Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedap-sedap Jugak AIK CHEONG Cafe Art Variety Pack

AIK CHEONG Cafe Art Variety Pack | Sempena free shipping RM8 promo dekat Shopee hari tu, ciksun order AIK CHEONG Cafe Art Variety Pack ni dari Mall dia. Saja nak cuba, alang-alang minimum spend RM8 dapat free shipping kan. Apo lagiii. Walaupun takde la perlu sangat, tapi mengada nak beli. Haha!

Aik Cheong Cafe Art Variety Pack

Memula nak beli perisa Chocolate je, tapi ternampak pulak pek variety ni. Daripada ciksun beli Chocolate saja yang tak pernah ciksun cuba sebelum ni, baik ciksun beli variety pack ni kan. Boleh rasa semua dan next time beli mana yang paling ciksun suka aje.

Aik Cheong Cafe Art Variety Pack

Variety pack ni ada 12 sachets, setiap perisa Latte, Cappucino, Matcha dan Chocolate ada 3 sachets. Syok juga sebab semua perisa kegemaran ciksun, tapi tak tahu la sedap ke tak kan. Uniknya, Matcha tu haa. Tak pernah lagi ciksun jumpa Matcha susu 3-in-1 macam ni. Ni la kali pertama ciksun nampak, tu yang nak cuba juga.

Jumaat lepas, sampai rumah ciksun, terus try dengan housemate beramai-ramai. Cantik kan warnanya. Nampak menyelerakan gitu. Peminat kopi mesti tergoda. Tapi kalau jenis tak suka 3-in-1 atau tengah diet gula mungkin akan judge 🤭

Aik Cheong Cafe Art Variety Pack

Ok, antara empat perisa ni, paling ciksun suka adalah Chocolate! Yes, rasa coklat dia rich dan sedap! Cappucino siap ada chocolate granule macam yang ciksun biasa minum jenama Tora Bika. Latte dia pulak rasa susu sangat, manakala Matcha dia boleh tahan. Semua perisa tak terlalu manis, kak Ajan pun setuju.

So, sesiapa nak cuba, boleh lah beli kat Shopee. RM15.90 harga asal, now RM10.90 aje. Diorang ada promo gak tu beli RM20 ke atas ada free gift. Ni bukan review berbayar tau! Ciksun memang nak share kepada sesiapa yang suka kopi. Ok bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. Tak pernah cuba lagi kopi aik cheong ni. Menarik ada teh hijau dan coklat tu :)

    ReplyDelete
  2. Beli semua rasa semua kemudian pilih mana yang ngam dengan citarasa. Betul PC setuju. Lagi-lagi Kalau ada harga promosi..atau pakej. Huuu mantop SS.

    ReplyDelete
  3. wak minum green tea murr murr je.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Aku tutup mata nengom kopi-kopi tu hahahah.. aishhh kecurrr oiii...

    ReplyDelete
  5. aik cheong ni mmg dari dulu kita suka teh tarik dia....

    ReplyDelete
  6. menariknya boleh la beli nanti nk cuba! :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com