Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe | Hari ni dah pun masuk hari kedua bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Masih bernafas dan masih diberi kekuatan dan kesejahteraan untuk menjalankan ibadah pada bulan puasa. Semoga uols semua pun sama macam ciksun, sihat-sihat saja selalu.

So, hari ni nak berbuka apa? Dah ada plan? Kalau belum, ciksun nak ajak berbuka dekat SDS Bakery & Cafe. Bulan Ramadhan tahun ni, menu istimewa muncul lagi di SDS, diperkenalkan sebagai Nasi Soto, yang pertama seumpamanya di Malaysia ni. Kalau belum tengok lagi rupa parasnya, mesti macam-macam bayangan bila baca namanya sahaja. Mungkin ada bayangkan nasi dalam kuah soto, atau teringat Soto Nasi guna lontong?

Sebenarnya, Nasi Soto diilhamkan daripada menu kegemaran rakyat Malaysia, warga Johor khususnya, iaitu Soto. Macam Nasi Ayam yang nasinya dibuat guna base Sup Ayam, Nasi Soto pulak guna base herba tradisi daripada Sup Soto.

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Ada empat jenis Nasi Soto yang akan dibawakan untuk uols sepanjang Ramadhan ni, iaitu dengan lauk Ayam Berempah, Prawn Paste Chicken Chop, Thai Chili Seafood dan Beef Rendang. Harga menu-menu ni bermula dari RM19.90++ hingga RM23.90++ sahaja, setiap set lengkap dengan telur rebus goreng, keropok, acar, salad, tiga biji karipap, kurma, dan sambal kicap. Makan Sup Soto kan wajib ada sambal kicap!

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Selain daripada menu-menu ni, ada juga minuman istimewa yang diperkenalkan, iaitu Iced Soya Bandung Kurma, Iced Boba Kurma Milk, dan Hot Kurma Milk untuk uols hilangkan dahaga berpuasa. Minuman ais tu uols boleh tambah RM5.90++ aje kalau add-on dengan mana-mana menu Ramadhan (RM7.90++ ala carte). Manakala untuk minuman panas, add-on rega RM4.90++ kalau order Nasi Soto (RM6.90++ ala carte).

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Menu-menu ni available untuk dine-in atau takeaway dari 13 April hingga 31 Mei 2021 di cawangan SDS Bangi, AEON Mall Nilai, AEON Mall Bandar Dato' Onn, AEON Mall Bukit Indah, AEON Mall Tebrau City, AEON Mall Kulaijaya, KSL City, City Square, Taman Universiti, Johor Jaya, Kota Tinggi, Desaru, Paradigm Mall, Taman Perling, dan The Mall, Mid Valley Southkey.

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Disamping menu istimewa sempena Ramadhan ni, SDS jugak ada sediakan Raya hampers and gift sets untuk uols hadiahkan kepada keluarga dan kawan-kawan nanti. Range rega dari RM58 hingga RM258, ada tiga jenis hamper dan dua jenis gift sets. Kuih Lapis dengan lima jenis Kuih Raya pun ada dijual di SDS untuk lengkapkan persiapan raya uols nanti. Boleh klik dan zoom gambar kat bawah untuk details setiap set ya!

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Nasi Soto, Menu Istimewa Ramadhan 2021 di SDS Bakery & Cafe

Hamper Raya dan segala kuih ni uols boleh request untuk delivery ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura tau! Just order aje melalui whatsapp ke nombor 012-7660589. Uols jugak boleh order secara online di website www.sdsgroups.com atau melalui SHOPEE dan LAZADA, search aje "SDS Hamper".

Sepanjang Ramadhan ni, SDS akan buat macam-macam aktiviti seperti Treasure Hunt, Spin Wheel Lucky Draw, Share and Win, social media LIVE stream dan banyak lagi. Rajin-rajin belek Facebook diorang di www.facebook.com/sdsgroups untuk tengok info-info ni dari semasa ke semasa ya!

Post a Comment

7 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com