Sampul Raya Hipster dari @azhafizahgraphic

Sampul Raya Hipster dari @azhafizahgraphic | Alhamdulillah atas rezeki dariNya. Hari tu join Giveaway Sampul Raya Hipster dekat Blog Sihatimerahjambu a.k.a azhafizah.com. Fiza nak bagi sampul raya yang dia design sendiri kepada para pemenang. Ciksun suka sangat tengok sampul raya yang Fiza buat, niat memang nak order juga tapi masa tu asyik lupa aje. Tiba-tiba nampak dia buat giveaway, terus ciksun join, saja suka-suka support. Kalau menang, alhamdulillah.

Bila Fiza umumkan senarai pemenang, ehhh Allahu. Terkejut ciksun sebab tak sangka menang. Ye lah, ramai yang join, commentpicker pulak tu pilih secara random. Alhamdulillah, dapat jugak ciksun sampul raya cantik dari Fiza ni. Pemenang boleh pilih design sampul raya mana yang disukai, siap boleh letak nama lagi dekat belakang sampul tu.

Sampul Raya Hipster dari @azhafizahgraphic

Ada banyak design sebenarnya sampul raya hipster Fiza ni. Memang rambang mata nak pilih yang mana satu. Semua cantik-cantik, elegan dan klasik. Yang comel-comel pun ada. Ciksun pilih design ada doodle kucing banyak-banyak ni sebagai peminat kucing. Hahahaha! Boleh ke bagi alasan macam tu?

Sampul Raya Hipster dari @azhafizahgraphic

Sampul raya nya da sampai dalam dua hari lepas, tapi malam tadi baru ciksun teringat belum share lagi kat blog. Mana la tahu kan, ada yang berkenan dan nak tempah juga untuk raya haji atau raya puasa tahun depan pulak. Uols boleh lah terus contact Fiza nanti atau belek design dia kat sini: http://bit.ly/3tMunfO

Sampul Raya Hipster dari @azhafizahgraphic

Semoga semakin murah rezeki Fiza yang suka berkongsi dengan para pembaca dan rakan-rakan blog. Ameen ameen ya Rabb!

Uols ada banyak ke sampul raya tahun ni?

13 comments:

  1. Kan, cantek2!! gitu...
    kita pun dapat gak tp kita pun order extra lagi...
    berbaloi ... eh eh duit raya dah tukar ke blm tu :p

    ReplyDelete
  2. cantik designnyaa.. ok sis nanti iols kasi alamat k..
    bleh la hulur2 duit raya hehe ehh kita jauh.. bank in jela senng =P

    ReplyDelete
  3. Cantikkk sungguh design kak fizah ni!
    Haritu masa pilih design untuk hadiah saguhati punn pening dan rambang mata hahaha. Banyak betul designnya. Last last main pilih je sebab semua cantikkkk :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..rezeki dan selamat sampai dah. Terima kasih untuk entry ni.
    Aaminnn..terima juga atas doanya. Semoga kita sama-sama murah rezeki.
    sampul raya sendiri belum siap lagi :)

    ReplyDelete
  5. cute design nya. tahniah deng 😍

    ReplyDelete
  6. Cantik sangat...tahniah Sunah....

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Memang cantik sangat.

    ReplyDelete
  8. Tahniahhhh... aku punya belum sampai .. Tak sabar pulak kitaaaa menunggunya . huhu... i dapat 10 pcs.. sebab bukan pemenang utama.. hohoo

    ReplyDelete
  9. memang betul-betul hipster benda begini

    ReplyDelete
  10. semua cantik cantik..tak tau nak pilih yang mana

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com