Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin | Assalamualaikum dan selamat hari Khamis semua. Dah seminggu Syawal berlalu, hari ni dah pun masuk 8 Syawal. Masuk 9 hari juga mak mertua ciksun pergi meninggalkan kami, bertemu dengan Pencipta. Alhamdulillah, atas segala urusan yang dipermudahkan olehNya.

Kalau diingat semula, hanya seminggu sahaja lepas operation kaki mak dipotong sebab kencing manis, semuanya berlaku dengan pantas. 6hb, mak operation, dengan agak berisiko kata doktor sebab jantung mak lemah. Dalam seminggu tu kesihatan mak tak berapa stabil, sekejap ok, sekejap tak. Hingga mak mula tak sedar dan terpaksa guna alat bantuan pernafasan. Sampai doktor buat lagi ujian COVID-19 kali kedua, tetapi result keluar sebelah malam pada 29 Ramadan, tetap negatif. Suami dah boleh masuk semula tunggu mak di hospital setelah dua hari tak dibenarkan sesiapa tunggu mak. Malam tu, dah berlaku pendarahan dalaman, ada darah dalam tiub saluran makanan.

Awal pagi 12 Mei 2021, bersamaan dengan 30 Ramadan 1442H, suami ciksun whatsapp bagitahu bacaan mesin mak semakin teruk. Suami minta ciksun baca Yaasiin kat rumah untuk mak. Jam 7.27 pagi, doktor bagitahu, mak dah tak dapat diselamatkan. Tengah baca Yaasiin, jam 7.34 pagi, mak dah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Al-Fatihah untuk mak, Puan Bedah Binti Idris.

Suasana pagi terakhir Ramadan yang sayu di rumah mertua. Bila jenazah mak dah sampai ke rumah, ramai kenalan dan saudara mara datang jenguk mak sekejap untuk kali terakhir. Meninggal dunia dalam musim pandemik, semua patuh SOP alhamdulillah. Semua datang pakai mask dan duduk sekejap sahaja, tak berlama-lama. Lepas Zohor, jenazah mak dibawa ke Masjid Al-Muhsinin, Kampung Pokok Pauh, Pokok Sena, tak jauh dari rumah. Solat jenazah dekat situ dan dikebumikan di belakang masjid. Alhamdulillah selesai semuanya.

Majlis tahlil dibuat dekat masjid aje untuk tujuh malam. Setiap petang kami semua bergotong-royong siapkan juadah untuk disedekahkan kepada jemaah masjid.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Raya kami tahun ni simple aje, baju raya tetap pakai cuma sambutannya biasa-biasa aje. Tengok tu, gambar dengan adik ipar je. Gambar dengan suami, gambar satu family, takde pun.  Hari raya pertama ciksun pun, dah pergi Econsave beli bahan-bahan untuk juadah sedekah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Tengah PKP jugak kan, tak boleh ziarah-menziarahi. Cuma ada jugak la budak-budak kampung yang datang beraya, langgar SOP. Kita nak halau balik pun tak sanggup. Yang kelakarnya, masa nak salam, budak-budak tu pandai pulak cakap tak boleh salam sebab COVID-19. Tapi datang beraya tak ikut SOP pulak ek? 😂

Dua hari lepas, ciksun dah gerak balik ke Johor. Semalam, suami ciksun dah terima dos pertama vaksin COVID-19. Hari ni bapak ciksun pulak dapat dos kedua dia. Alhamdulillah. Moga tak ada side effect yang teruk. Ciksun pulak tak masuk kerja lagi sebab self-quarantine kat rumah lepas travel dan pergi banyak tempat. Tambahan pulak, ciksun transit dekat Subang Airport Selangor tu 4 jam tunggu flight ke Johor. Gerun betul duduk dekat negeri yang kes dia lebih seribu dua sehari kat Malaysia. Mudah-mudahan semua baik-baik aje.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Tahun ni tak buat kek lapis langsung. Tapi memang Allah nak tunjuk agaknya, ciksun tak ada rasa nak buat dengan keadaan mak macam tu. Ni pun beli aje dekat shopee, tapi sampai rumah masa ciksun dah kat Kedah. Sepanjang balik Kedah, officemate ciksun, Suhanis banyak tolong tengok-tengokkan anak bulus yang ditinggalkan. Terima kasih Suhanis, moga Allah balas segala bantuan yang awak bagi dengan kebaikan. Ameen.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Pada 8 Syawal ni, moga-moga belum terlambat untuk ciksun ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni. Mohon ampun dan maaf andai ada silap salah tutur kata yang ditulis, atau ada hati yang tersinggung dengan gurauan ciksun kat komen-komen blog, tanpa ciksun sedar dan tak disengajakan.

Semoga Allah menerima amalan kita semua pada bulan Ramadan yang lalu. Ameen.


P/S: Banyak kerja blog tertunggak, ayuh setelkan satu demi satu.

9 comments:

  1. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin dan salam takziah Sunah...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya CikSun. Maaf zahir batin juga daripada PC.

    ReplyDelete
  3. Takziah, ciksun..AlFatihah.

    Selamat hari raya, maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  4. Al fatihah buat arwah Puan Bedah Binti Idris. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. Aaminnn...

    Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. rezeki juga dapat kek lapis sarawak. Stay safe di JB.

    Selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya CikSun, alhadmulilah segala urusan MAK dipermudahkan....
    Semoga arwah ditempatkan di golongan mereka yang soleh & solehan disisiNYA...
    Amin....

    ReplyDelete
  6. besar dugaan ciksun...semoga kekal kuat yea..alahai si bulus

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya aidilfitri ciksun. Mohon maaf kalau ada salah silap. Salam takziah atas pemergian arwah ibu mertua.

    ReplyDelete
  8. Salam takziah. semoga ditempatkan di tempat yg mulia.

    selamat hari raya. MZB

    ReplyDelete
  9. salam takziah untuk seluruh keluarga mertua kak sunah .. dan selamat hari raya .. ain faham perasaan beraya dalam kesedihan .. sayu sgt rasa hati .. semoga kak sunah semakin kuat yer ...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com