijau2 tu...mmg itu la cendol kan...hahahaha...acaner tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, kena mintak cendol tak nak cendol..hahahahhahaha

      Delete
  2. Hahahaha SA sama macam aku, tak suka cendol hijaunyaaa...selalu kena sound gan anak aku, kalau gotu Mak buat aje kat uma, santan dan gula melaka hahahaha

    ReplyDelete
  3. pergh dia punya cendol menggoda betul!

    ReplyDelete
  4. Astaga... tok panas ada jak alu terliur tangga cendol tu eh.

    ReplyDelete
  5. Terliur dah kita tengok cendol. Suka gak beli cendol dalam cup macam tu. Senang nak minum

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com