Tiktok Tortilla Wrap Hack Omelette untuk Bekal Hari Ni

Tiktok Tortilla Wrap with Omelette untuk Bekal Hari Ni | Ternampak blogger Azhafizah asyik ulang tayang Tiktok Tortilla Wrap dia, teringin pulak nak buat sendiri. Alang-alang memang ada baki tortilla wrap Gardenia dalam peti ais. Boleh lah ciksun buat jadi bekal ke office hari ni. Tapi inti dia ciksun guna telur dadar nipis aje. Nak buat scrambled egg tapi nanti berterabur time makan, tak berapa gemar pulak.

Tiktok Tortilla Wrap Hack Omelette untuk Bekal Hari Ni

Jadi ciksun just goreng telur dadar sebiji pagi tadi, then bahagi dua, kemudian lipat dua setiap satu. Ciksun susun kepingan keju cheddar, salad dan hirisan tomato. Picit sikit cheese sauce dekat telur sebelum lipat semua macam yang Fiza tunjuk kat SINI. Dapat dua keping, satu ciksun buat sarapan, satu bawak bekal ke office.

Tiktok Tortilla Wrap Hack Omelette untuk Bekal Hari Ni

Seronok jugak macam ni, buat kita jadi lebih kreatif berfikir bahan apa nak letak antara celahan lipatan tortilla wrap tu. Inti boleh dipelbagaikan lagi, selain daripada telur dadar, boleh buat grilled chicken, boiled egg, scrambled egg, beef slice, turkey slice ke ape ke. Ikut lah citarasa memasing ye.

Tiktok Tortilla Wrap Hack Omelette untuk Bekal Hari Ni

Haa, ni bekal ciksun.

Boleh lah jadi menu makan tengahari nanti kan?

Mekasih penaja jute bag tu 💕

12 comments:

  1. Entah kenapa laaa aku ni tak berapa gemar makan wrap... kadang kakak buat pun punya banyak inti, tetap macam menolak... ke tak suka macam ala mentah rasanya tu ekk...

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa..akak selalu buat kalau x tau nak makan apa dah...

    ReplyDelete
  3. wowwww!!!
    Kalau dekat mmg dah suruh awak buatkan utk kita hehe :p

    ReplyDelete
  4. Teringat roti tortilla Iman tengah bertapa dalam peti sejuk

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Boleh cuba ni nanti. Kadang buntu tak tahu nak breakfast apa..

    ReplyDelete
  6. yeay! Finally dah buat juga. Memang kenyang betul makan satu wrap tu. Hidangan paling ringkas untuk sarapan dan bekal. Nanti saya letak link ni dalam entry tortilla saya juga. Tortilla wrap versi CikSun :)

    ReplyDelete
  7. Kemas betul balutan wrap tu. Kagum :)

    ReplyDelete
  8. Cantik kejadiannya. Kenyang makan tu.

    ReplyDelete
  9. Memang kenyang kalau dah guna tortilla wrap ni.Hehee..
    Lama plak tak bikin ini macam..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com