Ticker

6/recent/ticker-posts

Wafer Emas 999 Edisi Terhad Disney Frozen Kolaborasi Antarabangsa

Wafer Emas 999 Edisi Terhad Disney Frozen Kolaborasi Antarabangsa | Allahu, comelnya! Masa memula ciksun tengok wafer emas 999 terbaru dari HABIB ni, hati rasa teruja sangat! Ye lah, siapa tak kenal Elsa? Siapa aje yang tak terkena tempias "let it gooooo!" masa Frozen tengah viral dulu? Ciksun kalo dengan anak-anak buah, sampai 24 jam kena ngadap youtube lagu Frozen. Haha!

Wafer Emas 999 Edisi Terhad Disney Frozen Kolaborasi Antarabangsa

Buat julung kalinya, jenama barangan kemas tempatan HABIB melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan menjalinkan kerjasama dengan jenama antarabangsa, Disney, yang tidak perlu diperkenalkan lagi yang begitu diminati ramai, bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, malah yang dewasa turut meminatinya. 

Wafer Emas 999 Edisi Terhad Disney Frozen Kolaborasi Antarabangsa

Frozen, filem animasi Disney dengan kutipan sepanjang zaman ketiga tertinggi dunia menjadi inspirasi ramai dengan jalan cerita yang kreatif dan mesej-mesej yang positif yang menyentuh hati. Kedua-dua jenama HABIB dan Disney mengutamakan kreativiti, kualiti, nilai kebahagiaan dan kasih sayang sesama manusia. 

Wafer Emas 999 Edisi Terhad Disney Frozen Kolaborasi Antarabangsa

Berteraskan ciri-ciri ini, HABIB mengeluarkan satu lagi koleksi yang begitu istimewa dan unik. Set Eksklusif Wafer Emas 999 Edisi Terhad Frozen Disney x HABIB menampilkan tiga karakter utama – Elsa, Anna dan Olaf – dilancarkan bersempena kerjasama ini. Tiga watak ini membawa nilai sentimen yang positif, memupuk keperibadian yang baik, kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan. 

Wafer Emas 999 Edisi Terhad Disney Frozen Kolaborasi Antarabangsa

Set koleksi ini dilengkapi dengan kotak eksklusif yang diikat cantik sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun koleksi peribadi.  Wafer emas ini boleh dibeli secara individu dengan harga RM118 ataupun satu set dengan harga RM354.

Wafer Emas 999 Edisi Terhad Disney Frozen Kolaborasi Antarabangsa

Koleksi Eksklusif Wafer Emas 999 Edisi Terhad Frozen Disney x HABIB kini tersedia dia laman e-dagang HABIB serta di platform Shopee dan Lazada, serta di serata bilik pamerannya. Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi wafer emas atau kolaborasi HABIB dan Disney, sila layari laman sesawang HABIB www.habibjewels.com atau ikuti media sosial HABIB di Instagram @habibjewelsofficial dan Facebook @HABIB.

Post a Comment

3 Comments

  1. menarik, ni kalau anak buah PC nampak mahunya melalak dia nak..melalak juga papa mamanya kena beli..

    ReplyDelete
  2. Comelnya edisi frozen. Mesti ramai yang tertarik nak beli edisi disney ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com