Buffet Ramadhan 2021: Muhibbah Buffet @ Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadhan 2021: Muhibbah Buffet @ Impiana Hotel Senai | Asyik share buffet Ramadhan area Johor Bahru aje, area lain takde ke? Eh, adaa..ni haa, untuk yang stay berdekatan dengan Senai, uols boleh masukkan plan berbuka puasa bulan Ramadhan nanti di Impiana Hotel Senai.

Buffet Ramadhan 2021: Muhibbah Buffet @ Impiana Hotel Senai

Bermula dari 15 April hingga 10 Mei 2021, setiap hari dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam, Impiana Hotel Senai menghidangkan lebih 200 menu termasuk Live Cooking stations dalam Muhibbah Buffet untuk uols yang datang berbuka kat sini.

Antara menu utama yang menjadi tarikan kat sini adalah Daging Panggang Bumbu, Kambing Kuzi, Roasted Whole Lamb, Satay Ayam Pasu, Sup Gear Box, Asam Pedas, Murtabak, Putu Piring dan Putu Bambu, Tapai, Dodol dan juga Wajik.

Buffet Ramadhan 2021: Muhibbah Buffet @ Impiana Hotel Senai

Walaupun kat sini tak ada Kambing Golek macam kat hotel-hotel lain, tapi menu Kambing Kuzi diorang langsung tak mengecewakan ye! Ciksun sendiri dah cuba, bila makan dengan Charcoal Nasi Arab yang dihidangkan masa preview hari tu, memang sedap sangat!

Buffet Ramadhan 2021: Muhibbah Buffet @ Impiana Hotel Senai

Selain Kambing Kuzi, ciksun jugak jatuh hati dengan Dried Chili Beef dia. Tak terlalu pedas, sedang-sedang aje. Daging pulak lembut bila gigit, berasa segala rempahnya. Sangat recommended untuk uols cuba kalau menu ni ada masa uols datang nanti.

Buffet Ramadhan 2021: Muhibbah Buffet @ Impiana Hotel Senai

Kalau suka ikan bakar, diorang ada stall Portuguese Style Baked Fish, ikan bakar dengan sambal ala Portugis. Yang ni kawan ciksun cuba, dia suka dan sedap katanya. Sambal yang menyalut ikan tu menjadi penarik, macam ada serai dalam sambalnya. Eh, ni macam style ciksun buat sambal telur, letak serai!

Jom tengok menu-menu yang lain juga!

Harga untuk buffet ni adalah RM98nett per Dewasa, dan RM48nett per Kanak-kanak dari umur 6 hingga 12 tahun. But kalau uols beli awal sebelum 13 April 2021, setiap pembelian 5 vouchers, uols akan dapat FREE 1 voucher. Haa, best tak?

Buffet Ramadhan 2021: Muhibbah Buffet @ Impiana Hotel Senai

Selain tu, diorang jugak ada buat Hari Raya Buffets ya! Ada Hi-Tea pada 13 dan 14 Mei 2021, dari pukul 12.00 tengahari hingga 4.00 petang pada harga RM48 nett per Dewasa dan RM28 nett per Kanak-kanak. Manakala sebelah malamnya ada Dinner pada 13 hingga 15 Mei 2021, pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam, dengan harga RM58nett per Dewasa dan RM28nett per Kanak-kanak.

So, apa tunggu lagi, cepat book sekarang sebelum terlambat!

Muhibbah Buffet
The Tiffin Restaurant, Lobby Level, Impiana Hotel Senai

15 April - 10 Mei 2021
6.30 pm - 10.00 pm

Harga biasa:
RM98 nett per Dewasa
RM48 nett per Kanak-kanak

Promo Early Bird (beli sebelum 13 April 2021):
Beli 5, PERCUMA 1

Untuk tempahan dan pertanyaan:
๐Ÿ•ฟ 07-595 8898
๐Ÿ“ฒ 016-713 4590
๐Ÿ“ง fnb1.ihs@impiana.com

5 comments:

  1. Hahaha ceh igt jauh sgt dr jb.. Rupanya kat senai je.. Ala kira jb la jgk tu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ bila la nak g bufet raamdhan lagi ni.. X lalu plk nak g makan sedap2 bila abin xde nnt wakakka

    ReplyDelete
  2. haishhh... semuanya sedap sedap

    ReplyDelete
  3. Kita nampak udang goreng crispy. Sedapnya ratah gitu je tu dengan sos :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com