Ticker

6/recent/ticker-posts

Tersentuh Hati Tengok Luahan Dan Perkongsian Neelofa & Nabil Ni

Tersentuh Hati Tengok Luahan Dan Perkongsian Neelofa & Nabil Ni | Serius tersentuh hati ciksun tengok sedutan video #InPerson: Luahan dan Perkongsian NABIL AHMAD dan NEELOFA Tentang Penghijrahan Mereka. Ciksun ada je nampak iklan N to N tu dekat TV, tapi tak tahu pun yang Nabil pun dah berhijrah ke arah lebih baik. Allahu. Alhamdulillah!

Rupa-rupanya Nabil pun dah join tabligh, tengok raut wajah dia sekarang, nampak lain sangat. Lebih bersih dan menenangkan. Neelofa memang dah semua tahu dia dah pakai niqab sekarang. Sejak dari sebelum kahwin dengan PU Riz lagi. Satu perubahan yang sangat mengejutkan Malaysia pada masa tu, ramai yang mendoakan semoga penghijrahan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.



Perkongsian 13 minit ni banyak buat air mata ciksun bergenang. Rasa semua kata-kata diorang memang dari hati, kemudian menjetik pula hati kita yang mendengarnya. Alhamdulillah! Kalau dulu diorang bergabung dalam Meletop, now diorang kembali bergabung dalam rancangan keagamaan dalam saluran yang sama, N to N. Masya Allah!

Semoga mereka berdua istiqamah dan sentiasa dalam lindungan Allah swt.

"Down sebab komen negatif kat social media. Ibarat takde iman. Kita hidup atas dasar makhluk. Sia-sia je hidup kita." - Nabil Ahmad

Post a Comment

7 Comments

  1. Kannnn, nampak nabil sekarang dah behave daripada dulu sejak join tabligh. Kalau host rancangan pun tak ada dah cakap mengarut sangat. Alhamdulillah. Moga berkekalan.

    ReplyDelete
  2. semoga kita pun dapat menjadi lebih baik dari hari ke hari :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..perubahan yang baik :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah untuk perubahan mereka.. semoga istiqomah dan
    kurangla controversy dan drama. eeh =P

    ReplyDelete
  5. Bagus la Nabil dah berubah kearah kebaikkan...

    ReplyDelete
  6. Masya Allah!
    Sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui perjalanan hidup hamba-hamba-Nya.

    ReplyDelete
  7. Banyak kali jugak tgk iklan.. tapi tak pernah gak tonton bebetul waktu bersiaran tu huhu.. nanti nak tengok ler

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com