Ticker

6/recent/ticker-posts

Perasmian Bilik Pameran HABIB Berkonsep Baru di KL East Mall bersempena Pelancaran Kempen Raya

Perasmian Bilik Pameran HABIB Berkonsep Baru di KL East Mall bersempena Pelancaran Kempen Raya | HABIB secara rasminya telah membuka bilik pameran terbaru yang ke-30 di Pusat Membeli-belah KL East Mall pada 9 April 2021. Bilik pameran ini mempunyai keluasan lebih kurang 2000 kaki persegi untuk memberikan ‘customer experience’ HABIB yang menyeluruh. Lokasinya terletak di pintu utama dan berhadapan dengan “centre court”. Perasmian pembukaan dimulakan dengan upacara pemotongan reben yang disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin serta Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby, Dato’ Azmir Merican.

Perasmian Bilik Pameran HABIB Berkonsep Baru di KL East Mall bersempena Pelancaran Kempen Raya

Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan pelanggan, HABIB sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak mereka. Salah satu keunikan bilik pameran ini adalah, tempat konsultansi khas yang disediakan, di mana pelanggan dapat berbincang dengan pereka HABIB untuk rekaan barang kemas peribadi.

Bilik pameran ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan HABIB secara menyeluruh. Ruang yang besar, bukan sahaja dapat mempamerkan lebih barangan kemas tetapi juga terdapat tempat beristirehat untuk keluarga dan rakan-rakan di mana mereka boleh menikmati minuman dan juga tempat cas barangan elektronik turut disediakan.

Perasmian Bilik Pameran HABIB Berkonsep Baru di KL East Mall bersempena Pelancaran Kempen Raya

Tarikan lain yang terdapat di bilik pameran ini adalah “The Infinity Illusion Wall” yang mempamerkan logo 3D HABIB. Ia direka untuk memberi ilusi kedalaman yang ‘infinite’ melambangkan penciptaan barangan kemas tanpa batas. Tempat ini merupakan tempat yang sesuai untuk mengambil swafoto atau ‘selfie’.

Selaras dengan pembukaan ini. HABIB mempamerkan koleksi raya terkini untuk kempen Rantaian Kasih yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selain koleksi Oro Italia 916 terbaru, Grafetta dan juga Ananas, HABIB melancarkan koleksi rantai leher panjang dengan loket bertatahkan berlian yang merupakan kesukaan ramai.

Perasmian Bilik Pameran HABIB Berkonsep Baru di KL East Mall bersempena Pelancaran Kempen Raya

Kempen raya yang dinantikan bertema “Irama Aidilfitri” dipilih untuk membangkitkan emosi nostalgia raya yang suasana meriah, memandangkan ramai yang tidak berpeluang meraikan dengan keluarga tersayang tahun yang lalu. Tema retro muzikal berwarna-warni selaras dengan kolaborasi HABIB bersama Newsantara untuk melancarkan sebuah lagu raya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Ini selaras dengan slogan HABIB “The Gift of Happiness”.

Warga Malaysia melihat emas sebagai pelaburan. Dalam jangka masa dua tahun harga emas naik sebanyak 33%. (1st Jan 2019, harga emas $1278 per ounce, 1st Jan 2020, harga emas $1517 per ounce dan harga emas $1897 per ounce).

Sejak turun temurun, budaya warga Malaysia adalah untuk menyimpan emas dalam bentuk jongkong emas ataupun barangan kemas.

Perasmian Bilik Pameran HABIB Berkonsep Baru di KL East Mall bersempena Pelancaran Kempen Raya

HABIB ingin memupuk budaya menyimpan dan melabur emas ke generasi seterusnya. Tahun ini HABIB telah mengeluarkan 4 reka bentuk wafer emas raya berunsurkan suasana hari raya seperti ketupat, rumah kampung, bunga api dan masjid. Setiap wafer emas datang dengan sampul yang berwarna warni. Ia turut dijual sebagai set edisi terhad dengan tanglung dan boleh diberi sebagai pengganti duit raya.

HABIB menderma 300 keping Wafer Emas kepada Yayasan Pendidikan Insani di mana 100% jualan akan disumbangkan kepada yayasan ini. Yayasan Pendidikan Insani merupakan akademi yang menawarkan modul dan teknik berkaitan autisme dengan pegawai terlatih.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.habibjewels.com atau ikuti media sosial HABIB di @habibjewesofficial.

Post a Comment

3 Comments

  1. Wow.. Irama Aidilfitri!!!!
    Rasa cam nak beli emas lah skrg... Fuh!

    ReplyDelete
  2. Dekat je ngan rumah ni...tp xde RM la nak beli emas huhu... Cantek kedai nya...

    ReplyDelete
  3. Beli emas mesti pergi HABIB. Rajin juga HABIB hantar catalog bagai. Design HABIB tak pernah tak lawa. Dari emas sampailah konsep pameran dia.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com