Ticker

6/recent/ticker-posts

Agak-agak, Siapa Bakal Pemenang AJL 35?

Agak-agak, Siapa Bakal Pemenang AJL 35? | Dia datang lagi guysss! Tanggal 14 Mac 2021, Ahad ni, satu Malaysia akan menyaksikan siapa gerangannya yang bakal merangkul juara Anugerah Juara Lagu 35. Ciksun pun tak sabar jugak nak tahu siapa pemenangnya tahun ni. Sejak tengok medley AJL35 hari tu, rasa macam banyaknyeee lagu best! Sampai susah nak teka lagu mana yang akan menang.

AJL35 merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang dikumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2020. Program ni akan dihoskan oleh Awal Ashaari, Haziq Hussni dan Sherry Alhadad bagi slot utama, manakala Muaz Mohamed dan Sissy Imann akan mengendalikan segmen karpet merah dan 'Lounge AJL35'.

Untuk tahun ni, pasukan produksi AJL35 mengharapkan pertandingan tersebut akan berlangsung tanpa sebarang kontroversi serta mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dari tahun lepas dan akan memastikan semua finalis mengikut garis panduan yang ditetapkan. Justeru, penganjuran AJL kali ni akan dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat, dan finalis AJL35 diwajibkan menandatangani aku janji yang telah disediakan oleh Jabatan Perundangan syarikat supaya takde yang menonjolkan elemen yang boleh mencetuskan kontroversi dalam persembahan.

Agak-agak, Siapa Bakal Pemenang AJL 35?

Dari gambar 12 finalis AJL35 tu, boleh nampak nama-nama yang biasa muncul beberapa tahun kebelakangan ni serta ada nama baru. Tokti pun ada, tapi macam biasa, penyanyi lain yang akan gantikan beliau masa persembahan AJL35 Ahad nanti. My favourite, Aina Abdul pun ada. Mengejutkan, tahun ni takde Naim Daniel dan Dayang Nurfaizah! Siapa ada baca pasal kontroversi lagu Sembah dak Naim dengan pasal Yonnyboii tu? Hurmmm. Takde rezeki diorang tahun ni.

Berikut merupakan calon-calon pemenang Anugerah Juara Lagu 35:
  1. Wany Hasrita & Jamal Abdillah - Belenggu Rindu
  2. Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta - 7 Nasihat
  3. Hael Husaini - Hati
  4. Semalam - Aina Abdul
  5. Hael Husaini - Peluang Kedua
  6. Floor 88 - Hutang
  7. Amir Masdi - Kau Sakiti
  8. Ernie Zakri - Gundah
  9. Kaka Azraf, Tuju, Noki - Gila
  10. Azlan & The Typewriter - Jangan Khianati Aku
  11. Zizi Kirana - Eh
  12. Aishah - Aku Bidadari Syurgamu

Agak-agak korang, siapa yang akan merangkul gelaran juara?

Post a Comment

8 Comments

  1. semua best2 tapi mama paling suka lagu Peluang Kedua

    ReplyDelete
  2. Suka dengar lagu Belenggu Rindu.

    ReplyDelete
  3. alamaakkk dah lama gila x tgk AJL...
    sampai dah x tau sape penyanyi n lagu2 tu hahaa...
    nampak sangat jarang dgr hiburan.. eceh ceh.. hahaha

    ReplyDelete
  4. persaingan sengit ni. Tak boleh jangka siapa yang akan menang. tup tup yang kita tak jangka tu pulak menang. haha..kita nantikan je esok :)

    Hael ada 2 lagu, Aina suara padu. Amir masdi, Ernie Zakri..eh tak boleh nak agak siapa pemenang.

    ReplyDelete
  5. Tak boleh nak agak
    sebab tak ikut perkembangan

    ReplyDelete
  6. Oooo saya tau.. GILA GILA GILA GILA GILA aaaaaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com