Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Kari Kambing Adabi, Boleh Tahan Sedap dan Senang!

Nasi Kari Kambing Adabi, Boleh Tahan Sedap dan Senang! | Akhirnya, ciksun pun buat jugak Nasi Kari Kambing Adabi ni setelah nampak kat blog kak Adianiez hari tu. Terus beli ye dua tin Kari Kambing Adabi dekat Shopee lepas baca entri kak Adianiez 😂 Tu pun punya susah nak cari sebab banyak yang dah sold out. Alhamdulillah jumpa satu seller yang ada stok dalam beberapa tin aje lagi.

Nasi Kari Kambing Adabi, Boleh Tahan Sedap dan Senang!

Hujung minggu lepas, ciksun dah janji dah dengan housemates semua, ciksun nak masak Nasi Kari Kambing Adabi. Diorang asyik tersasul sebut Nasi Beriyani, ciksun kena betulkan setiap kali. Haha. Dengan merujuk resepi dekat blog ily's, ciksun pun beroperasi kat dapur dari pukul 10 pagi. Sengaja ciksun pilih resepi yang ni sebab mudah sikit bahannya dan sesuai dengan dua tin yang ciksun ada. Masa ni lupa betul nak guna resepi kat blog kak Aida, ciksun google aje dan bukak link depan-depan.

Nasi Kari Kambing Adabi, Boleh Tahan Sedap dan Senang!

Ade yang buat sampai 6 cawan beras basmathi tapi guna 1 tin aje Kari Kambing Adabi, ciksun takut tak rasa pulak kambingnya. Ada yang pakai serbuk perasa aje, resepi yang ciksun guna ni takde guna serbuk perasa, tapi ada akar pokok ketumbar. Wow, ciksun rasa menarik sebab guna akar pokok ketumbar tu. Walaupun bila dah makan, takde sangat la rasa akar pokok ketumbar tu haa. Tak sure lah kalo sebenarnya kena ketuk sikit ke ape akar tu, takde pulak penerangannya. Mungkin lepas ni kalo nak buat lagi, boleh ketuk sikit supaya keluar rasa ketumbar tu.

And ada resepi tak pakai air langsung macam kak Aida, hanya guna kuah kari kambing tu aje dan susu cair. Lepas ni nak cuba lah resepi kak Aida pulak. Dah nak sale 3.3 ni boleh la add to cart lagi kari kambing ni bebanyak sikit 🤭

Nasi Kari Kambing Adabi, Boleh Tahan Sedap dan Senang!

Untuk menumis, uols hanya perlu guna mentega aje. Ciksun guna baki mentega tanpa garam yang ciksun biasa guna untuk buat salted caramel, jenama Anchor. Nasinya bila dah masak, rasa kurang masin sikit walaupun ciksun gegedik tambah suku kiub daging Knorr saja nak buat rasa daging kuat. Lepas ni boleh lah tambah jadi setengah kiub kot sebab memula tu takut dah cukup rasa bila guna dua tin kari kambing tu haaa.

Nasi Kari Kambing Adabi, Boleh Tahan Sedap dan Senang!

But, still sedap lah nasinya. Puas hati makan, cuma kalo untuk enam orang, daging kambing tu tak berapa banyak dalam nasi. Kena beli lebih sikit buat jadi lauk tepi next time. Orang kata makan gitu je dah cukup, ciksun segan pulak kat housemate sebab takde lauk. Ciksun tambah Acar Jelatah (yang buat ciksun gastrik tu) tapi ubahsuai sikit dengan tambah tomato dan daun ketumbar bagi rasa macam Salsa. Sebelah petang, ciksun buat Rendang Telur Rebus + Kentang pulak. Nada dengan rajinnya pergi kedai runcit beli Papadom dan goreng.

Ok guys, jemput tengok resepi ekkk.

Nasi Kari Kambing Adabi
Saiz: 6 orang dua kali makan

Bahan-bahan:

1 sudu besar mentega
1 biji bawang holland (dihiris nipis)
4 sekawan - buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
1 biji tomato (dipotong dadu)
2 tin Kari Kambing Adabi
4 cawan air
Setengah cawan susu cair
Akar ketumbar (diketuk)
3 cawan beras basmathi (direndam 15 minit dan ditoskan airnya)
1/2 kiub daging Knorr *optional

Cara-cara memasak Nasi Kari Kambing Adabi:

  1. Cairkan mentega.
  2. Tumis 4 sekawan dan bawang hingga naik bau.
  3. Masukkan tomato yang dipotong dadu.
  4. Masukkan 2 tin Kari Kambing Adabi, masak hingga mendidih.
  5. Masukkan air, akar ketumbar dan susu cair. Gaul rata.
  6. Masukkan beras. Kacau sebati, tutup tutup tudung periuk, perlahankan api dan biar sehingga masak.

*Ciksun masak step 1 - 5 dalam kuali atas dapur. Beras basmathi letak dalam rice cooker, bila kuah kari dah bergaul rata, boleh tuang ke dalam rice cooker. Then, masak macam biasa.

Post a Comment

9 Comments

  1. Dah cuba juga ikut resepi kak dana. Memang sedap. Kalau tetiba craving nasi kari kambing tu bolehlah buat sendiri. Cuma masa tu saya buat tak letak akar ketumbar/daun ketumbar. Pun sedap juga lah. nanti nak try masak ikut resepi lengkap pulak :)

    ReplyDelete
  2. Akk je belum cuba nampaknya :) Hari tu dah beli kari kambing Adabi ni, habis buat cicah roti :D

    ReplyDelete
  3. huhuh lapar lah pula.....insy Allah nak try


    www.oohsenyum.com

    ReplyDelete
  4. Tengok Cik SUn masak, rasa teruja pulak nak cuba

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    singgah selasa petang
    harap semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap dan simple. Thanks share ciksun. Nanti weekend boleh cuba

    ReplyDelete
  7. Kena cuba ni...tapi kat rumah ni yg makan kambing cuma akak ngaan dania je...abah mmg dah x leh makan dah...

    ReplyDelete
  8. Silalah buatkan untuk saya yaaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com