Urusan Sewa Jual Beli Rumah di Singapore Lebih Mudah dengan Ping Property

Urusan Sewa Jual Beli Rumah di Singapore Lebih Mudah dengan Ping Property | Kalo di kalangan blogger, bila sebut "ping" ni kira kita broadcast url blog kita di group-group Facebook atau laman forum. Tujuan ping adalah untuk bagitahu orang kewujudan blog kita atau inform bahawa blog kita ada entri terbaru. Bila dah ping, tentu lah ramai orang masuk baca kan?

Urusan Sewa Jual Beli Rumah di Singapore Lebih Mudah dengan Ping Property

Lain pulak halnya dengan Ping Property, ciksun tak tanya pulak sama ada nama dia tu membawa maksud yang sama macam konsep broadcast tadi. Supaya orang boleh ping maklumat property diorang kat website tu atau Ping tu nama founder dia ke atau sebagai penjenamaan yang membawa maksud tersendiri. Yang tu uols cari la sendiri ek! 😆

Menurut seorang kawan ciksun, Singapore property market ni roughly ada empat jenis, iaitu HDB (flat), condo/exec condo, private property, dan commercial property. Dua kali ciksun jenjalan kat sana, mostly ciksun jumpa jenis HDB, condo dengan commercial property. Yang private tu maybe dari kategori milikan individu, dan ada jugak kategori landed.

Urusan Sewa Jual Beli Rumah di Singapore Lebih Mudah dengan Ping Property

Urusan Sewa Jual Beli Rumah di Singapore Lebih Mudah dengan Ping Property

Tapi, sebenarnya ciksun bukan nak cakap lebih detail pasal jenis-jenis property kat Singapura ni. Sebagai rakyat marhaen yang berkecimpung dalam bidang property management sebagai kerja sambilan, ciksun lebih tertarik dengan konsep Ping Property ni. Sebabnya, ni adalah apps pertama seumpamanya di Singapore yang membolehkan landlord dan tenant mengendalikan sendiri segala urusan property diorang.

Kalau kat Malaysia ni, kita pun ada Mudah.my untuk urusan sewa jual beli rumah atau tanah. Tapi setakat sewa jual beli je lah, selebihnya kita kena melalui property agent atau terus ke tuan rumah. Tak ada apps khas yang membolehkan kita report apa-apa in real-time kalau ada masalah berbangkit. Nak cari tuan rumah, kekadang time ada benda rosak la dia menghilang tanpa jejak. Kita pulak kena settlekan sendiri. Haru!

Dengan Ping Property, kalau ada masalah pada bangunan atau rumah yang kita duduki, nak repair ke apa, sebagai penyewa, kita boleh report dalam apps ni terus, manager akan dapat report tu, kemudian proceed untuk kerja-kerja baik pulih. Semua details report dan monthly statement berkenaan property, akan direct terus kepada landlord.

Urusan Sewa Jual Beli Rumah di Singapore Lebih Mudah dengan Ping Property

Yang bestnya, charge dia rendah, maksimum 4% aje daripada monthly rental fees yang tenant bayar. Dah berbaloi sangat ni untuk landlord. Macam diorang punya tagline, "We charge One, Fair, Flat Fee". Apps Ping Property jugak ada provide notification in case ada routine inspection, quarterly aircond maintenance, dan yang sewaktu dengannya. Jadi, tenant dan landlord sama-sama aware dengan tarikh-tarikh penting ni. Takde la kes terlupa and kena tunggu pulak next maintenance date, kan!

Boleh dikatakan, aplikasi Ping Property ni bertindak sebagai property agent kepada landlord dan tenant, mudah kan?

Urusan Sewa Jual Beli Rumah di Singapore Lebih Mudah dengan Ping Property

Apps Ping Property ni boleh dimuat-turun di Apps Store atau Google Play Store. Kalau uols nak sewa, jual atau beli rumah di Singapore, tapi tak tahu nak start macam mana, boleh lah belek website Ping Property untuk maklumat lanjut!

5 comments:

  1. Salam, terima kasih atas info.

    ReplyDelete
  2. Wow, mudahnya ada website ni eh...

    ReplyDelete
  3. sadis ni xde rumah sendiri huhu...

    ReplyDelete
  4. Okay nanti kita try ping ping hehehehe..

    ReplyDelete
  5. Bagusnya siap ada apps. Senang urusan jual beli repair masalah rumah segala. Rate pun mudah. Terbaiklah ping property ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com