Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu | Masa kat kampung hari tu, sempat juga ciksun dan suami ikut mamak pergi kebun di Sepadok. Tanah kebun ni dah lama mamak usahakan bersama sanak-saudara yang lain. Tapi makan masa juga nak clearkan dan lapangkan semak-samun yang ada kalau guna kudrat dua orang aje. Bapak bukannya kuat sangat dah, kaki bapak dah tak boleh nak jalan jauh. Kadang-kadang perlukan kerusi roda untuk dia percepatkan perjalanan. Dalam rumah pun, nak pergi dari ruang tamu ke dapur, bapak gunakan kerusi roda tu untuk bertenggek aje, nak bagi cepat sampai. Mamak pun dah tua, yang kat rumah kampung tu tinggal adik lelaki, isteri dia dan adik bongsu ciksun aje.

Kalau berbual dekat telefon, ceritanya hampir tiap minggu juga mamak dan adik lelaki ke Sepadok tu untuk bersihkan kebun. Tiap kali telefon tu jugak lah mamak asyik cakap, nanti kalo balik kampung, mamak bawak ciksun dan suami pergi kebun Sepadok tu. Alhamdulillah, tercapai hasrat mamak nak bawak kami ke kebun. Jauh juga perjalanan dari Kampung Baru ke Sepadok, dalam 40 minit naik Ford Ranger menelusuri jalan tanah merah yang tak berapa rata dan berbukit bukau. Awal pagi tu pulak hujan sebelum Subuh, jadi tanahnya sedikit becak.

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Bila da masuk kawasan tanah kebun yang diusahakan, ciksun nampak rumah-rumah kebun yang lain tak jauh langsung dari tanah kebun mamak. Mak ngah punya seberang jalan aje, mak su punya sebelah tanah mak ngah. Masing-masing ada rumah kebun. Mamak punya siap ada nama lagi. Memula konon nak tengok aje, tapi kitorang bersihkan jugak sikit-sikit rumput yang dah mengering selepas diracun adik ciksun minggu sebelumnya. Suami pun tak terkecuali menebas semak samun dan pokok ubi yang dah terlalu banyak. Jemput tengok gambar-gambar masa kat kebun hari tu, ya!

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Pisang Tanduk Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Colocasia Tiger Stripe Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Sempat juga suami tanam anak pokok mangga dekat depan rumah kebun tu. Mamak cakap, nanti datang lagi mungkin dah besar pokok tu. Haha! Ye lah, balik pun berbulan-bulan sekali. Tapi memang ciksun dah cakap kat suami, nanti kalo balik kampung lama sikit, kita tolong mamak bersihkan lagi tanah kebun ni. Kesian juga kalo harapkan mamak dengan adik lelaki ciksun aje. Adik yang bongsu tu tak rajin pulak nak berpenat-lelah kat sini, tapi ciksun da pesan kat dia, lain kali ikut dan tolong mamak bersihkan supaya cepat siap.

Rumah Kebun di Sepadok, Bintulu

Moga dipermudahkan urusan dan tercapai cita-cita mamak nak ada rumah kebun yang selesa kat sini nanti. Ameen.

Post a Comment

11 Comments

  1. Aamiinn.. mesti banyak pokok keladi lambuk kat situ kannn,

    ReplyDelete
  2. wahhhh... pasni bole tanam macam2 lagi ar... next time balik dah berbuah pisang tu juga

    ReplyDelete
  3. kagum yer tengok mamak berkebun ...semoga tanaman di kebun akan semakin berbuah dan segar yer ..

    ReplyDelete
  4. bestnya ada kebun , memacam boleh tanam dan tuai hasilnya... nampak luas juga dan bestnya sebelah-sebelah saudara punya tanah

    ReplyDelete
  5. seronoknya menikmati suasana kebun

    ReplyDelete
  6. Sedih bila baca bab tua tu sebab sedang meniti hari2 tua. Semoga kebun tu terus subur dan ada hasilnya, dapat menceriakan hari2 tua mereka.

    ReplyDelete
  7. Bestnya ada rumah kebun macam ni..dulu akak ada..tapi bila dah berhijrah ke bandar...kawasan tu jadi hutan dah...benda paling senang tanam adalah ubi kayu dan pisang kan....semoga kudrat mamak Sunah kekal sihat sampai bila- bila...

    ReplyDelete
  8. Seronok ada kebun. Siap ada kebun lagi. Bila dah semak meninggi jenuh nak menebas. Kena ada kudrat lebih. Syukur dapat balik lama sikit, dapat jugak tolong apa yang patut kat kebun.

    ReplyDelete
  9. seronoknya ada kebun, cikza pun berrangan nak ada kebun sendiri, tapi rumah dah dibina terlampau besar hat mana nak buh kebun pun tak tau dah.

    https://cikbamlifestyle.com/2022/02/05/aplikasi-mindful-muslim-bantu-terapi-minda-jiwa-rohani/

    ReplyDelete
  10. Bestnya ada kebun. Mudah-mudahan tercapai hasrat mamak nak ada rumah kebun yang selesa.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com