Ticker

6/recent/ticker-posts

Kotak Tupperware Raya Gift Set Kaler Purple

Kotak Tupperware Raya Gift Set Kaler Purple | Semalam pagi-pagi Prof masuk office angkut dua kotak kaler purple ni. Hari tu dah nampak dah boss bawak kasi staff dia company lagi satu. Hari ni Prof serahkan kotak purple ni dekat ciksun satu, officemate ciksun satu.

Kotak Tupperware Raya Gift Set Kaler Purple

Cantik betul ek kotak Tupperware Raya Gift Set ni. Prof cakap, balik nanti bukak sebab dalamnya ada kek. Owhh, dari dekat office sampai balik rumah tak sabar betul nak bukak tengok apa isi kat dalam. Takkan nak bukak kat meja office pulak, malu la ciksun nanti. Haha!

Kotak Tupperware Raya Gift Set Kaler Purple

Ni isi dalam dia. Ada dua bekas Tupperware kaler purple dan pink. Cookies Jar Toppen tu tak termasuk ye. Haha!

Allahu, ni first time lah ciksun dapat hadiah Tupperware. Sebelum-sebelum ni tak heran pun dengan bekas ni. Tapi bila diri sendiri dapat, dia punya rasa dalam hati tu sayang betullll nak bagi orang lain pinjam nanti. Hahaha!!!

Ye lah, kita tau kan nilai bekas Tupperware ni macam mana. Jenama kontroversi yang selalu orang buat cerita lawak jenaka antara ibu dan anak, isteri dan suami. So bila da dapat hadiah gini, kena lah jaga betul-betul sebagai tanda penghargaan. Ni pun ramai cari gift set ni, kebanyakan stokis cakap da habis dah. Kat Shopee pun banyak da habis, ciksun baru belek malam tadi sebab niat nak bagi kawan jugak lah. Takde rezeki.

Kotak Tupperware Raya Gift Set Kaler Purple

Dalam bekas tu ada kek Coklat dan kek Strawberry. Berbungkus elok dalam setiap bekas. Ciksun tak bukak pun lagi bungkusan kek tu. Nanti lah, raya baru bukak. Alhamdulillah, terima kasih Prof and Boss atas hadiah raya ni. Semoga semakin dimurahkan rezeki Prof dan Boss sekeluarga. Ameen!

Ish, tinggal seminggu je lagi puasa!

Post a Comment

9 Comments

  1. tahun sebelum2 ni kek coklat dan RV, walaupun simple tp sedap... ni kek stoberi yek mesti sedapni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, syoknya dapat tupperware gift set. Warna pun lawa haihhh. Pernah dapat dulu jenis tupperware mangkuk tingkat. Masa tu kek buah kot. Brand tupperware ni elok sampai sekarang buat guna bekal husband hari hari :)

    ReplyDelete
  3. Syokkkk nya dapat tupperware gift set. Siap dapat kek lagi! Warna purple tuuuu lawa!

    ReplyDelete
  4. Tu laaa dl bekerja dr opis.. Member suka bg hadiah tupperware ni bila menjelang raya.. Tp ni dah 'bertahun' keje dr rumah.. Dh x merasa kek cekelat tupperware lagi hahaha

    ReplyDelete
  5. cantiknya kotak dia. Tahun ni saya beli Tupperware tapi bukan edition ni. Yang bunga2 kecik tu cantik hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat kek kan? bekas tupperware tu boleh guna dah...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com